Showing posts with label letter M. Show all posts
Showing posts with label letter M. Show all posts

January 14, 2013

Mm is for Muffin...Jom Masak Muffin (^_-)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Kalau minggu lepas kakak buat kraf muffin...semalam mama & anak2 sama2 gotong royong buat muffin betul pulak. Anak2 mmg cukup semangat kalu mama ajak masak2 ni...especially kakak...biasalah..anak pompuan kan. Kenalah rajin masak ;)

Macam biasa...tentunya muffin coklat chip...feveret anak2. Nak buatnya pun mudah je (^_-) Mama gunakan resepi yg biasa mama buat tu...resepinya mama ambik kat sini.

Bahan:-

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Kakak & adik tolong mama ayak tepung. Nak masak dgn anak2 ni kena sabar...sepah2 tu biasalah...hihi

Along tolong pukul telur. Anak lelaki pun kena rajin jugak tolong mama masak ;)

Sama2 susun paper cup...

Last sekali sebelum bakar...tabur coklat chip. sambil tabur...sambil suap ke mulut...hihi. Angah tu pulak siap susun coklat chip bentuk H...yg tu khas utk dia ;)


January 12, 2013

Muffin Cup Flower Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali di pagi sabtu. Hari ni along & angah cuti sekolah. Papa pun cuti hari ni. mmm...tapi tak tahu lagi apa plan kami hari ni. Sekarang ni kat sini cuaca tak menentu...kadang2 hujan lebat...kadang2 panas. Hari ni tak pasti lagi cuaca macamana. Kalau tak hujan bolehlah bawak anak2 jalan2.
Ok. Sebelum mama start buat keje rumah...pagi ni mama nak kongsikan satu lg aktiviti kraf kakak minggu ni (hari khamis). Sebenarnya mama lebih suka bg anak2 buat kraf utk belajar.Sbb melalui aktiviti kraf...macam2 benda anak2 boleh belajar. Dengan aktiviti kraf kita dpt mengembangkan kreativiti dan imaginasi anak2 dan dapat  membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka. Dgn aktiviti kraf juga kita dapat improve motor skill anak2...contohnya ketika mereka mewarna & menggunting. Juga dapat melatih anak2 utk lebih bersabar utk menyiapkan kraf mereka tu. Lagipun kebykan kanak2 mmg cukup suka buat kraf ni. So...it's fun learning & anak2 akan lebih mudah terima apa yg kita nak ajar. 
  
Muffin Cup Flower Craft

Cantik tak??? Inilah satu lagi kraf yg kakak buat minggu ni. Sebab minggu ni kakak belajar dgn tema 'Muffin'...jadi mama plan utk buat kraf menggunakan muffin cup...terus search kat internet & dpt idea kat sini utk buat Muffin Cup flower Craft ni.

Material yg digunakan utk buat kraf ni:
~ Muffin Cup
~ Paper plate
~ Pipe Cleaner (hijau & brown)
~ Foam sheet
~ Gam
~ Gunting

Cara2nya:
Lekatkan muffin cup pada paper plate.

Gunakan duit syiling utk melukis bentuk bulat pada foam sheet.

Kemudian gunting.

Lepas tu...letakkan gam pada foam yg telah digunting tadi.

Dan terus lekatkan kat dlm cup yg telah dilekatkan pada paper plate tadi.

Gunakan pipe cleaner brown utk dijadikan sbg batang. 

Dan pipe cleaner hijau sbg daun. Letakkan gam dan lekatkan.

Ok....dah pun siap...alhamdulillah. Happy je kakak bila tengok hasil kreativiti dia ni. Well done kakak (^_^)

Kalau ada yg berkenan tu...boleh lah cuba aktiviti kraf ni dgn anak2 di rumah. Mesti anak2 pun seronok. Selamat mencuba (^_~)


January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails