May 11, 2012

Promosi Menarik Sepanjang MEI...JOM Dapatkan GLA COMPLEX!

Nak tahu apa yang menarik bulan ni? Shaklee (M) Sdn Bhd menawarkan tawaran menarik GLA Complex. Jadi anda2 yg memang penggemar setia GLA complex memang bertuah dan teruja ..betul tak?


Utk kawan2 yg masih tak tahu apa itu GLA... sebenarnya 
GLA atau biasanya lebih dikenali sebagai EPO memang sangat baik untuk kesihatan wanita. Namun GLA Shaklee adalah yang TERBAIK kerana ia turut dilengkapi dengan vitamin E semulajadi dan minyak bunga matahari yang banyak khasiatnya. 

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis. GLA Complex Shaklee dibuat daripada Borage oil yang mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.

Jadi untuk sapa2 yg nak kulit cantik tu mmg sesuai sangat la GLA ni..ia repair skin texture....betulkan hormon, kecutkan cyst.. dan byk lagi...
dan kalu nak buat kasi ke ibu2 anda.. as hadiah hari iBU.. pun sesuai.. dah alang2 harga promo bulan ni (^_^)

Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni?
♥ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
♥ Membantu meningkatkan kesuburan
♥ Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
♥ Membantu dalam menangani menopus
♥ Menguatkan kuku dan rambut
♥ Membantu Maslah Jeragat
♥ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
♥ Membantu menangai ekzema
♥ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
♥ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
♥ Menguatkan imuniti tubuh
♥ Memperlahankan proses penuaan
♥ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
♥ Mengawal kencing manis dan darah tinggi
♥ Mengawal kolesterol
♥ Untuk fungsi saraf

Utk lebih info, boleh juga rujuk di sini.


Jadi utk sesiapa yg berminat, bolehlah hubungi mama utk membuat pesanan atau utk mendptkan maklumat lanjut. Kalau nak booking dulu pun boleh utk dptkannya dgn harga promosi nih. Nanti bila dah dpt gaji baru bayar.
Jgn lepaskan peluang keemasan ni..anda pasti teruja dgn hasilnya. Hubungi mama sekarang di 019-9637472 ataupun email ke anishaklee@gmail.com



May 10, 2012

Komunikasi yang Menginspirasikan Anak Anda

BISMILLAH....
Assalamualaikum w.b.t
.:SHARING IS CARING:.
Keyakinan adalah antara kunci kepada kejayaan ; antara cara untuk menanamkan keyakinan dalam diri anak kita adalah dengan menghormati mereka, mengakui mereka adalah penting dan pandangan mereka juga penting dan kita hargai. Tidak keterlaluan untuk kita katakan bahawa orang tak akan kisah apa yang kita katakan selagi dia tak rasa bahawa kita kisah dan peduli apa yang mereka rasa. 

Oleh itu untuk menjadikan komunikasi kita efektif dan menginspirasikan anak /kawan kita cuba langkah berikut:

i. Beri sepenuh tumpuan kepada perbualan dan kepada anak kita ; anggap tiap interaksi adalah penting

Anak2 memang cepat mengesan kalau kita tak beri tumpuan. Apatah lagi ibu2 ni terkenal sebagai multitasker; boleh buat banyak benda pada satu masa. Jika masa tu kita tengah depan tv ke, tengah depan komputer layan FB ,tengah potong sayur ke, pastikan kita tunjukkan yang kita hentikan apa jua yang kita lakukan kerana mereka adalah penting. Misallah kata masa tu tak sesuai untuk kita cakap panjang2, katakan dengan jelas minta penangguhan untuk sambung perbincangan/perbualan bukan kerana mrk tak penting tapi sbb situasi tak mengizinkan. Namun jgn lupa pulak... Kotakan apa yang kita kata ASAP.
Kalaulah ada peluang untuk kita libatkan anak kita dalam aktiviti yg kita buat seperti tolong kita memasak kat dapur ke, berkebun kat luar ke, itu lebih baik dan akan membantu kita bina rapport atau hubungan yang lebih baik disamping akan buat dia lebih dihargai.

ii. Beri sentuhan kasih sayang kepada anak-anak kita.

Sentuhan yang sesuai dalam bentuk pelukan , ciuman , gurau senda , membelai rambut atau apa saja yang sesuai dengan tahap umur anak kita. Kanak-kanak dan remaja biasanya amat terkesan dengan sentuhan; Sentuhan dan belaian mempamerkan emosi yang positif lebih dari ribuan kata-kata.

Kajian menunjukkan masyarakat yang banyak menyentuh dan membelai bayi dan kanak2 mereka akan menghasilkan orang dewasa yang kurang ganas. 

Kata2 dan mimik muka mudah disalahertikan, namun sentuhan serta belaian kasih biasanya jelas menunjukan maksud yang diharapkan.

iii. Senyuman 

Rasulullah berpesan "Senyuman itu Sedeqah"

Namun kenapa ramai orang masih bersifat bengis terhadap zuriat sendiri. Video yang menunjukkan seorang ibu mendera/memukul /menyepak anaknya sendiri yang tersebar sehari dua ni memeranjatkan kita. (tiba2 pula teringat anak yang kena dera , kasih pun tidak, apa lagi nak beri senyuman)

Banyakkanlah senyuman. Ianya membuka banyak ruang dan saluran komunikasi walaupun dgn orang yang tidak kita kenal. Apatah lagi sekiranya kita berikan senyuman yang ikhlas kepada anak-anak dan orang yang kita sayang. Tahukah kita kuasa sebuah senyuman yang ori dan asli; ianya melenyapkan perasaan dan suasana tidak selamat, ianya mengungkapkan kata " ibu ada kat sini, tiadak ada sesuatupun yang anak ibu katakan yang akan mengubah kasih ibu kepada anak ibu ni"

Kalau kita masih ingat senyuman bayi kita yang baru dilahirkan itulah antara penyejuk mata kita. Itulah bekalan yang Allah berikan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Namun dalam proses tumbesaran ramai kita yang hilang kebolehan semulajadi kita untuk memberikan senyuman.

Dengan itu marilah kita belajar balik dan berlatih untuk senyum.

Senyum ada berapa...
Cuba senyum 1.........muncung sangat....
Senyum 2.... terjuih pula......

Senyum 3.....kan cantik tu....

iv. Pilih kata-kata yang baik.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Oleh itu pilihlah kata-kata yang baik, yang memberi semangat, yang membina keyakinan dalam diri anak2 kita. 
Walau apapun keadaan anak kita, cubalah cari apa saja dalam dirinya yang boleh kita hargai dan kagumi. Setiap anak ada potensi dan bakat yang perlu kita bantu cungkil dan serlahkan. Ingat kalau kita sendiri tak yakin pada anak kita, siapa lagi yang akan . Jadilah motivator kepada anak kita.

v. Tertawalah

Ya Ketawa adalah antara ubat yang terbaik. 

Kita bukan malaikat yang tak buat salah. Anak-anak akan lebih menghormati dan menghargai kita kalau kita mahu mengakui kesilapan kita dan memperbaiki keadaan. Kalau anak boleh nampak bahawa ibu pun boleh je buat silap, minta maaf dan baiki keadaan, tentunya mereka akan lebih yakin untuk mencuba dan tak takut menghadapi kegagalan. Sebenarnya tak de kegagalan pun, yang ada hanya maklumbalas terhadap tindakan kita

vi. Jaga Rahsia anak-anak

Ada masa2 komunikasi dan perbualan perkara yang sensitif dan peribadi perlu dilakukan dalam suasana yang tertutup tanpa gangguan orang lain. Ibu2 yang boleh menjaga kerahsiaan ini akan lebih mendapat kepercayaan anak-anak remaja mereka sekaligus memainkan peranan sebagai rakan yang terbaik untuk anak2 mencurahkan perasaan mereka....

Ciptalah saat-saat gembira bersama dengan anak-anak dan orang yang kita kasihi. Hargai masa kita bersama. Masa berkualiti bersama anak kita sama penting dengan jumlah masa yang kita luangkan. Anak kita ada expiry date. yakni ada julat masa yang dia bersama kita,./ Kebanyakan dari kita lepas SPM anak-anak akan keluar melanjutkan pelajaran. Bagi sesetengah yang lain 12 tahun aje kita bersama sepenuhnya. Lepas tu mereka dah masuk asrama dan berkuranglah masa utk gelak dan tertawa bersama. Agaknya inilah peluang utk kita guna sepenuhnya teknologi maya. Berfb lah dgn anak2

sumber: Dr. Hafidzah Mustakim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails