Showing posts with label outdoor activity. Show all posts
Showing posts with label outdoor activity. Show all posts

April 16, 2014

Jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua lg. Hari ni along dan angah balik awal sikit dari sekolah sbb aktiviti ko-kurikulum kat sekolah dibatalkan. Jadi mama bulihlah rehat awal sikit hari ni. Kalu tak biasanya masa ni mama kena keluar gi ambik anak. Hari ni semuanya dah settle awal...anak2 dah siap mandi, makan dan sembahyang. Skrg ni anak2 tgh duk berehat sambil tgk tv. Jd mama ambik peluang yg ada ni utk update blog. Hari ni nak update cerita yg dah basi jugak...hihi. Cerita kami jalan2 ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semasa cuti Tahun Baru Cina 1 Febuari baru2 ni. Ini merupakan kunjungan kali kedua kami sekeluarga ke sana. Kali pertama dulu pd Febuari 2010. Masa tu kami hanya berlima...adik Aisyah takde lg masa tu. Anak2 yg lain pun kecik2 je lg. Bulih tgk cerita kami 4 thn yg lepas tu kat sini (^0^)

Ni gambar kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Pukul 9 pagi kami dah keluar rumah. Otw ke Terengganu tu kami singgah sekejap di Melor utk sarapan nasi kerabu daging bakar. (^-^)

Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat yg di tuju tu dlm pukul 1 tengahari.

Bergambar dulu sebelum masuk ke dlm Taman Tamadun Islam tu.

Anak2 semua dah tak sabar dah nak masuk dlm tu...

Kalu 4 th lepas, kami seluarga menggunakan buggy utk melawat sekitar taman ni. Kali ni kami naik tram plk utk melawat monumen2 yg ada kat situ. Gambar2 monumen di situ mama x dpt nak upload kat sini sbb semua gambar tu ada dlm telefon along...


Panas terik masa ni...

Berhenti rehat sekejap sebelum keluar sambil menikmati ais krim.

Kami singgah makan kat Bbeteng Restaurant kat tepi sungai sebelum pegi sembahyang kat Masjid Kristal.


Bergambar berlatarbelakangkan masjid Kristal.

Bersama buah hati mama...hihi (^0^). Kami bertolak balik ke KB slps solat Asar kat Masjid Kristal tu. InsyaAllah kalu ada peluang kami akan datang lg ke sini sbb anak2 suka sgt tempat ni.

Kat bawah ni gambar mama dan anak2 kat Taman Tamadun Islam ni 4 thn lepas. Sekejap je rasa masa tu berlalu...


January 5, 2014

Aktiviti Hujung Minggu.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, cuti hujung minggu kali ni (semalam) mama dan papa sempat bawa anak2 beriadah kat Taman Tengku Anis. Seronok sgt anak2 main...maklumlah dah agak lama kami x dtg sini. Jadual kerje papa agak sibuk kblkgan ni...selalu balik lmbt. Kalu hari cuti plk sibuk dgn macam2 urusan lain...tu yg dah lama x bawak anak2 dtg sini tu. 

Angah cam x percaya bila dia dpt main monkey bar nih kali ni...hihi. kalu sblm ni tak penah lg dia dpt habiskan sampai hujung. 

Kakak dan adik main gelongsor je kali ni. Tu pun kakak terpaksa ikut adik main gelongsor yg rendah2 je.

Semalam jgk kakak dan along sama2 tolong mama buatkan donut utk minum petang. Keja mama cuma sukat bahan2 dan masukkan dlm food processor tu dan menggoreng. Selebihnya mama serahkan pada kakak dan along. 

Sama2 canai dan bentukkan donut. 

Masa ni adik sdg tido. Kalu x mesti dia pun sibuk nak buat keje jgk...
err...angah plk masa ni mama x pasti tgh duk wat apa...tgh ralit duk tgk tv kot..

Ni lah donut gebu hasil tangan anak2 mama. Sedapppp sgt ;)

April 29, 2013

Menambah Koleksi Buku.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...tenang je rasa pagi ni. Anak dara 2 org tu tak bangun tido pun lagi. Bulih lah mama buat keje mama dulu kejap pagi2 ni. Sebelum tu nak update blog jap. Nak citer pasal buku2 yg baru mama beli ni. Seronok je bila tgk buku2 baru tersusun kat rak tu...hihi..

Masa papa cuti Jumaat lepas, mama ambik peluang bawa anak2 ke kedai buku. Kali ni kami sekeluarga ke kedai buku Popular kat KB Mall. Seminggu sblm tu kami dah ada singgah sekejap kat sini. Sempat lah tgk promosi yg sedang berlangsung. Tapi tak sempat nak memilih sbb nak cepat masa tu. So kali ni mama ambik peluang memilih buku2 yg sesuai utk anak...juga utk mama. 

Rambang mata jap tgk semua buku2 tu...semuanya ada diskaun...murah2 lak tu...rasa mcm semua nak...hihi. Slps lenguh kaki duk pusing2 dan memilih...inilah hasil tangkapan mama kali ni:

I Like to Read Series. Mama dapat beli dgn harga yg cukup murah. Biasa harga sebuah buku ni RM9.90. Tapi dgn promosi ni mama dapat 3 buah buku dgn harga RM9.90. Alang2 dah dpt harga murah ni mama terus beli 15 buah buku. Dpt dgn harga RM49.50 je. Dah jimat dlm seratus ringgit dah tu...besttt

Utk tambah ilmu pengetahuan anak2...mama belikan Collins My First World Atlas & Collins My First Encyclopedia ni. RM10 je setiap satu buku tu.

Yg ni pulak mama belikan khas utk adik dan kakak. A little book with giant flaps. 

Yg ni pulak utk mama. Harap2 mama akan sentiasa bermotivasi dan rajin masuk dapur lepas ni...

November 14, 2012

Hati bahagia bila anak2 gembira (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah...syukur atas nikmat dan rezeki kurniaan Allah. Sampai sekarang dah genap setahun mama bergelar WAHM...surirumah yg bekerja dari rumah. Surirumah yg mampu menjana pendapatan sendiri walaupun 24jam bersama anak2 di rumah. Setelah setahun 'berbisness' dari rumah...mama sudah mampu mencari duit poket sendiri tiap2 bulan..bermula dgn 2 angka skrg dah dpt 4 angka sebulan (insyaAllah tak mustahil utk dpt 5 angka lps ni)...sudah dapat menambah aset sendiri (takde lah byk sgt pun...tapi sikit2 lama2 jadi bukit kan???) Dan tak lupa jugak hasil yg mama dpt tu ada bahagiannya utk anak2 dan suami yg byk memberi sokongan...setiap masa bersama...susah dan senang. 

Isnin lepas hari untuk mama me'reward' anak2, juga diri mama sendiri. Reward apa tu??? hihi...Ni lah 'reward' mama bagi utk anak2 tu....BASIKAL!!! Basikal murah je...tapi anak2 happy sgt bila dapat apa yg diidam2kan. Terutamanya kakak bila dpt basikal 'pink' idaman hati dia tu sejak sekian lama. Dan terasa bahagia sgt di hati mama ni bila melihat anak2 gembira (^_^)

Gambar ni mama ambik petang semalam...time anak2 bermain2 kat depan rumah. Macam ni lah aktiviti anak2 waktu petang. Main2 kat depan rumah ni je...papa selalu balik kerja malam. So, susah la sikit kalau nak g main2 kat taman. Time papa cuti barulah boleh bawak anak2 gi main2 kat taman...selalunya kat Taman Tengku Anis tu. Kalu sebelum ni selalu jugak la duk berebut2 naik basikal merah tu (yg angah naik tu) Along yg dah besar panjang tu pun masih duk gi kayuh basikal kecik tu...hihi. 

InsyaAllah, next entry mama akan kongsikan 'reward' yg mama bagi utk diri mama sendiri pulak (^_-)

October 12, 2010

Aktiviti Bersama Anak-anak.

Minggu ni sbnrnya mama agak sibuk sikit. Sibuk sebab baru saja dpt anak saudara baru. Adik ipar mama tu berpantang kat rumah mak dia yg duduk kat depan rumah mama ni je. Jadi tiap2 pagi mama akan ke sana dulu...pegi tengok dan tolong2 siapkan baby slps mandi. Anak2 pun mmg ecxited sgt dpt sepupu baru ni.
Dlm duk sibuk2 ni pun, aktiviti homeschool tetap jugak berjalan walaupun agak slow sikit.
Setiap hari mama akan pastikan angah buat latihan di dlm workbook utk subjek BM dan Matematik dan juga teruskan dgn Progressive Phonics. Skrg ni angah dah nak habis Intermediate Level Book 8.
Utk adik pula, mama masih lagi ajar mengenal huruf Bb. Berikut antara aktiviti mama bersama anak2 sehingga semalam:
  • Craft Activity
Paper Plate Bumble Bee.

Materials:
  • paper plate
  • pipe cleaner
  • water colour
  • marker pen ( black )
  • plastik lutsinar
  • celofan tape
  • gunting
  • kertas hitam
Cara membuatnya:
  • Warnakan paper plate dgn warna kuning. Keringkan.
  • Kemudian buatkan jalur hitam dgn marker hitam.
  • Buatkan sayap dgn plastik dan lekatkan pada paper plate.
  • Lukiskan mata dan gunting kertas hitam utk dijadikan ekor.
  • Akhir sekali letakkan pipe cleaner sbg antenna.
Sedang mewarna paper plate. (kalau nak tahu, dua beradik tu belum mandi lagi tu...bangun pagi terus nak buat kraf)

Sambung buat kraf slps mandi ^-^

Happy sangat bila kraf mereka tu dah siap ^O^
  • Practical Life
Adik sedang tolong mama mengelap lantai slps siap mewarna paper plate tadi. Dgn aktiviti macam ni, mama boleh melatih adik utk menjaga kebersihan dan supaya rajin2 tolong mama kemas rumah ^___^

Pouring activity. Selalunya mmg adik nak buat sendiri susu dia. (anak pompuan ni mmg rajin sikit kalau nak banding dgn anak lelaki..he..he)
  • Outdoor Activity
Ini aktiviti kami sabtu lps. Papa cuti hari tu. Jadi macam biasa kami akan keluar lepak2 kat KB Mall. Anak2 mmg suka sgt datang sini...begitu jugak mama dan papanya..he..he.Antara tempat favourite kami kat sini tentunya kedai buku Popular & kedai buku Muda Osman. Lepas masuk kedai buku, singgah minum kejap sambil makan jagung...best sgt kalau dpt selalu macam ni ^o^.

Buah hati mama ^-^



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails