Showing posts with label harijadi. Show all posts
Showing posts with label harijadi. Show all posts

January 1, 2011

Harijadi Along dan Hadiah Tahun Baru.

Semalam genaplah umur along 9 tahun. Memang mudah sgt nak ingat tarikh birthday along ni...31 Disember. Lagi istimewa along berkongsi tarikh hari lahir dgn tok ma (ibu papa).
Ingatnya nak buat party sikit utk besday along kali ni. Tapi dgn keadaan mama yg tak berapa mengizinkan skrg ni, papa decided utk celebrate kat luar je dgn tok ma.

Happy Birthday Along. Semoga along menjadi anak yg soleh dan menjadi contoh kpd adik2!

Tok Ma dan adik papa, Nurul.

Kami makan kat Pizza Hut saja. InsyaAllah lain kali kita buat party kat rumah dan jemput kawan2 along yea!

Mama takde hadiah istimewa utk harijadi along kali ni. Tapi mama ada hadiah special utk along, angah, adik dan papa sempena tahun baru ni... insyaAllah tahun ni akan bertambah seorang lagi ahli dlm keluarga kami. Anak2 mmg seronok sgt bila mama kabarkan berita gembira ni terutamanya adik. Skrg ni pun dia dah bahasakan diri dia tu kakak. Doakan semoga mama terus diberikan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan kali ni supaya mama dpt terus beraktiviti bersama anak2 dlm Mama Homeschool. InsyaAllah.

Minggu ni kandungan mama dah masuk minggu ke8.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails