Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

January 13, 2013

11 Sifat Ibubapa Cemerlang.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

INFO SHARING

‎11 SIFAT IBU BAPA CEMERLANG
oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

1-Membersihkan hati dan perasaan
2-Membina kebahagiaan secara proaktif

3-Mendidik diri sendiri

4-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)

5-Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

6-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

7-Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

8-Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

9-Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

10-Muhasabah diri sebelum tidur malam

11-Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

November 19, 2012

Along dah selamat berkhatan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...hari sabtu 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H along telah pun selamat dikhatankan kat Klinik Keluarga Pengkalan Chepa ni. Sehari sebelum tu (jumaat) mama ada buatkan sedikit kenduri & solat hajat kat rumah ni memohon agar semuanya dipermudahkan & berjalan lancar. 

Dah selamat khatan. Baru balik dari klinik ni. Steady je muka tu...hihi. 

Hari ke2 pantang (^_-)

Lepas bersunat ni biasa kita tengok org gantung dgn tali kain tu kan sbb tak nak bagi kena 'anu' tu. Tapi jiran mama ada  kongsikan cara yg lebih senang utk bg kain tu terangkat...tak perlu gantung2 kain atau lenguh2 tangan duk angkat kain tu. Nak gerak2 pun senang...tak payah duk angkat2 kain tu.

Ni lah cara yg mama gunakan tu. Mama gunakan hanger besi dan buatkan bentuk macam ni. Pastu selitkan kat dlm kain pelikat tu utk kasi kain tu terangkat. Mama pakaikan along tali pinggang Dan selitkan besi ni pada tali pinggang tu supaya x mudah jatuh. Utk ibu2 yg ada anak yg nak bersunat lps ni...bulihlah guna cara ni (^_~)

August 3, 2012

Kembali Berblog & Salam Ramadhan 1433H/2012M

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk pertengahan Ramadhan dah...baru hari ni mama dpt ucapkan salam ramadhan buat semua. Rindu serindu rindunya mama dgn blog 'mama homeschool' ni. Bulan lepas komputer ni wat hal...entah virus apa yg masuk. Langsung mama tak leh nak bukak internet. Byk kerja2 mama yg sangkut...aktiviti anak2 pun byk yg tak dpt mama update dlm blog nih. Mungkin ada hikmahnya jugak jadi cam ni...bulihlah mama lebih fokus dgn kerja2 rumahtangga nih ;) Dan mungkin jugak rezeki mama nak dapat netbook baru...alhamdulillah...lagipun komputer ni pun dah uzur...selalu sgt rosak.


Gadget baru mama ~ Netbook Acer Aspire One.

Awal2 pagi ni anak2 pun tido lagi...so ada masa lah mama nak mengadap blog nih. Update mana2 cerita lepas yg x sempat mama update lg...hihi
Sebelum tulis yg lain...mama nak wish HAPPY BIRTHDAY dulu utk adik Aisyah. 1 Ogos lepas genap umur adik 1 tahun. Kejap je masa berlalu...tahun lepas 1 ogos bersamaan dgn 1 Ramadhan. Masa org lain tgh duk bersiap2 nak berbuka puasa hari pertama...masa tu mama duk bertarung nyawa melahirkan adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan lahirlah Nurul Aisyah anak ke4 mama yg hari ini membesar sihat & comel.


Skrg ni adik dah boleh berjalan...cepat kalu nak banding dgn abg2 dan kakak. Gigi pulak baru tumbuh sebatang. Mama suka sgt kalau tgk adik jumpa buku atau kertas...mesti mulut dia bising duk sebut ntah apa2...mungkin nak tunjuk yg dia tu sedang membaca...hihi. Skrg ni pun dah pandai pegang pensil nak ikut kakak menulis. Ni antara yg sempat mama rakam...nak letak byk2 gambar sbb dah lama tak upload gambar kat blog nih...





Ramadhan tahun ni jugak tahun pertama angah belajar berpuasa. Alhamdulillah...sehingga hari ni cuma 1 hari angah tak puasa. Tu pun sbb dia tak bangun sahur. Ikutkan dia nak puasa jugak hari tu. Nak ajar anak kecik berpuasa ni mmg agak mencabar jugak. Ikutkan hati mmg kesian...tapi kita ajar slow2. Dan bila tengok dia pun bersemangat nak berpuasa tu...alhamdulillah rasa gembira sgt. 

Utk ajar anak2 berpuasa ni, ada beberapa tips boleh kita buat utk galakkan diorang berpuasa.
  • Ajar anak berniat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa. 
  • Masa kejut untuk bersahur, kejut secara perlahan-lahan & beritahu tentang kelebihan bersahur.
  • Masa bersahur, makan bersama-sama dan pastikan masakan sahur makanan kegemaran dan sedap!
  • Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh anak mandi dan segarkan badan.
  • Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. Utk kami sekeluarga, mama mmg pastikan kami ambik ESP, Mealshake dan performance drink yang mmg berkhasiat & bagus utk memberi tenaga pantas! InsyaAllah.

  • Tanya anak makanan kegemaran untuk berbuka, beri peluang anak membantu siapkan hidangan berbuka.
Hari pertama puasa...sama2 buat onde-onde.

Sedang gulung roti jala utk berbuka...feveret anak2 nih (^_-)
  • Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah - kang letih nak air pula..
  • Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. biskut kering pun boleh terliur...
  • Beri galakan dan sokongan semasa berpuasa. Berikan semangat dia boleh berpuasa!. Utk bg anak lagi bersemangat papa bagi reward utk along & angah RM1 sehari.  Mama jugak ada sediakan 'carta ramadhan' utk along dan angah tanda hari yg mereka berpuasa sepjg bulan Ramadhan ni. Ni pun sbg salah satu cara utk galakkan anak2 berpuasa. Sesiapa yg berminat boleh download carta ni kat sini.

Mama doakan moga along dan angah terus bersemangat berpuasa hingga akhir ramadhan ni. Dan semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik agar dpt melaksanakan ibadat di bulan yg penuh barakah ini. InsyaAllah.


December 15, 2011

10 read aloud commandments by Mem Fox.

Alhamdulillah, tadi mama baru lepas sessi read aloud bersama anak2. Ini antara aktiviti yg anak2 gemar. Mungkin sebab bila kami sama2 read aloud maknanya mama akan involve sekali dgn diorang. Anda pernah tak adakan read aloud dgn anak2 kat rumah? Bagi yg belum pernah ataupun jarang2 buat... jom kita sama2 amalkan aktiviti ni bersama anak2 kat rumah tiap2 hari sbb byk kebaikan yg akan kita dapat. Aktiviti read aloud ni tentunya salah satu cara utk kita menggalakkan anak2 kita supaya minat membaca. 


Utk menjayakan aktiviti read aloud ni ada caranya jugak. Jadi hari ni mama nak kongsikan 10 read aloud commandments by Mem Fox yg mama dpt kat blog Kak Chik.

1. Spend at least ten wildly happy minutes every single day reading aloud.

2. Read at least three stories a day: it may be the same story three times. Children need to hear a thousand stories before they can begin to learn to read.

3. Read aloud with animation. Listen to your own voice and don’t be dull, or flat, or boring. Hang loose and be loud, have fun and laugh a lot.

4. Read with joy and enjoyment: real enjoyment for yourself and great joy for the listeners.

5. Read the stories that the kids love, over and over and over again, and always read in the same ‘tune’ for each book: i.e. with the same intonations on each page, each time.

6. Let children hear lots of language by talking to them constantly about the pictures, or anything else connected to the book; or sing any old song that you can remember; or say nursery rhymes in a bouncy way; or be noisy together doing clapping games.

7. Look for rhyme, rhythm or repetition in books for young children, and make sure the books are really short.

8. Play games with the things that you and the child can see on the page, such as letting kids finish rhymes, and finding the letters that start the child’s name and yours, remembering that it’s never work, it’s always a fabulous game.

9. Never ever teach reading, or get tense around books.

10. Please read aloud every day, mums and dads, because you just love being with your child, not because it’s the right thing to do.

Gambar ni ketika mama dan anak2 dalam sesi read aloud bersama Kak Chik di Pustaka Az-Zahra'.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails