June 21, 2012

Fishing For Letters Game.

Bismillah...
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali. Dah berminggu2 mama hanya bagi kakak buat latihan dlm workbook dan bg anak2 aktiviti yg dah biasa kami buat sebelum ini. Kesian jugak tengok kakak yg dah boring duk buat benda sama...so, minggu ni mama cuba cari luang masa buatkan bahan baru utk dia belajar dan bermain.


New teching tool...'Fishing Games'. Utk yg berminat, boleh download bahan ni kat sini.
Print pada construction paper dan gunting. Bulih laminate utk tahan lama. Tapi kali ni mama malas sikit nak laminate.

Lepas siap gunting, mama bagi kakak letakkan klip kertas pada ikan2 yg telah dipotong tadi ~ fine motor skill activity.

Dah siap...boleh terus guna utk belajar sambil main. Oppss...sblm tu sediakan dulu fishing rod. Cuma guna stick, tali dan magnet. Ikat tali pada stick dan ikatkan magnet pada hujung tali tersebut. Jom kita gi mancing ikan :)))) 

Bila kakak dpt pancing ikan tu, dia akan sebut kuat2 huruf yg dia dapat tu. Ataupun mama akan minta dia pancing huruf2 tertentu dan dia akan cari dan cuba pancing huruf tersebut. Aktiviti mcm ni mmg bagus utk ajar anak mengenal huruf. Sambil belajar sambil main. Anak2 pun suka & seronok. Bila mereka enjoy dgn cara tu ...mereka pun mudah terima apa yg kita nak ajar dan tak mudah boring :)

Lepas habis pancing, kakak susun huruf2 ni ikut urutan A-Z.

Si kecik pun seronok nak tumpang main :)

Mula2 tu ok lagi...last2 semua ikan dia nak ambik...hihi...inilah cabarannya aktiviti homeschool kami bila ada anak kecik..hihi

Ni aktiviti adik Aisyah sblm dia gi kacau kakak belajar. Menggunakan 'My First Touch & Feel Book' for baby senses. Mama dpt free buku ni dari EnfaMama Club. Dlm buku ni ada different 'touch & feel' patches utk baby belajar menggunakan deria sentuhnya. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails