Showing posts with label paper plate. Show all posts
Showing posts with label paper plate. Show all posts

April 8, 2014

Aktiviti Kraf: "Paper Plate Bunny Craft"

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Kali ni malam2 hari jugak baru mama dapat bukak blog dan update story mory anak2 ni...hihi. Ingatnya nak sambung update dgn bbrp citer kami yang dah lama basi tu. Tapi rasanya elok mama post entry malam dgn aktiviti baru anak2. Cerita2 basi tu insyaAllah kalu ada kelapangan mama akan post jugak dlm blog ni...mama akan usaha jgk masukkan cerita2 tu dlm blog ni sbb semua tu utk tatapan kami sekeluarga di masa akan datang.

Malam ni mama nak cerita aktiviti kraf anak2 petang semalam. Hari ni pun ada buat jugak kraf...tapi x sempat nak ambik gambar elok2. Jadi mama tunjuk kraf anak2 yg semalam saje. Sebelum decide nak buat kraf apa tu mama tanya dulu kakak dia nak buat kraf guna apa...senang utk mama cari idea buat kraf apa.

Ni bahan2 yg digunakan utk buat kraf semalam. Kakak bgtau dia nak guna paper plate kali ni nak buat kraf. Kebetulan dah ada cotton ball kat rumah ni jadi mama dpt idea utk buat "Paper plate Bunny Craft".

Semalam angah balik awal dari sekolah...jadi sempatlah dia join sekali aktiviti kraf ni.

Masing2 sedang khusyuk lekatkan cotton ball kat paper plate tu.

Utk buat kraf ni, mama tebuk dulu paper plate tu utk jdkan mata dan hidung. pastu lukiskan telinga kat construction paper dan mama bg anak2 colour telinga tu dgn warna pink dan seterusnya gunting bentuk telinga arnab tu. Lepas tu lekatkan telinga tu pada paper plate. Seterusnya lekatkan cotton ball di sekeliling paper plate tersebut. Akhir sekali lukiskan bulu mata dan mulut arnab tu dan lekatkan pipe cleaner utk misai arnab.

Dan inilah hasilnya "Paper Plate Bunny Craft"...cantik tak? hihi

February 8, 2013

Craft Time (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Hari ni along dan angah dah start cuti sekolah. Agak pjg jugak cuti sekolah kali ni sbb bersambung dgn cuti tahun baru cina. Sebenarnya ada byk cerita yg mama nak kongsikan tapi ada je halangannya. Sibuk dgn byk hal...tak sempat nak mengadap blog ni. Tambah2 dgn adik yg sgt jelous bila tgk mama duk depan komputer ni. Bila nmpk je mama duk mengadap komputer...dia pun mulalah buat perangai. Utk entry kali ni pun entah cubaan kali ke berapa dah nih. Harap2 kali ni berjaya dipublish. Sapa yg ada anak kecik mungkin bulih faham situasi nih...hihi.

Oh ya, Jumaat lepas mama sekeluarga ke KL atas urusan 'bisness' mama...sambil2 tu bawak anak2 jalan2 KL. Org kata sambil menyelam minum air...hihi. Nanti mama posting lain kali cerita jalan2 tu. Hari ni mama nak upload gambar aktiviti kraf anak2 minggu lepas dan minggu ni.

Ni aktiviti minggu lepas. Semua anak2 pakat duk buat caterpillar menggunakan 'egg carton'. Minggu lepas along ada buat kraf caterpillar ni kat sekolah masa kelas pendidikan seni. Tu yg si adik2nya pun mintak nak buat kraf ni jugak. 


Sama2 mewarna egg carton menggunakan tempera paste.

Adik pun ikut sama mewarna (^_^)

Ni lah hasil kraf anak2...Caterpillar Egg Carton. Dari kiri tu along punya, kemudian kakak, angah dan caterpillar yg pendek sekali tu adik aisyah punya (^_~)

Ni majalah yg papa belikan utk kakak...Sayang Muslim. Memang bagus majalah ni utk bacaan anak2. Kat dlm tu pun ada dia bg free workbook utk anak2 buat. Dan ada juga ruangan 'Jari-jari seni' utk aktiviti kraf. Utk edisi kali ni, dia kongsikan cara utk buat kraf Jam menggunakan pinggan kertas. Kraf yg menarik utk anak2.

Sedang khusyuk mewarna paper plate utk buat kraf jam tu. Kakak dan adik je yg buat sbb along dan angah g sekolah masa ni. 

Sementara menunggu paper plate tu kering...kakak gunting dulu nombor2 yg disediakan dlm majalah tu utk ditampalkan pada jam tu.

Kemudian tampalkan nombor2 yg digunting tadi pada paper plate tu.

Inilah hasil kraf kakak minggu ni...Jam Pinggan Kertas.

January 12, 2013

Muffin Cup Flower Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali di pagi sabtu. Hari ni along & angah cuti sekolah. Papa pun cuti hari ni. mmm...tapi tak tahu lagi apa plan kami hari ni. Sekarang ni kat sini cuaca tak menentu...kadang2 hujan lebat...kadang2 panas. Hari ni tak pasti lagi cuaca macamana. Kalau tak hujan bolehlah bawak anak2 jalan2.
Ok. Sebelum mama start buat keje rumah...pagi ni mama nak kongsikan satu lg aktiviti kraf kakak minggu ni (hari khamis). Sebenarnya mama lebih suka bg anak2 buat kraf utk belajar.Sbb melalui aktiviti kraf...macam2 benda anak2 boleh belajar. Dengan aktiviti kraf kita dpt mengembangkan kreativiti dan imaginasi anak2 dan dapat  membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka. Dgn aktiviti kraf juga kita dapat improve motor skill anak2...contohnya ketika mereka mewarna & menggunting. Juga dapat melatih anak2 utk lebih bersabar utk menyiapkan kraf mereka tu. Lagipun kebykan kanak2 mmg cukup suka buat kraf ni. So...it's fun learning & anak2 akan lebih mudah terima apa yg kita nak ajar. 
  
Muffin Cup Flower Craft

Cantik tak??? Inilah satu lagi kraf yg kakak buat minggu ni. Sebab minggu ni kakak belajar dgn tema 'Muffin'...jadi mama plan utk buat kraf menggunakan muffin cup...terus search kat internet & dpt idea kat sini utk buat Muffin Cup flower Craft ni.

Material yg digunakan utk buat kraf ni:
~ Muffin Cup
~ Paper plate
~ Pipe Cleaner (hijau & brown)
~ Foam sheet
~ Gam
~ Gunting

Cara2nya:
Lekatkan muffin cup pada paper plate.

Gunakan duit syiling utk melukis bentuk bulat pada foam sheet.

Kemudian gunting.

Lepas tu...letakkan gam pada foam yg telah digunting tadi.

Dan terus lekatkan kat dlm cup yg telah dilekatkan pada paper plate tadi.

Gunakan pipe cleaner brown utk dijadikan sbg batang. 

Dan pipe cleaner hijau sbg daun. Letakkan gam dan lekatkan.

Ok....dah pun siap...alhamdulillah. Happy je kakak bila tengok hasil kreativiti dia ni. Well done kakak (^_^)

Kalau ada yg berkenan tu...boleh lah cuba aktiviti kraf ni dgn anak2 di rumah. Mesti anak2 pun seronok. Selamat mencuba (^_~)


January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails