Untuk aktiviti homeschool semalam, angah dan adik sama-sama telah siapkan kraf 'Square Collage'. Banyak yang dapat anak-anak belajar dalam aktiviti begini. Antaranya:
- Mengenal bentuk segiempat sama (square)
- Mengembangkan kemahiran motor halus (fine motor skill) melalui aktiviti menggunting dan menampal.
- Membentuk kreativiti anak ketika menampalkan kertas berwarna-warni supaya menjadi satu kraf yang menarik.
- Menyemai semangat bekerjasama antara mereka adik-beradik ketika sama-sama menyiapkan kerja.
- Kertas pelbagai warna (boleh gunakan lebihan kertas yang ada dari aktiviti sebelum ini).
- Gunting.
- Gam.
- Bentuk segiempat yang dilukiskan pada sekeping kertas.
Caranya:
- Minta anak-anak guntingkan kertas warna kecil-kecil (untuk lebih mudah, mama gunting dulu kertas tu panjang2).
- Kemudian tampalkan kertas yang telah digunting tadi ke dalam bentuk segiempat sama tadi.

Sedang mengunting kertas warna.

Angah dan adik sama-sama meletakkan gam dan menampalkan kertas warna untuk membentuk 'Square Collage'.

Inilah dia hasil kreativiti angah dan adik. Cantikkkk sangat... ^____^









