Showing posts with label measurement. Show all posts
Showing posts with label measurement. Show all posts

November 20, 2011

Measurement Topic with Homemade Playdough.

Cuti sekolah dah pun bermula. Saat yg ditunggu2 oleh anak2 yg bersekolah. Dlm kepala masing2 tentunya mereka nak rehat dari belajar...bebas dari kerja2 sekolah yg bertimbun dan utk kanak2 tentunya inilah masanya utk mereka bermain sepuas2nya. Mama tak kata pada anak orang lain sbb mama tahu inilah yg ada dlm kepala along. Apa taknya, balik saja dari sekolah pada hari terakhir persekolahan... dia dan angah dah mula duk pakat2 nak main itu ini. Antaranya diorang duk pakat2 nak main playdough. Kalau nak main playdough tu tentulah mama yg nak kena buatkan playdough tu. UUUU.... terasa malas sgt skrg ni nak godek2 buat playdough tu. Seingat mama kali terakhir mama buatkan anak2 playdough tu 2 hari sblm mama bersalin hari tu. mmm.. dah tiga bulan lebih. Mmg dah lama dah anak2 x main playdough ni. Kali ni diorang dah ada plan sendiri aktiviti diorang nanti. Tapi tak x pasti pulak apa aktiviti/kraf yg diorang nak buat tu. 
Taknak kecewakan permintaan anak2 tu, akhirnya semalam mama rajin2kan jugak diri nih pegi kacau tepung tu utk diorang. Dan sbg pengisian waktu cuti sekolah ni mama ambik peluang ni utk menggunakan playdough ni utk mengajar anak2 tentang topik 'measurement'.

Proses mencampurkan warna pada dough. utk resepi homemade playdough boleh tgk sini.

Utk along, mama fokuskan mengajar cara utk mengukur berat. Dgn menggunakan playdough, mama ajar along cara utk menimbang berat dgn menggunakan alat timbang. Kat sekolah, dia dah pun belajar topik ni dan aktiviti ni adalah utk pengukuhan dan utk dia lebih jelas lagi ttg topik ni.


Along sdg semangat menimbang playdough mengikut berat yg mama minta. Dgn aktiviti ni, mama telah ajarkan along:
~ unit ukuran berat iaitu kg dan g (sbg pengukuhan pada apa yg telah along belajar)
~ cara utk membaca timbangan
~ menukarkan timbangan kilogram kpd gram dan juga sebaliknya.  


Utk angah pulak mama ajarkan cara utk mengukur panjang. Mama kenalkan angah dgn ukuran mm dan cm. Dgn playdough ni mama minta angah potong playdough yg telah dibentukkan panjang pada ukuran2 tertentu.

Dan utk kakak pula, mama bagi aktiviti bebas. Sambil  membentukkan playdough sambil mendengar apa yg mama duk ajarkan kat along dan angah.

Dan mama pulak, sambil mengajar dan melayan along, angah dan kakak...sambil melayan budak debab nih...hehe... inilah adik aisyah...yg x dpt dipisahkan dari susu ibunya (sedang nenen sampai tertidur kat riba)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails