Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

April 13, 2014

Aktiviti Simple Utk Kenal Huruf.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Ni antara gambar2 adik yg tersimpan dlm album...tak 'terpost' dlm blog ni. Actually ada byk lg aktiviti2 yg mama x update kat sini. Pagi ni mama post aktiviti adik ni dulu.

Ni gambar awal tahun lg ni..pada 23 Januari 2014. Umur adik dlm 2 thn setgh. Masa ni x silapnya kakak tengah duk buat latihan yg mama bagi. Pastu sbb x nak bg adik kacau...mama bg adik main2 dgn foam letter puzzle ni sambil2 dia belajar mengenal huruf.
Mama buka dulu semua letter puzzle tu. Pastu suruh adik match balik letter tu...letak huruf tu kat tempat yg betul.

Masa dia ambik satu huruf tu...mama sebut lah apa nama huruf tu utk bg adik kenal (dah ada beberapa huruf yg adik dah kenal & ingat). Pastu sambil dia duk cari2 mana tempat utk match kan huruf tu..cuba lah ulang2 sebut dan tanya dia apa huruf yg dia pegang tu. Bila kita sentiasa ulang2...insyaAllah anak akan mudah ingat.

Khusyuk je...bila dah ada aktiviti dia ni kakak pun bulih belajar dgn aman...hihi

Bila dia dpt match satu2 huruf tu, mama puji dan tepuk tangan sama2 dia...mmg happy sgtlah adik masa tu. Seronok sgt :)

January 11, 2014

Bermain Bongkah Kayu. (Adik Aisyah 2thn 6bln)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...mama berkelapangan malam ni utk mengupdate blog kesayangan mama ni. Malam ni mama nak update aktiviti adik pulak. 
Ni antara favourite adik...bermain bongkah kayu. Mama belikan bongkah kayu ni kat Ikea tahun lepas. Semalam mama sempat snap gambar2 adik masa dia sedang ralit bermain dan berkreativiti dgn bongkah kayu ni. 


Sebenarnya dengan bermain bongkah kayu ni pun anak2 dapat belajar pelbagai kemahiran. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata dan tangan dia. Kalau kita orang dewasa ni mmg takde masalah nak susun2 block kayu tu semua kan?...tapi untuk kanak2 umur 2 tahun lebih macam adik Aisyah ni, aktiviti begini mmg agak sukar pada mulanya. Tapi dengan kerap bermain lama2 adik dapat asah kemahiran motor halus dan mengawal koordinasi mata dan tangan semasa menyusun bongkah2 kayu tersebut.

ok...susunnn....

Sedang menyusun nak membentuk tower.  

Oppss..x jadi sbb x lih balance.

Takpe...cuba dgn bongkah kayu lain pulak.

Dengan bermain bongkah kayu ni jgk kita dpt memupuk kreativiti dan meningkatkan keupayaan anak2 utk menyelesaikan masalah.


Cuba yang lain pulak (^_-)

OK...adik berjaya buat yang ni. Well done ;)

Dan dgn bermain bongkah kayu ni jgk kita dpt mengajar anak2 menyusun dan mengira. Dan dgn penggunaan block yg pelbagai warna, saiz dan bentuk sprt ini dapatlah mama ajar adik mengenal warna dan bentuk serta diperkenalkan makna serta beza antara besar dan kecil  sambil adik bermain.

May 18, 2010

Exercising Dice.

Aktiviti ni sesuai utk develop gross motor skill anak2. Anak2 seronok sekali bila mama involve dlm aktiviti mereka ni.
Caranya mudah saja. Sediakan dadu yg bersaiz besar. Kemudian labelkan setiap side dgn aktiviti fizikal. Utk aktiviti kali ni mama labelkan :
-jump
-run
-walk
-crawl
-hop
-fly

Exercising Dice for gross motor skill.

Kami bergilir2 baling dadu tersebut. Dan kami akan sama2 lakukan aktiviti yg kena. Sambil bermain mama terangkan kpd anak2 contoh2 binatang yg bergerak dgn pergerakan yg kami buat. Utk lebih menghiburkan anak2, kami sama2 menyanyi sambil bermain. Contohnya bila fly, kami akan nyanyi lagu 'fly, fly, fly the butterfly'.

Crawling

Mmg penat sikit bila buat aktiviti fizikal mcm ni. Terasa sgt yg stamina mama ni kurang sgt skrg ni. Dah tua kot ;) . Tapi takpe lah. Demi anak mama sanggup buat apa saja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails