Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

September 19, 2013

Bercuti di Tok Aman Bali Resort.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...minggu lepas along telah pun selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Apa pun keputusan yg along dapat nanti mama redha sbb mama tahu along dah buat yg terbaik. Skrg ni rasa lega sgt...umpama terlepas satu beban di bahu ni. Bukan bermaksud mama dah boleh lepas tangan lepas ni...tapi sekurang2nya bulihlah mama relax sikit lepas ni tanpa memikirkan soal exam ni (anak yg nak exam tapi mama ni yg terlebih stress...hihi)

Utk celebrate along abis exam ni...weekend lepas sempena cuti Malaysia tu...kami sekeluarga ambik peluang pergi bercuti...saje nak release tension. Alahh...bukannya jauh pun. Bercuti dekat2 sini je...kat Tok Aman Bali Resort, pasir Puteh ni je. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah kami.

Sebelum sampai kat resort tu, kami singgah dulu kat Pantai Irama, Bachok...singgah ambik angin pantai. 

Main2 kat tepi pantai. Cuaca hari tu pun redup je...bestttt...

Bilik kami kat Tok Aman Bali Resort tu. Bilik yg luas dan selesa.

Seronok je si kecik ni duk golek2 kat sofa tu.

Ni antara tujuan utama datang resort ni...nak main air. Aktiviti wajib anak2...hihi

Papa yg sporting...rajin melayan anak2 main. Mama tunggu kat atas je...




Nmpk x kakak tu...hihi. Besar jugak kolam kat sini. Memang puashati anak2 main.

Anak2 buah hati mama. Semuanya enjoyyy dgn percutian kali ni. Moga terus dilimpahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik...next time bulihlah kita berkunjung lg ke sini.

December 29, 2010

Bertemu kembali....


Bertemu kembali...
Lama sgt rasanya tak update blog ni. Sibuk dgn macam2 kerja. Biasalah surirumah ni. kerjanyer kalau 24 jam sehari tu rasanya macam tak cukup. Lepas balik bercuti hari tu, rutin harian mama kembali seperti biasa. Aktiviti dgn anak2 tetap diteruskan cuma mama lebih serahkan pada anak2 utk pilih dan buat sendiri aktiviti yg mereka suka sprt kraf. Macam biasa alonglah yg jadi ketua. lagipun along ni kreatif jugak orangnya. Kalau bab lukis2 tu orang kata tangan dia 'berseni' jugak la. Sepanjang cuti sekolah ni diorang 3 beradik suka sgt tengok rancangan Atzooka di Nickelodeon channel. Jadi biasanya lepas tgk rancangan tu mereka pun mulalah mencari/selongkar barang2 mama utk mereka cuba buat kraf yg mereka tengok tu. Macam2 kraf yg mereka dah cuba buat tapi mama malas pulak nak ambik gambar.
Dan utk minggu terakhir cuti sekolah ni, ada ahli baru utk mama homeschool ni. Anak saudara mama, Amirah tumpang join sekali belajar bersama2 along, angah dan adik. Tahun depan Amirah dah nak masuk darjah 1. Tapi dia belum lagi dpt membaca BI dgn baik. Jadi sambil2 mama duk mengajar anak2 ni, mama ajak dia join sekali. Boleh jugak mama tolong ajarkan dia setakat yg mama termampu.

Sweet girl....Amirah ^-^

Masing2 khusyuk menyiapkan latihan yg mama bagi....abaikan pandangan bilik yg bersepah tu yer ;)

December 3, 2010

Cuti2 Malaysia.

Sebelum cuti sekolah bermula lagi along dah bising2 tanya nak bercuti kat mana cuti sekolah kali ni. Sebenarnya kami jarang sgt bercuti jauh2. Byk sgt alasannya...papa tak boleh cuti la...takut penat la...takut habis duit la...hehe. Tapi sbnrnya mama tak nak pegi jauh2 ni sbb mama takut sgt bila baca berita2 kemalangan yg kerap berlaku skrg ni. Tapi kesian jugak dgn anak2. Selalu saja duk dengar cerita kawan2 je...pegi sana..pegi sini. Jadi kali ni awal2 lagi papa adjust cuti supaya dpt cuti pjg sikit. Dptlah kami pegi bercuti lama sikit.
Kali ni kami pegi bercuti di Pahang. Kebetulan 2 orang adik mama ada kat sana. Sorang di kuantan dan sorang lagi kat Jerantut. Jadi sambil makan angin boleh jugak menziarah rumah adik-beradik. Jimat jugak kos penginapan (^_-)

Pegi Cameron Highland sebelum ke Jerantut.

Sebelum ke rumah adik kat Kuantan ni, kami singgah dulu di Teluk Cempedak.

Inilah tujuan sbnr kami ke Pahang...dah lama anak2 teringin main2 air di Gambang Waterpark. Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat mereka.

Balik dari bercuti, mama sambung balik 'meroti'. Sebelum ni roti mama tak berapa menjadi. Tapi slps menggunakan water roux, alhamdulillah roti mama menjadi. Gebus sgt. Terima kasih Ros & Izah sbb bagi tips utk buat roti tu yer. Bila dah menjadi ni, lagilah bersemangat mama menguli. Hari2 buat roti. Nak tayang jugaklah antara roti2 yg telah mama buat ni..hehe

Bun Kentang yang mama dah buat sblm ni. Tapi kali ni mmg menjadi. Ibu Ernawaty boleh klik sini utk dptkan resepinya yer!

Gebus sgt bun kentang mama kali ni ^0^

Bun Gula Merah. Sedap sgt bun ni. Resepi dari Ros jugak.

Japanese Style Sweet Bun Dough. Resepi kat sini.

Anak2 pun sibuk menguli jugak. Mama buatkan mereka homemade playdough utk mereka main.

February 27, 2010

Aktiviti hujung minggu.

Hari ni mama cuti aktiviti home school sbb byk benda nak buat. Disebabkan hari ni papa cuti jadi kami sekeluarga (tak termasuk along sbb dia tuisyen English hari ni) balik ke Rantau Panjang menziarah rumah saudara papa yg kematian anaknya 4 hari lepas akibat kemalangan. Kami pergi ke sana lepas hantar along ke kelas tuiesyen. Tapi mama bawak siap2 buku bacalah anakku dlm beg. Jadi sambil tunggu along siap tuisyen mama sempat ajar angah dlm kereta.

Lepas ambik along kami terus ke kedai buku sebab dah janji dgn anak2 nak pegi kedai buku hari ni. Bila dah sampai kedai buku ni apa lagi....seronok la budak2 ni. Bukan saja budak2 ni tapi mama dgn papa pun mmg suka sgt pegi kedai buku ni. Kalau boleh setiap kali cuti mmg nak pegi kedai buku. Papa ni pun sbnrnya ulat buku. Kadang2 tu bukannya nak beli buku tapi saja pegi tgk2 buku. Dan hari ni angah ambik 2 story book. Hari tu dah beli satu bukucerita siri Little fruits Blueberry books tajuk Where is My Home. Anak2 suka sgt bila mama bacakan buku ni. Jadi hari ni mama beli 2 lagi dlm siri sama. Tajuk Just Like daddy dan Spring is Here. Insya-Allah kalau ada budget lebih bulan depan mama beli tajuk lain pulak.





Little Fruits Blueberry Story Book.




Sebenarnya dah 2 minggu tak balik rumah Tok Ma (sblh papa) dan rumah Mok (sblh mama). Tapi disbbkan dah petang jadi kami sklrg cuma balik rumah tok ma saja. Kebetulan ramai sepupu2 lain kat rumah tok ma jadi seronok sakan lah along, angah dan adik main. Kat rumah tok ma ni mereka bebas sikit main sbb halamannya luas. Kalau kat rumah biasanya 3 beradik ni main kat dlm rumah je.





Sedang main bola kat laman rumah Tok Ma.



Bersama sepupu2.

February 26, 2010

Walaupun hari ni cuti tapi mama tetap laluinya mcm hari biasa sbb papa keje jugak hari ni. Cuma lain sikit sbb along cuti. Jadi riuh rendah lah sikit rumah hari ni. Tapi kalau boleh mama pun nak cuti jugak hari ni. Tak nak buat keje rumah. he...he...tak patut betul. Nak tak nak mama kena jugak buat keje mcm biasa. Lagipun semua ni mmg dah tanggungjawab mama. Walau uzur mcm pun, mama akan tetap tunaikan tggjwb mama sebaik mungkin. Insya-Allah.

Semalam mama tak sempat nak tulis blog nih. Ingatnya nak tulis lps anak2 tidur, tapi masa nak tidurkan adik dgn mama sekali tertidur.

Aktiviti mama smlm mcm biasa. Cuma byk dok layan angah yg asyik mintak mama buatkan craft utk dia. Paginya mintak buatkan tiger. Petangnya pulak mintak buatkan butterfly. Aduh...nak layan anak2 ni mmg kena kita perlu byk sabar. Lagipun anak kecil ni kalau kita ikut kehendaknya (biarlah munasabah) mereka akan mudah mendengar cakap kita dan dgn sendiri mereka akan buat tanpa kita suruh (apa yg mama perhatikan kat anak mama). Macam angah lepas mama buatkan tiger utk dia, terus dia ambik buku dan baca.




Angah dok baca buku cerita sorang2.



Petangnya along & angah buat butterfly mask. Sibuk dok colour mask la tu.


Itu cerita aktiviti semalam (khamis). Dan hari ni pulak mereka bertiga nak buat painting pulak. Jadi mama siapkan water colour dan bagi kertas lukisan seorang 1 helai. Alhamdulillah kali ni mereka buat painting tu tanpa gaduh2. Adik yg selalunya suka kacau tu pun kusyuk duk buat lukisan dia. Dan hasil lukisan tu mama boleh tengok yang anak2 mama ni sememangnya sangat kreatif. :)


Tengah khusyuk siapkan lukisan.

Aktiviti bebas waktu malam bersama papa sementara tunggu nak solat Isyak.

February 20, 2010

Zoro kat Padang Tembak

Semalam tak sempat nak tulis. Sibuk melayan budak2 ni. Along pun cuti smlm. Jadi angah apa lagi...ada partner la nak main. Main tu main jugak tapi home school tetap jalan.


Bangun pagi terus sarapan dgn nugget, roti dan milo.


Tapi bila dah kumpul 3 beradik ni mereka lebih suka buat aktiviti ikut idea mereka sendiri. Selalunya along la yg jadi ketua...dgn idea yg pelik2. Along ni kreatif sebenarnya. Sejak kecil sampai skrg memang semua orang akan perasan kat tangan dia sentiasa ada pensil dan kertas. Macam2 la yg dia tulis & lukis. Paling dia suka lukis robot dan ultraman. Dgn kertas juga dia akan lipat2 jadi robot. Tapi bila dah besar ni mama perhatikan along ni juga suka tulis short story in english.

Malam tadi papa ngan along tengok citer Zoro. Hari ni apa lagi, buat topeng Zoro la pulak budak2 ni. Disebabkan papa pun cuti hari ni, jadi dgn papa sekali sibuk dok buat craft zoro mask nih.



Papa sibuk melayan anak2.


Adik pun takut ngan zoro dua org nih.


Lepas puas main, angah sambung aktiviti home school dgn menulis susunan alphabet dan buat number dlm buku skrap.

Menulis susunan alphabet.



Angah buat sendiri scrap book for number and shape.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails