Showing posts with label butterfly. Show all posts
Showing posts with label butterfly. Show all posts

May 25, 2011

Handprint Butterfly Craft.

Dah masuk hujung bulan Mei dah pun. Kejap je masa berlalu. Mama pun dah lama sgt tak update blog ni. Virus M kembali melanda...hehe...Bukan tak de aktiviti cuma mama je yg malas nak upload gambar dan tulis blog. 
Tapi malam ni mood mama agak baik sikit. Anak2 pun tengah ralit tengok tv dgn papa tu. Bolehlah mama ambik peluang update blog dgn aktiviti mama bersama angah dan adik hari ni.
Hari ni pagi2 lagi kami dah mula buat kraf. Atas permintaan adik, kami sama2 buatkan kraf rama-rama. Baru je mama nak start mengajar, adik dah mula duk mintak buatkan kraf. Katanya nakkan kraf butterfly. Surf kejap kat internet utk cari idea...akhirnya inilah hasilnya kraf butterfly kami hari ni.

Kraf rama-rama dgn menggunakan lukisan tapak tangan. 

Antara bahan2 yg digunakan:
~ Kertas warna
~ Gunting
~ Gam
~ bamboo chopstik
~ cellophane tape
~ pipe cleaner
~ marker pen

Cara membuatnya:
Lukiskan tapak tangan pada kertas warna dan kemudian gunting. Kemudian lukiskan bentuk oval utk badan dan bentuk bulat utk kepala dan gunting. Lekatkan kepala dan tapak tangan tadi pada badan rama2 tadi. Lukiskan bentuk mata. Letakkan pipe cleaner pada kepala sbg antena. Akhir sekali lekatkan chopstick pada badan rama2. Selain utk tegakkan badan rama2 tu, chopstik tu juga boleh dijadikan sbg pemegang utk anak2 main dgn rama2 tu. 

Angah sedang melukis tapak tangan adik.

 
Kemudian sama-sama menggunting tapak tangan yg telah siap dilukis.


Adik dan angah yg cukup puas hati dgn hasil krafnya hari ni. Masa ni mereka dah tak sabar2 lagi nak tunjukkan butterfly mereka tu kat papa ^0^

April 2, 2010

Aktiviti Homeschool 28 Mac-1 April

Tema utk minggu ni adalah Butterfly dan letter B.

ANGAH.

Reading.
Minggu ni lebih menumpukan pengajaran phonics kpd angah. Bulan lepas mama tlh menggunakan kaedah dlm
Kidzone utk mengajar phonics disamping menggunakan buku Read Easy. Dan minggu ni mama teruskan dgn memberikan latihan dlm worksheet yg mama print kat sini. Utk tambahkan lagi bahan bacaan angah, mama tlh print mini book "A Cat With a Hat" yg mama print kat sini. Mini book ni byk menggunakan perkataan dlm word families at dan an.


Mini book : A Cat With a Hat.

Utk bacaan bahasa melayu, angah teruskan dgn buku cerita Teladan Islam. Buku ini sangat sesuai utk bacaan angah yg baru saja tahu membaca kerana ia menggunakan suku kata berwarna di samping memberi teladan dan pengajaran.

Writing.
Mama menggunakan buku latihan ini sbg buku aktiviti utk bahasa malaysia.

Letter recognition.

Aktiviti minggu ni adalah memadankan capital letter dgn small letter menggunakan card yg mama print . Mama tlh tampalkan huruf2 ni di manila kad supaya lebih tahan lama.
Selain utk match the alphabet, mama juga gunakan card ni utk aktiviti lain. Contohnya pagi tadi kami sama2 bermain 'alphebat hunt'. Mama tlh letakkan kad2 ni di merata2 tmpt di dlm homeschool room ni. Kemudian meminta angah mencari kad2 tersebut. Setiap kad yg angah jumpa, angah perlu sebutkan huruf tersebut dan perlu mengumpulkan kesemua 26 kad alphebet tersebut. Selain utk mengenal huruf, game ni juga melatih angah utk mengira.


Math.

Minggu ni angah tlh buat beberapa latihan math dlm worksheet yg mama print kat sini. Worksheet ini adalah soalan match number word to numeral dan soalan tambah up to 10.


Match number word to numeral.

Science.
Utk tema minggu ni, angah telah diajar life cycle of butterfly. Sebenarnya beberapa minggu lepas angah dah buat craft utk life cycle nih. Jadi minggu ni kami review balik.

Flash card life cycle of butterfly. Print di sini.


Tekun mewarna life cycle of Monarch Butterfly. Worksheet ni mama print kat sini.

Minggu ni juga angah belajar 'tallest and shortest'. Setiap hari angah memang akan sentiasa menyebut perkataan nih sbb dia selalu membandingkan ketinggian dia dgn along dan adik. Jadi utk mengajar topik ni agak mudah. Mama cuma menggunakan objek2 yg ada di dlm rumah dan meminta angah utk membandingkan ketinggian objek2 tersebut. Seterusnya angah buat latihan yg mama print kat sini.

Motor skill.
Colouring the butterfly. Selain mewarna, terdpt juga alphebat di dlm butterfly tu.


Lacing letter B card.


Mewarna letter B. Kemudian gunting utk ditampalkan di lapbook.

Fun & Craft.

Lapbook with letter B.

Lapbook ni mama ambik kat sini. Dalam lapbook ni ada macam2. Antaranya mengenal huruf B. Counting birds 1-4. Dan juga ada animal puzzle (animals with their baby). Adik cukup suka baca lapbook ni.

Handprint butterfly. Mama tgk contoh kat sini.

Iqra'

Sehingga hari ni, alhamdulillah angah dah sampai ke m/s 9 buku Iqra' 2.

ADIK.

Minggu ni adik banyak belajar dgn lapbook2 yg tlh mama buat.

Pagi2 lagi dia terus buka lapbook tu. Kadang2 nak tidur malam pun dia nak baca lagi.


Aktiviti mewarna. Sambil mewarna caterpillar tu, mama kenalkan adik dgn shape 'circle'.

Minggu ni along cuti sekolah dari hari selasa hingga esok (cuti hari keputeraan sultan kelantan). Disbbkan tiada homework yg diberi oleh cikgu, jadi along byk membuat latihan yg mama bagi.

Utk bacaan al-Quran pula, sehingga hari ni along sudah masuk juzuk 8. Biasanya along dan angah akan belajar al-Quran setiap kali selepas solat jemaah dgn mama. Dan malamnya kalau papa balik awal, along akan mengaji al-Quran dgn papa. Adik pun biasanya akan ikut sekali.


Suasana pembelajaran dlm homeschool room.


OUTDOOR ACTIVITY

Beriadah kat Taman Tengku Anis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails