May 18, 2010

Majalah Aulad

Akhirnya yg ditunggu2 pun tiba. Semalam angah terima kiriman majalah Aulad keluaran Jun. Bukan main seronok lagi dia bila tengok nama dia tertulis kat pos laju tu. Dan utk langganan setahun, angah dpt percuma sehelai t-shirt Aulad. Cantik...tapi saiz dia tu besar sikit. Tapi angah pakai jugak baju tu walaupun besar.

Majalah Aulad.


T-shirt Aulad.

Alhamdulillah, semenjak angah pandai membaca ni, mama tengok angah minat sgt membaca. Tak kiralah buku apa pun (sebijik mcm papanya...ulat buku). Terasa bangga dan puas hati sgt bila tengok semua ni adalah hasil usaha dan ajaran kita sendiri.

DIY - Gunting rambut.

Ni sbnrnya cerita ahad lepas. Kebetulan hari tu papa cuti. Jadi mama ambik peluang ni...gunting rambut semua hero2 kat dlm rumah ni (termasuklah papanya). Serabut sgt tengok rambut diorang tu.

Tahun lps mama mula berani gunting sendiri. Semuanya sbb angah. Dia ni sbnrnya susah sgt nak gunting rambut. Pernah sekali bawa pegi kedai, tukang gunting tu tak terima sbb belum start gunting lagi dia dah meraung. Hanya seorang saja yg boleh gunting rambut dia...pok abe (panggilan mereka utk adik lelaki mama). Tapi sbb dia skrg ni dah kerja kat kuantan, jadi susahlah kalau nak tunggu dia balik. Jadi mama kenalah potong sendiri. Bukannya susah. Beli saja set hair clipper...letak mata no.2...lps tu potong. Last sekali trim dgn no.1. Siap.

Set hair clipper mama.


Along - sebelum & selepas.


Angah - sebelum & selepas.
(skrg ni pun dia susah sgt bila time nak gunting rambut...tengok muka dia tengah merajuk)

Exercising Dice.

Aktiviti ni sesuai utk develop gross motor skill anak2. Anak2 seronok sekali bila mama involve dlm aktiviti mereka ni.
Caranya mudah saja. Sediakan dadu yg bersaiz besar. Kemudian labelkan setiap side dgn aktiviti fizikal. Utk aktiviti kali ni mama labelkan :
-jump
-run
-walk
-crawl
-hop
-fly

Exercising Dice for gross motor skill.

Kami bergilir2 baling dadu tersebut. Dan kami akan sama2 lakukan aktiviti yg kena. Sambil bermain mama terangkan kpd anak2 contoh2 binatang yg bergerak dgn pergerakan yg kami buat. Utk lebih menghiburkan anak2, kami sama2 menyanyi sambil bermain. Contohnya bila fly, kami akan nyanyi lagu 'fly, fly, fly the butterfly'.

Crawling

Mmg penat sikit bila buat aktiviti fizikal mcm ni. Terasa sgt yg stamina mama ni kurang sgt skrg ni. Dah tua kot ;) . Tapi takpe lah. Demi anak mama sanggup buat apa saja.

May 17, 2010

Enhancing Motor Skills through Play: Play Improves Physical Development in Preschoolers

Enhancing Motor Skills through Play: Play Improves Physical Development in Preschoolers

Fine Motor Skills.


Fine motor skills require movement of small muscles, usually in co-ordination with the eyes, but also include movements of the tongue and lips, wriggling of the toes and foot-eye co-ordination.

They are often for communication purposes, both functional and expressive, e.g. writing or typing text, manipulating tools or creating works of art.

Between the ages of three and five children usually make rapid progress in developing fine motor skills and manual dexterity. However, these skills still require time, patience and plenty of practice. Fine motor skills include:

  • Ocular motor control – the ability of the eyes to follow and focus on an object in the field of vision as required.
  • Hand-eye co-ordination – the ability to execute activities with the hands, guided by the eyes requiring accuracy in placement, direction, and spatial awareness.
  • Foot-eye co-ordination – the ability to execute actions with the feet, guided by the eyes.
  • Manual dexterity –the ability to accurately manipulate the hands and fingers for neat handwriting, drawing, typing skills etc.
  • Stereognosis – the ability to recognise unseen objects using the sense of touch.
  • Tactile perception – the interpretation of information transmitted via the fingertips to the brain.

In order for children to develop good fine motor skills, there are also other supporting skills that need to be well-developed. For instance children need to have strength and dexterity in their hands and fingers before being required to hold a pencil correctly and begin writing activities. This can help avoid incorrect pencil grips.

Developing Fine Motor Skills

No matter how proficient your child is at any given skill, always encourage and motivate her with plenty of positive reinforcement for her efforts.

Remember, that each individual has their own unique strengths and weaknesses. I believe that in life, we all need to learn to improve our weak areas to an acceptable standard, compensate for them where necessary while focusing on, developing and enjoying our strengths and talents.

No one is good at everything. The object of these stimulating activities, is to help your child develop each area to her unique potential, not to over-stimulate or try and develop super-babies!

The following are suggestions of activities you can do with your child to develop fine motor skills. They are aimed at 3-5 year olds, but since this is a wide range, you should adapt them according to your child's proficiency.


1. Manipulation activities:

Playing with playdough
1.1 Manipulating playdough: rolling it into small balls, long rolls etc. (Playdough Recipe)

1.2 Tearing paper into fine strips – use them for collage or crumple them into balls.

1.3 Screwing up whole pieces of newspaper in one hand at a time to develop strength.

1.4 Threading beads or macaroni onto string.

1.5 Lacing activities.

1.6 Cutting out with scissors, using the correct grip.

1.7 Manipulating clothes pegs to pick up small objects.

1.8 Performing fingerplays.

1.9 Preschool Sewing Activities are an excellent way to develop fine motor skills.


2. Sensory activities

2.1 Finger painting or manipulating other liquids with the fingers and hands e.g. slushy mud, tomato sauce (ketchup) on a plate

2.2 Picking up small objects with the fingers, like pegboard pegs, rice grains etc.


3. Activities to develop stability

3.1 Wheelbarrow walking, crab walking, hanging on playground apparatus to develop strength of the upper body.

3.2 Working on a vertical surface such as a blackboard or easel which requires the wrist to be bent back is good for developing fine motor skills.

An upright surface encourages a stable wrist position to develop good thumb movements, strengthen fine motor muscles and encourages the use of both the arm and shoulder muscles.

If you don’t have a blackboard or easel, tape some newsprint to the wall and have your child draw and scribble on that.

Let her draw large circles, using each hand respectively. Let her draw lines right across the sheet from top to bottom, diagonally and horizontally in both directions, using each hand respectively.


Kek Coklat Mama.

Hari ni pagi2 lagi adik minta buatkan kek coklat. Memang dah lama mama tak buat kek ni. Seingat mama, last sekali mama buat masa birthday adik.
Resepi kek coklat mama ni rasanya paling mudah.

Bahan2:
2 cawan gandum
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (mama guna minyak masak jea...)
1 cawan air panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya senang saja. Campurkan dan kacau semua bahan sampai sebati. Kemudian masukkan ke dalam loyang. Boleh dibakar ataupun kukus. Mama lebih suka kukus saja.

Rajin betul anak2 mama :)

Byk benda yg dpt angah belajar pagi ni. Antaranya fine motor skill (kacau bahan2 kek), life skill (bekerjasama dgn adik dan tolong mama buat kerja) dan juga dpt mengenal bahan2 yg digunakan utk buat kek tu.


Kek Coklat Mama

Biasanya mama letakkan topping coklat. Caranya, mama panaskan coklat masakan dgn susu cair. Tapi hari ni sbb coklat masakan dah habis, jadi takde la topping. Tapi angah nak tabur jugak star kat atas kek tu. Tak kisahlah ngah, asalkan boleh makan :)


May 14, 2010

Aktiviti Homeschool 9-13 Mei

Mama Homeschool minggu ni berjalan seperti biasa, alhamdulillah. Setiap pagi, angah dan adik tanpa disuruh atau dipaksa akan terus bersiap utk memulakan kelas. Kadang2 tu belum lagi sarapan terus cari buku. Tapi terus terang mama katakan yg minggu ni mama agak tak teratur sikit. Tapi hs tetap diteruskan.


ANGAH

Reading & Writing.
Bahan bacaan angah minggu ni ialah :

Kenapa Kulit Kura-kura Retak.

Buku ni merupakan salah satu drp siri cerita haiwan dgn fakta sains. Disamping cerita yg menarik, ia juga ditulis dgn huruf yg agak besar dan dlm bentuk suku kata. Alhamdulillah, angah dah tiada masalah utk membaca tanpa bantuan mama.

Utk phonics pula, angah masih lagi mengulang2 book 1 : short vowel a.


Program phonics ni adalah percuma dan buku ni boleh download kat sini. Selain diprint, ia juga boleh digunakan secara online. Terdpt byk lagi bahan kat sini dan minggu ni angah dah teruskan dgn latihan yg disediakan di sini.

Mama download activity book ni kat sini.

Angah juga buat latihan dlm activity book ni. Terdpt byk aktiviti dlm buku ni antaranya utk practice grammar dan vocabulary. Juga dpt melatih skill membaca dan menulis. Biasanya angah buat latihan kat dlm buku ni masa mama buat kerja rumah.


Math.
Sehingga hari ni angah dah :
-dapat mengenal dan menulis nombor 1 hingga 100.
-mengenal number word one to ten.
-faham dan boleh count on dan count back bagi nombor 1-10.
-faham konsep less and more.
-dpt mengira tambah
-dpt mengira tolak

Dan minggu ni mama teruskan memberi latihan seperti minggu lepas. Insya-Allah minggu depan mama akan mula ajar angah utk count on in two's.


Science.
Minggu ni mama sambung dgn Five Senses.
Mama terangkan dulu 5 deria kita iaitu mata, hidung, telinga, lidah dan kulit.
Terdapat berbagai2 cara utk terangkan ttg deria ni. Antara aktiviti yg sempat mama buat bersama angah dan adik minggu ni ialah :

1) The sense of sight.
What's missing. Mama letakkan barang2 mainan angah dlm sebuah kotak. Kemudian mama minta angah pilih 5 mainan dlm kotak tersebut. Letakkan mainan tersebut kat atas meja. Lepas tu mama tutup mata angah dan sembunyikan satu drp mainan tersebut. Slps dibukakan mata, mama minta angah lihat dan teka mainan yg hilang. Ulang2 dgn menukar mainan yg lain. Sambil bermain, mama terangkan pada angah ttg mata yg digunakan utk melihat.

2) The sense of sound.
Minta angah mendengar bunyi2 yg kedengaran kat dlm dan di luar rumah ni. Contohnya bunyi telefon, mesin basuh, kipas, kucing dan kereta.

3) The sense of smell.
Mama menggunakan benda2 yg berbau dan minta angah hidu. Antaranya sabun, gula2 dan perfume mama.

4) The sense of taste.
Mama bagi angah rasa gula dan garam. Dan turut terangkan makanan2 yg mempunyai rasa manis (gula2), masam (mempelam), masin (garam) dan pahit (ubat).

5) The sense of touch.
Seperti juga utk sense of sight, mama letakkan mainan kat dlm kotak dan minta angah pegang mainan tersebut tanpa melihat objek tersebut. Kemudian minta angah teka mainan tersebut.

Senses of sight and touch's activity.

Sambil mengajar mama selitkan juga dgn nursery ryhme :

Five Senses ryhme.
(Tune: Farmer in the Dell)

I use my eyes to see, I use my eyes to see,
and when I want to see a star, I use my eyes to see,
I use my nose to smell, I use my nose to smell,
and when I want to smell a flower, I use my nose to smell.
I use my tongue to taste, I use my tongue to taste,
and when i want to taste a peach, I use my tounge to taste.
I use my ears to hear, I use my ears to hear,
and when I want to hear a birds, I use my ears to hear.
I use my hand to touch, I use my hand to touch,
and when I want to touch a cat, I use my hand to touch.


Fun & Craft.
Mama tlh download file folder games ttg five sense kat sini.

Cover.


Inside.


ADIK.

Writing practice top to bottom (condong). Adik colour dulu kemudian mama laminate.


Tengah khusyuk menulis.


Counting and recognize number.


Recognize colour and shape.

Minggu ni mama khususkan pada blue colour dan square shape. Cara mama ajar sama dgn minggu lepas. Mama juga review apa yg kami tlh belajar minggu lepas.

Mewarna menggunakan span dan water colour utk membentuk square shape with blue colour.


Iqra' & Agama Islam.

Teruskan dgn membaca buku Iqra' 2. Baru2 ni mama tlh jumpa website ni. Memang menarik dan mama tlh print cerita Kisah Awal Kenabian Nabi Muhammad SAW. Dan minggu ni mama telah gunakan buku ni utk sesi read aloud dgn anak2. Minggu ni mama masih lagi bercerita ttg zaman kanak2 Nabi Muhammad SAW. Antaranya cerita ttg tentera bergajah Abrahah. Mama turut membacakan surah Al-Fiil bersama tafsirnya dan alhamdulillah, along sudah hafal surah ni.

Kisah Awal Kenabian. Download kat sini.

Sehingga hari ni, bacaan Al-Quran along sudah sampai juzuk 10. Cara mama mengajar along mengaji al-Quran sama dgn cara mama belajar dgn guru Quran mama dulu. Along akan perdengarkan bacaannya depan mama dan mama akan perbetulkan mana yg silap. Slps habis baca 1 muka, mama minta along tandakan mana2 ayat mengikut hukum tajwid. Hukum tajwid minggu ni ialah Izhar Halqi. Walaupun along dah belajar kat sekolah, tapi mama perjelaskan lagi padanya sebagai pengukuhan.

May 10, 2010

Kad Hari Ibu dari anak2.


Tahun ni masuk tahun ke 9 mama bergelar ibu. Alhamdulillah, mama bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberikan peluang dan kekuatan utk mama laksanakan tanggungjawab ni. Tidak pernah mama sesali pilihan mama skrg ni utk membesarkan dan mendidik sendiri anak2 mama dan melepaskan peluang yg ada diluar sana.

Dan sempena hari ibu tahun ni, mama tlh terima 2 kad ucapan dari anak2. Thanks. Mama love u all soooooooo much. Kad2 ni cukup istimewa sbb kad2 ni mereka buat sendiri. Dah besar anak2 mama.


Kad ucapan dari angah.


Kad ucapan dari along (cover)


Kad ucapan along (inside)


Origami flower dari along.


May 7, 2010

Aktiviti Homeschool 4-6 Mei


Aktiviti homeschool minggu ni berjalan sprt biasa cuma agak slow sikit sbb papa cuti. Kami byk jalan2 kat luar (outdoor activity) dan mama tak tetapkan apa2 tema utk minggu ni walaupun angah byk kali mintak mama sambung dgn letter G. Insya-Allah, minggu depan .

Setiap hari mama akan adakan sesi read aloud. Bacakan mana2 buku cerita yg anak2 suka. Selalunya mama akan minta anak2 pilihkan buku. Minggu ni adik suka sangat mama bacakan cerita 'Menyemai Sikap Bersih' dari buku Bacakan Saya Satu Cerita. Jadi bila mama bacakan cerita ni, mama akan tukarkan watak dlm cerita tu dgn watak angah, along ataupun adik. Sambil2 bacakan cerita mama akan terangkan kepada mereka kepentingan dan perlunya mereka menjaga kebersihan dan membuang sampah ke dlm tong sampah. Mama juga selalu gunakan buku ni utk bedtime story.


Bacakan Saya Satu Cerita.

ANGAH

Reading and writing

Bacaan angah utk minggu ni ialah:

Kenapa Leher Angsa Panjang.

Manakala utk phonics pula angah sambung dgn buku short vowel a.

Skrg ni angah juga suka sgt menulis. Dia akan tulis apa saja. Biasanya bila dia terfikirkan atau terlihat sesuatu benda, dia akan cuba mengeja dan tulis. Alhamdulillah, skrg ni mama tgk angah semakin cekap menulis dan bacaan dia juga semakin lancar.


Math.

Angah masih gunakan chart yg sama utk mengira subtraction. Dan juga latihan dlm activity book. Mama juga bagi angah buat latihan secara online dlm internet.


Activity book for Math.


Fine motor skill.


Favourite activity. Colouring with water colour.


Fun & Craft.


File folder game - Alphabet match (cover)


Inside the file folder - Capital and small letter match.


File folder games ni boleh digunakan utk mengenal small letter dan capital letter. Juga utk match the letter. Utk angah mama akan minta dia matchkan capital letter dgn small letter (huruf pd umbrella dgn huruf pd rain drop) . Dan utk adik pula, mama akan ajar adik recognize alphabet dan cuba matchkan letter yg sama.


Recognize and match the alphabet.

Science.

Minggu ni angah belajar topik 'our body'.


Mini Book : My Body. Mama print di sini.
Setelah mama kenalkan anggota badan manusia, angah akan teruskan latihan dlm buku rampaian dgn melabelkan part of the body. Adik juga ikut sekali masa mama ajar subjek ni. Adik cukup suka sekali bila mama ajar sambil nyanyi nursery rhyme ni sambil pointkan pada anggota tersebut.

Head and shoulder knee and toe

knee and toe

Head and shoulder knee and toe

knee and toe

eyes and ears and mouth and nose

head and shoulder knee and toe

knee and toe.




Skrg ni angah dah kenal dgn anggota badan dan insya-Allah minggu depan mama akan sambung topik ni dgn topik five sense utk terangkan dgn lebih lanjut ttg fungsi anggota badan kita ni.

Iqra' & Pengetahuan Agama Islam.

Alhamdulillah, angah mudah menerima apa yg mama ajar disamping minat dia sendiri utk belajar. Bacaan Iqra' angah juga semakin lancar. Setiap hari sekurang2nya 2 kali angah akan baca buku iqra'. Dan tiap kali along baca Al-Quran, dia akan duduk dekat dgn along dan perhatikan bacaan along.

Skrg ni pun dia suka sgt bertanya ttg kisah2 nabi dan ttg Allah (sbb dia selalu dgr along duk tanya ttg ni dgn mama). Kadang2 tu pening kepala juga nak cari cara utk terangkan supaya angah mudah faham dan sesuai dgn tahap umur dia.


ADIK

Writing & Fine motor skill.


Writing practice. Trace the lines from top to bottom.


Mama bagi adik colour dulu worksheet ni kemudian mama laminate. Lepas tu adik bolehlah ulang2 practice menulis dgn trace the line from top to bottom dgn menggunakan whiteboard pen.


Number & Shape.



Adik dah belajar sblm ni ttg shape dan colour dan minggu ni mama khususkan pada bentuk circle dan colour pink. Mama gunakan teaching tool yg baru ni. Kenalkan bentuk dan warna tersebut. Kemudian kami sama2 mencari dan padankan shape tersebut dgn benda2 dlm rumah ni yg berbentuk circle dan yg berwarna pink. Seronok sgt adik bila dia tgk mama juga sibuk mencari brg sambil lari2 macam dia. Tapi kita jugak la yg penat. Sekarang ni bila dia nampak je apa2 benda bentuk circle, dia akan sebut...circle... sambil tangannya buat pusing2 bentuk circle....contohnya bila dia tengok jam.

Alhamdulillah, anak2 cukup seronok dgn aktiviti2 yg mama sediakan utk HS kami. Setiap masa bersama anak2 mama akan cuba utk mengajar dan mendidik anak2. Secara langsung atau secara tak langsung. Ilmu dunia juga ilmu akhirat. Insya-Allah. Mama akan cuba selagi mama mampu.

May 6, 2010

Teaching Tools for Tot.

Minggu ni mama dah siapkan beberapa bahan utk mengajar adik mengenal bentuk dan juga warna. Mama download semua ni kat sini. Antaranya:

Shape flashcard flip book. Print dan laminate supaya tahan lama. Kemudian satukan semua tu dgn ring . Mudah utk dibawa ke mana2.
Shape dlm bentuk yg lebih besar. Juga dilaminate.

Big crayon in 10 colours. Juga satukan dgn ring.

May 3, 2010

Jom kira duit tabung!


Hari ni papa cuti lagi. Bila papa cuti, homeschool pun cuti la jgk. Jadi kami ambik peluang hari ni pegi simpan duit tabung anak2 sbb hari ni bank buka. Pagi tadi kami bukak 3 tabung anak2 dan sama-sama kira duit tu.
Sambil2 duk kira duit tu mama cuba kenalkan angah dgn duit syiling tapi tak sempat nak ajar lebih2 sbb nak cepat pegi bank. Insya-Allah, lain kali mama akan ajar angah utk mengenal dan juga mengira wang. Tapi mama sempat la juga latih motor skill adik dan angah. Mama minta mereka masukkan duit syiling tu ke dlm plastik aiskrim sambil mengira. Sambil2 tu jelaskan kat mereka ttg perlunya kita menabung.


Masing2 sibuk duk kira duit.


Activity for fine motor skill (hand-eye co-ordination)

Alhamdulillah, byk jgk duit tabung anak2.

May 1, 2010

Teaching Tool - Laminator

GBC Creative Laminator A4.
Laminator ni sebenarnya hadiah dari papa utk mama sempena harijadi dia. Memang selalunya macam ni. Terbalik...mama yg dapat hadiah bukannya mama yg bagi hadiah kat papa. Anyway, thank you yang....I love U!
Mama mmg dah lama duk idam2kan laminator nih. Kalau sebelum ni mama tampal je bahan yg mama print tu kat kertas manila kad. Tapi lps ni bolehlah mama laminate semua tu supaya tahan lama. Juga tak perlu lagi guna pocket file tu.

Happy Birthday Papa !

Hari ni genaplah umur papa 36 tahun. Selamat hari jadi papa! Moga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki. Mama dan anak2 sentiasa mendoakan papa. We all always love U.
Dari minggu lepas lagi anak2 duk mengira2 hari jadi papa. Dan petang semalam, sambil2 berehat hujung minggu (tapi papa kerja hari jumaat) mama bagi mereka bertiga buat something utk papa. Jadi masing2 sibuklah dgn projek mereka. Katanya nak buat kad tapi lain pulak jadinya. Tapi takpelah asalkan ada tanda ingatan mereka utk papa.

Melukis dan mewarna dgn water colour.

Lukisan yg dah siap. Lukisan along (kiri), angah (tengah) dan lukisan adik (kanan).


Sebenarnya papa dah bawak kami celebrate birhtday malam tadi. Balik je dari kerja pukul 8.30 mlm terus pegi KB Mall. Kat sini mmg tempat favourite kami sekeluarga pergi lepak2.


Makan di Restoran A&W.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails