Showing posts with label colour. Show all posts
Showing posts with label colour. Show all posts

April 14, 2014

Eksperimen Sains: Warna-warna Pelangi.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tengahari semalam kakak telah belajar tentang warna dan telah pun buat satu eksperimen utk mendapatkan warna2 pelangi. 

Mula2 tu mama kenalkan dulu pada kakak warna2 asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Dan dengan mencampurkan warna2 ini...kita akan dapat semua warna pelangi. Utk bg anak lebih seronok belajar...mama bg kakak buat eksperimen utk lihat sendiri perubahan warna yg berlaku apabila kita mencampurkan warna2 asas tadi.

Ni bahan2 yg kami gunakan utk eksperimen kali ni:
~ pewarna makanan: Biru, Merah dan Kuning.
~ susu UHT
~ sabun pencuci pinggan
~ pinggan.

Caranya:
Mula2 kakak tuangkan susu ke dalam pinggan.

Lepas tu titikkan pewarna biru dlm 3 titik.

Jarakkan sedikit utk titikkan pewarna merah.

Dan seterusnya titikkan pewarna kuning...juga jarakkan sedikit.

Lepas tu titikkan sabun pencuci kat tengah-tengah 3 pewarna tadi.

Dan ini lah yg dapat diperhatikan selepas sabun dititik.
Apa yg berlaku??
Sabun pencuci ni tidak dapat bercampur dengan susu. Sebaliknya, ia terapung di atas dan merebak ke atas permukaan. Ketika ia merebak, dia grab pewarna makanan yang kita telah titikkan ke dlm susu tu tadi. Dan bila warna itu bertemu, mereka bergabung untuk membentuk warna baru: 

MERAH + KUNING = OREN
MERAH + BIRU = UNGU
BIRU + KUNING = HIJAU


Kat bawah ni mama ada letak video yg mama rakam semasa eksperimen ni. Bulihlah tgk video ni utk lihat hasil eksperimen ni dgn lebih jelas. 


August 1, 2010

Japanese Colour Flip-Book.


Japanese Colour Flip-Book.

Alhamdulillah slps seminggu belajar, skrg ni angah dah dpt ingat dan dpt mengira dgn lancar dlm bahasa Jepun.
Dan minggu ni kami akan belajar mengenal warna pula dgn menggunakan teaching tool 'Japanese Colour Flip-Book' yg papa sediakan.

Preview:

July 22, 2010

Wheel of Learning.

Pagi tadi sambil2 tunggu adik dan angah bangun dari tidur (papa & along dah pegi kerja dan sekolah) mama sempat siapkan teaching tool baru utk ajar adik mengenal warna dan mengira.
Tool ni sbnrnya 2 dalam satu. Mama dpt idea kat sini.

Wheel for colour recognition.

Wheel for counting.

Sbnrnya kedua2 wheel ni adalah atas sekeping kad. Mama buat sebelah utk colour dan sebelah lagi utk mengira. Lps tu mama laminate supaya tahan lama. Kemudian tools ni digunakan bersama2 dgn clothes pin yg telah ditandakan dengan warna dan nombor 1-10 utk dipadankan pada kad tersebut.
Sebelum ni mama pernah buat teaching tool yg lebih kurang sama dgn yg ini. (boleh tgk kat sini). Jadi mama hanya recycle clothes pin yg dulu utk match colour. Cuma mama tambah sikit dgn menulis colour word kat situ. Nanti angah pun boleh gunakan tools ni utk colour word recognition.
Tools ini juga memang bagus utk develop fine motor skill anak2.

Hari ni adik belajar menggunakan Wheel of Colour dulu.

June 30, 2010

Number, colour & shape in Arabic.

Minggu lepas mama dah mula ajar angah mengira 1-10 dlm bahasa Arab. Alhamdulillah, skrg ni angah dah boleh mengira dan dah kenal nombor2 arab tu.
Dan minggu ni angah mula belajar menulis nombor2 tersebut dalam Arabic number worksheet yg mama print kat sini. Angah juga masih teruskan dgn latihan menulis huruf2 bahasa arab dlm buku latihan.

Buku latihan Bahasa Arab.

Selain menggunakan number flip book, mama juga tlh buat Arabic Number Poster utk dilekatkan pada dinding homeschool room kami. Skrg ni, sambil main2 pun angah boleh belajar mengira dgn melihat pd poster tersebut. Alhamdulillah, adik pun dah boleh menyebut wahid sampai Khamsatun sbb selalu duk ikut angah mengira.

Arabic Number Poster.

Mama juga telah siapkan beberapa teaching tool baru utk ajar angah belajar mengenal bentuk dan warna dlm bahasa Arab. Mama print bahan2 ni kat sini. Kemudian laminate supaya tahan lama. Dan mama letakkan flash card tersebut pada ring.
Minggu ni mama kenalkan dulu dgn bentuk Qalb (heart), Murabba' (square) dan daairah (circle).

Colour Flash Card.

Shape Flash Card.

Arabic shape and colour poster.

June 27, 2010

Colour Clothespin Match Up.

Masih lagi dgn aktiviti utk mengenalkan warna2 kpd adik. Biasa lah...budak kecik. Kalau dua tiga kali ajar mmg mereka takkan ingat. Kenalah selalu ajar dan tunjukkan kat dia. Dan supaya proses pembelajaran tu tak membosankan, mama cuba pulak aktiviti baru hari ni.

Colour clothespin match up activity.

Utk aktiviti ni, mama gunakan paper plate dan clothespin. Warnakan di tepi sekeliling paper plate tu dgn pelbagai warna. Kemudian warnakan pula pada clothespin tersebut utk dipadankan dgn warna pada paper plate tadi.

Adik sdg padankan warna clothespin dgn warna pd paper plate.
Selain utk recognize colour, aktiviti ni juga sesuai utk fine motor skill.

June 24, 2010

Fun learning with playdough.

Semalam kami beraktiviti dan belajar menggunakan homemade playdough. Macam biasa mama buat playdough ni menggunakan resepi ni.

Fun with colourful homemade playdough.

Seperti biasa, mama akan libatkan anak2 semasa proses membuat playdough ni.
Antara aktiviti yg sempat anak2 buat dan pelajari ialah:
  • Colour recognition - Kali ni mama buat playdough dlm pelbagai warna iaitu merah, hijau, kuning, oren, biru dan purple. Jadi sambil main2 tu, mama kenalkan warna2 tersebut kpd adik.
  • Number recogniton.
Number card.
Mama laminate dulu kad ni utk digunakan dgn playdough.

Number recognition.

Anak2 akan roll playdough ni panjang2 dan letakkan atas number card tersebut utk membentuk nombor.
  • Counting.
Counting with playdough.

Bentukkan dulu playdough ni bulat2 kecil dan letakkan atas number card tersebut mengikut bilangan nombor. Adik belajar mengira dgn membilang bebola playdough di atas setiap kad.
  • Fine motor skill - Playdough juga boleh dijadikan tool utk meningkatkan fine motor skill anak2. Ketika bermain, otot2 jari dan tangan digunakan utk create playdough tersebut dlm pelbagai bentuk.
Bermain bersama2.
  • Develop social skill - Bila bermain bersama2 dlm satu kumpulan, kita dapat mengajar dan melatih anak2 utk berkongsi dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

June 14, 2010

New Teaching Tool.

Mama jumpa DIY curtain ni masa pegi shoping kat hypermarket baru2 ni. Mama beli 2 set. Tapi bukan utk buat curtain. Tapi utk kegunaan homeschool kami. Melihatkan pada bentuk, saiz dan warnanya yg pelbagai, mama fikir ia sesuai digunakan sbg teaching tool utk pelbagai aktiviti.

Teaching tool.

Antara aktiviti yg dpt dilakukan dgn teaching tool ni ialah:
  • Colour recognition.
  • Sorting by type (apple & heart shape), size (small & big heart) and colour.
Recognize and sorting by colour.
  • Counting.
Mama tlh create number cards dan adik akan letakkan heart shape tersebut mengikut nombor pada kad tersebut.

  • Lacing activity (fine motor skill).
Aktiviti kegemaran adik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails