Showing posts with label bee. Show all posts
Showing posts with label bee. Show all posts

October 12, 2010

Aktiviti Bersama Anak-anak.

Minggu ni sbnrnya mama agak sibuk sikit. Sibuk sebab baru saja dpt anak saudara baru. Adik ipar mama tu berpantang kat rumah mak dia yg duduk kat depan rumah mama ni je. Jadi tiap2 pagi mama akan ke sana dulu...pegi tengok dan tolong2 siapkan baby slps mandi. Anak2 pun mmg ecxited sgt dpt sepupu baru ni.
Dlm duk sibuk2 ni pun, aktiviti homeschool tetap jugak berjalan walaupun agak slow sikit.
Setiap hari mama akan pastikan angah buat latihan di dlm workbook utk subjek BM dan Matematik dan juga teruskan dgn Progressive Phonics. Skrg ni angah dah nak habis Intermediate Level Book 8.
Utk adik pula, mama masih lagi ajar mengenal huruf Bb. Berikut antara aktiviti mama bersama anak2 sehingga semalam:
  • Craft Activity
Paper Plate Bumble Bee.

Materials:
  • paper plate
  • pipe cleaner
  • water colour
  • marker pen ( black )
  • plastik lutsinar
  • celofan tape
  • gunting
  • kertas hitam
Cara membuatnya:
  • Warnakan paper plate dgn warna kuning. Keringkan.
  • Kemudian buatkan jalur hitam dgn marker hitam.
  • Buatkan sayap dgn plastik dan lekatkan pada paper plate.
  • Lukiskan mata dan gunting kertas hitam utk dijadikan ekor.
  • Akhir sekali letakkan pipe cleaner sbg antenna.
Sedang mewarna paper plate. (kalau nak tahu, dua beradik tu belum mandi lagi tu...bangun pagi terus nak buat kraf)

Sambung buat kraf slps mandi ^-^

Happy sangat bila kraf mereka tu dah siap ^O^
  • Practical Life
Adik sedang tolong mama mengelap lantai slps siap mewarna paper plate tadi. Dgn aktiviti macam ni, mama boleh melatih adik utk menjaga kebersihan dan supaya rajin2 tolong mama kemas rumah ^___^

Pouring activity. Selalunya mmg adik nak buat sendiri susu dia. (anak pompuan ni mmg rajin sikit kalau nak banding dgn anak lelaki..he..he)
  • Outdoor Activity
Ini aktiviti kami sabtu lps. Papa cuti hari tu. Jadi macam biasa kami akan keluar lepak2 kat KB Mall. Anak2 mmg suka sgt datang sini...begitu jugak mama dan papanya..he..he.Antara tempat favourite kami kat sini tentunya kedai buku Popular & kedai buku Muda Osman. Lepas masuk kedai buku, singgah minum kejap sambil makan jagung...best sgt kalau dpt selalu macam ni ^o^.

Buah hati mama ^-^



October 6, 2010

Letter of the Week : Letter Bb.

Minggu ni, adik telah melakukan beberapa aktiviti untuk belajar mengenal huruf Bb. Angah pun join sekali. Berikut antara aktiviti mereka:
  • Mewarna huruf Bb.
Adik sedang mewarna.

Angah pun join sekali ^-^
  • Lacing activity.
Mama buatkan huruf Bb menggunakan foam sheet dan kemudian tebuk. Selain untuk mengenal huruf, ia juga aktiviti yang bagus untuk fine motor skill.
  • Alphabet Book - Letter Bb.
Bb is for Bumble Bee - mama akan letakkan dalam "Mama HS's : Book of ABC's"

Bahan-bahan yang digunakan:
  • kertas lukisan
  • kertas warna hitam
  • construction paper
  • water colour
  • pipe cleaner
  • gam
  • gunting
  • celofan tape
  • marker
Cara membuatnya:
  • Lukiskan huruf B pada kertas lukisan.
  • Anak-anak warnakan huruf tersebut menggunakan water colour kuning.
  • Keringkan dan kemudian gunting.
  • Tampalkan huruf tersebut pada construction paper.
  • Buatkan bentuk sayap pada kertas warna hitam, gunting dan tampal.
  • Juga guntingkan kertas hitam tersebut panjang-panjang untuk ditampalkan pada huruf B sebagai badan 'bee'.
  • Akhir sekali, letakkan pipe cleaner sebagai antenna.
Angah dan adik sama-sama menyiapkan bumble bee.

Bangga menayangkan hasil kerja mereka ^o^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails