Semalam adalah hari yg cukup meletihkan mama. Tapi hati ni cukup2 gembira dan puashati sebab dpt juga mama buat sedikit jamuan sempena harijadi angah juga sebagai memenuhi hasrat papa yg dah lama ingin mengadakan majlis makan2 kat rumah ni utk meraikan ahli keluarga.
Mama hanya sempat masakkan soto dengan begedil. Serta 2 biji kek coklat. Buat yg simple2 je. Janji anak2 suka sbb ni mmg favourite diorang.
Sebenarnya mama hanya jadi tukang masak je. Yg lain semua papa yg buat. Dari tugas mencuci ayam, mengupas kentang, menyediakan air minuman...hinggalah kerja mencuci pinggan mangkuk dan mengemas balik rumah. Thanks pa... (boleh bagi anugerah suami mithali nih... hehe)
Selamat harijadi angah. Mama dan papa doakan semoga angah membesar menjadi anak yg soleh serta taat kepada kedua ibubapa. Berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Anak2 pun cukup seronok kalau ada party macam ni. Apa taknya....bila dah dapat berkumpul sesama sepupu2 mereka tu. Memang riuh satu rumah ni hinggalah ke malam tadi. Selepas semua kenyang menjamu hidangan soto tu, Along dan angah sibuk dgn sepupu yg sebaya dia tu bermain bola dan game serta mainan robot baru hadiah dari tokma dia tu. Kakak pulak tentunya sibuk dgn mainan Barbie dan kitchen playset dia tu kat dalam bilik mainan dia bersama2 dengan sepupu dia Mawaddah. Mama pulak dptlah ambik peluang masa ni merehatkan kaki dan pinggang yg dah lenguh2 ni dgn duduk berborak2 dgn adik2 ipar dan tokma (mertua), mok serta tok ayah (ibu & ayah mama).
Dan pagi ni, kalau ikutkan hati ni rasa nak sambung tidur je. Boleh ke???? Masa tidur tu mmg best la. Tapi bila bangun nanti mulalah serabut tengok ini tak buat lagi...itu tak buat lagi...rumah tak kemas lagi...eeee...macam ni lah surirumah. Kerja tu sentiasa ada. Kalau ada yg kata surirumah ni boleh rileks dan takde kerja (ada yg pernah kata macam ni kat mama) mmg mama rasa macam nak ketuk je kepala dia tu. Mungkin orang yg kata tu tak buat kerja rumah masa duk kat rumah tu. Sebab tu dia boleh kata macam tu.