April 24, 2013

Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali. Tak sedar masa berlalu cukup pantas....hampir 2 bulan lebih mama tinggalkan aktiviti berblog ni. Ramai jugak teman2 bermesej bertanya kabar. Terima kasih byk2 sbb sudi menghubungi mama. Maaf byk2 jugak sbb ada jugak mesej & email yg mama tak sempat balas....huhu...

Sepanjang tempoh mama bercuti blogging ni...macam2 cerita ada. Ada cerita suka dan ada cerita duka. Dalam tempoh ni jugak berlaku insiden yg yg amat2 melukakan hati mama yg membuatkan mama dlm mood sedih yg amat sgt. Alhamdulillah...papa sentiasa bersama2 mama membangkitkan kembali semangat mama dan sentiasa di sisi mama. Tq so much papa. Anak2 juga sumber kekuatan mama. I love u all so much !!!

OK. Tak nak ingat lagi cerita2 sedih tu. Hari ni mama curi2 masa utk update balik story mory yg dah basi nih...hihi. Cerita anak2 utk mama kenang sampai akhir hayat. Tak byk gambar yg mama sempat ambik spjg 2 bulan ni...

ADIK AISYAH:


12 Feb : Adik aisyah yg suka sgt menulis....pantang jumpa pensil, mesti dia nak conteng2. Nasib baik skrg ni dia tak pandai lg conteng dinding...hihi

21 Mac : Adik semakin cekap menggunakan paint brush (^_-)

9 April : masa ni mama sedang sibuk kat dapur...tgk2 adik sibuk duk buat aktiviti sendiri...

cakkk...hihi

KAKAK:
17 Feb : Masa ni kakak belajar tema huruf N. Sedang khusyuk dgn aktiviti 'lacing'

31 Mac : Belajar mengira & mengenal nombor.

Seterusnya letakkan cloth pin pada jawapan yg betul. Aktiviti utk mengira, mengenal nombor & fine motor skill.

6 Mac : Kakak genap umur 5 tahun. Dah besar dah anak dara mama ni...

Kenalah rajin2 tolong mama buat kerja rumah yer...

ANGAH:
21 Feb : Angah menerima hadiah kecemerlangan akademik utk tahun 1....semoga angah dan semua anak2 mama terus mencapai kecemerlangan dlm hidup dunia & akhirat. aminnn...

Tahniah angah...i'm proud with u (^_^)

AKTIVITI PETANG:

27 Feb : Bermain playdough.

21 Mac : Hand print activity.

9 April : Mewarna bersama2...

OUTDOOR ACTIVITY:
13 Feb : Mandi manda bersama sepupu sepapat di taman air Pantai sri Tujuh.

16 Feb : Bawa anak2 ke library...tgh usaha jadikan aktiviti ni rutin mingguan..insyaAllah.

5 April : Kami sekeluarga ke Kuala Terengganu atas urusan keje mama. 

Jantung hati mama....Papa & anak2.

2 malam kami stay kat Hotel Grand Continental Kuala Terengganu. Semestinya anak2 tak lepaskan peluang dgn aktiviti kegemaran diorg...sampai demam2 kakak sbb byk sgt main air...hihi

My handsome boy...Along. Sapa2 yg tengok along ni akan kata dia ni klon mama...muka & perangai sejibik...hihi. Tak byk cerita dan gambar along dlm blog ni sbb skrg ni along sgt2 sibuk dgn aktiviti di sekolah...skrg ni fokus along pada UPSR. Semoga along berjaya dgn cemerlang...insyaAllah. 

February 9, 2013

Tot School: Transfer Activity With Tong.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua lagi di pagi sabtu. Masa mama tengah menaip ni...anak2 sedang seronok main air dlm kolam kecik (plastik) kat depan rumah dgn papa. Hari ni papa cuti...so bagi chance lah kat anak2 main ngan papa. Mama nak fokus keje mama sikit hari ni...hihi.

Kali ni mama nak upload gambar adik aisyah dgn aktiviti montessori minggu ni.

Sekarang ni adik Aisyah 1 tahun 6 bulan. 

Transfer activity menggunakan pom pom, penyepit dan muffin tray. Aktiviti yg bagus utk melatih fine motor skill anak2.


Adik tengah duk usaha nak kepit pom pom dgn penyepit tu. Kita org dewasa ni mmg nampak senang je kan...tapi utk kanak2 usia adik ni...mmg agak sukar jugak mula2 tu.

Ok...dah dapat sepit 1 pom pom. Sekarang ni sedang bawak pom pom tu utk dimasukkan dlm muffin tray tu..

Yeayyy...berjaya masukkan pom pom tu dlm lubang muffin tray tu. Well done adik (^_^)

Happy girls!!!
Mama suka sgt tengok gambar ni...anak2 yg ceria sepanjang aktiviti homeschool hari tu (^_~)

Ni lah gambar budak2 yg tgh seronok main kolam tu. Kolam kecik je...hihi. 

February 8, 2013

Craft Time (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Hari ni along dan angah dah start cuti sekolah. Agak pjg jugak cuti sekolah kali ni sbb bersambung dgn cuti tahun baru cina. Sebenarnya ada byk cerita yg mama nak kongsikan tapi ada je halangannya. Sibuk dgn byk hal...tak sempat nak mengadap blog ni. Tambah2 dgn adik yg sgt jelous bila tgk mama duk depan komputer ni. Bila nmpk je mama duk mengadap komputer...dia pun mulalah buat perangai. Utk entry kali ni pun entah cubaan kali ke berapa dah nih. Harap2 kali ni berjaya dipublish. Sapa yg ada anak kecik mungkin bulih faham situasi nih...hihi.

Oh ya, Jumaat lepas mama sekeluarga ke KL atas urusan 'bisness' mama...sambil2 tu bawak anak2 jalan2 KL. Org kata sambil menyelam minum air...hihi. Nanti mama posting lain kali cerita jalan2 tu. Hari ni mama nak upload gambar aktiviti kraf anak2 minggu lepas dan minggu ni.

Ni aktiviti minggu lepas. Semua anak2 pakat duk buat caterpillar menggunakan 'egg carton'. Minggu lepas along ada buat kraf caterpillar ni kat sekolah masa kelas pendidikan seni. Tu yg si adik2nya pun mintak nak buat kraf ni jugak. 


Sama2 mewarna egg carton menggunakan tempera paste.

Adik pun ikut sama mewarna (^_^)

Ni lah hasil kraf anak2...Caterpillar Egg Carton. Dari kiri tu along punya, kemudian kakak, angah dan caterpillar yg pendek sekali tu adik aisyah punya (^_~)

Ni majalah yg papa belikan utk kakak...Sayang Muslim. Memang bagus majalah ni utk bacaan anak2. Kat dlm tu pun ada dia bg free workbook utk anak2 buat. Dan ada juga ruangan 'Jari-jari seni' utk aktiviti kraf. Utk edisi kali ni, dia kongsikan cara utk buat kraf Jam menggunakan pinggan kertas. Kraf yg menarik utk anak2.

Sedang khusyuk mewarna paper plate utk buat kraf jam tu. Kakak dan adik je yg buat sbb along dan angah g sekolah masa ni. 

Sementara menunggu paper plate tu kering...kakak gunting dulu nombor2 yg disediakan dlm majalah tu utk ditampalkan pada jam tu.

Kemudian tampalkan nombor2 yg digunting tadi pada paper plate tu.

Inilah hasil kraf kakak minggu ni...Jam Pinggan Kertas.

January 27, 2013

My Planner for 2013.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Malam ni mama berpeluang mengupdate blog di malam hari sbb malam ni adik tidur awal sikit. Kalu tak...biasanya pukul 12 lebih barulah dia nak masuk tido. Ada beberapa benda yg mama nak settlekan malam ni sebelum tido...termasuklah nak packing order utk dipos esok. Dan tak lupa jugak mama nak list down kerja2 yg mama nak buat esok dlm notebook a.k.a planner mama. Walaupun mama ni surirumah & hanya duk kat rumah...jgn ingat mama takde kerja tau! Hanya mereka yg bergelar surirumah saje mungkin memahami beban kerja  surirumah kat rumah ni. Tambah2 lagi kalau surirumah itu juga bekerja dari rumah (WAHM).
Sebagai surirumah memang kita selalunya rasa banyak kerja yg nak dibuat dan rasa tak cukup masa je kan? Macamana agaknya teman2 surirumah yg lain mengatur masa di rumah yer? Satu tips yang biasa disyorkan ialah dengan menyediakan jadual mengikut rutin kerja kita. Sebenarnya mama dah biasa jugak buatkan jadual a.k.a to-do-list ni...tapi selalunya on off...huhu. Tambah2 dengan anak2 yg tengah membesar ni...mmg susah jugak kita nak buat ikut apa yg kita nak. Tapi walau macamana pun mama perlu jugak ada jadual untuk manage masa mama kat rumah ni. Samada mama ikut atau tidak apa yg mama listkan tu...itu perkara kedua. Yg penting mama listkan dulu apa yg mama nak buat. Sekurang2nya dengan jadual ni mama akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja dan insyaAllah kerja2 akan dpt dilaksanakan dengan lebih mudah dan teratur.  
Kalau sebelum ni mama just tuliskan to-do-list ni pada sekeping kertas atau whiteboard...tapi tahun ni mama nak buat lebih sistematik. Setiap benda walaupun sekecil2 rutin yg mama nak buat mama akan cuba tuliskan dlm planner mama. Lain org lain caranya kan? 
Dan sebab mama ada luang masa sikit malam ni...mama rasa cam nak kongsikan apa yg mama buat dgn kawan2 lain. Mungkin dpt jugak digunakan oleh sesiapa yg berminat.


My Household Notebook...my planner (^_-). 

Skrg ni mmg mudah...segala yg kita perlukan ada kat hujung jari je. Tak perlu susah2 nak create form planning. Mama dapatkan semua bahan dlm internet...print dan compilekan semua dlm notebook ni. 

Kat dlm planner mama tu contains:
Dan utk planning aktiviti homeschool, mama letakkan sekali planning form berikut dlm My Household Notebook tu.

Daily to-do-list.

Yang ni mama laminatekan dan letakkan kat fridge. Tiap2 hari mama tuliskan to-do-list mama dgn white board marker pen. Mama download kat sini dan mama editkan mengikut jadual kerja harian mama...utk kerja rumah, utk homeschool dan utk bisness mama. Azam mama tahun ni untuk buat dgn lebih konsisten dan berdisiplin membuat kerja mengikut jadual...insyaAllah.

Mama ada sertakan sekali link kat mana mama dptkan bahan2 tu...kalau ada yg berminat bulih dptkan kat situ. Tapi jgn lupa editkan dulu mana2 yg tak sesuai utk kita as muslim. Kawan2 bulih juga ke website Organized Home ni...mmg best sangat. Banyak sangat info berguna kat situ utk kita jadikan panduan utk mengorganize masa dan kerja kita kat rumah ni.

Selain merancang masa dan kerja dengan teratur, ruang kerja yang teratur jugak penting utk naikkan semangat mama. InsyaAllah...kalau ada luang masa lagi...lain kali mama akan kongsikan cmn mama menyusun ruang kerja dan bilik homeschool mama sekarang.

January 23, 2013

Fun Learning ~ Counting 11-20

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Kembali mengupdate blog dlm keadaan diri yg tak berapa sihat. Hidung duk sok sek sok sek...selsema. Anak2 pun sama...musim demam agaknya dgn cuaca skrg yg tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. Harap2 demam ni tak berpanjangan.

Malam ni mama nak posting aktiviti kakak utk belajar mengira dan mengenal nombor. Dua tiga hari ni kakak banyak bermain dan belajar dgn nombor. Yang buatkan kakak lebih semangat nak belajar ni sebab mama buatkan tool baru utk dia belajar. Tool yang sama jugak seperti yg mama dah buat sebelum ini utk angah (bulih tengok kat sini) Yg sebelum ni mama buatkan utk mengira 1-10. Kali ni utk mengira dan mengenal nombor sehingga 20.

Clothes pin number match 11-20. Mama buatkan jugak utk match nombor 1-10. Yg sebelum ni mama buat sendiri manual. Tapi kali ni nak mudahkan kerja...mama download je kat sini. Lepas tu print dan laminate. Kemudian mama tuliskan nombor pada clothpin tu utk kakak padankan nombor dgn bilangan dot yg betul. 

Kira dulu...

Kemudian padankan dengan nombor yang betul. Aktiviti yg menarik utk anak2 belajar mengira, mengenal nombor serta utk tingkatkan fine motor skill anak2.

Fun learning....tiap2 hari kakak nak belajar dgn tool baru ni (^_~)

January 18, 2013

Doc McStuffin in the house (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali di petang jumaat yg mulia ini. Sekejap je rasa...dah pun masuk hujung minggu. Kalau org lain kat sini cuti...tapi papa tetap keje...huhu. Tinggallah mama cam biasa melayan anak2 kat rumah ni. 
Untuk isi masa hari ni dgn anak2...kami sama2  siapkan projek 'Doc McStuffin'...khas utk kakak. Mama dah print siap2 bahan dia semalam...hari ni tinggal nak gunting & lekatkan saje. 

Inilah projek yg mama maksudkan...Doc McStuffins' Doctor Kit. 
Mama download bahan utk Doc Medical Kit & tool ni kat sini.  

Sedang menggunting bandage...

Angah pun semangat tolong siapkan projek ni...

Inilah dia Doktor Nurul Balqis. Cita2 kakak nak jadi doktor...insyaAllah...mama doakan moga tercapai impian kakak satu hari nanti...amin. (Dan impian mama jugak kalu bolih nak semua anak mama jadi doktor)

Sekarang ni kakak memang minat betul dgn rancangan kartun Doc McStuffin ni. Tiap2 pagi kalau bangun awal mmg dia tak penah miss menonton rancangan ni kat Disney Junior. Dan tiap2 malam sebelum tidur...kakak akan bukak klinik dia & papa sebagai pesakit tetap dia. Dan tiap2 hari jugak lah duit tabung kakak bertambah sebab papa akan bagi upah RM1  utk sekali rawatan...hihi...

Merawat pesakit...hihi. 


January 14, 2013

Mm is for Muffin...Jom Masak Muffin (^_-)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Kalau minggu lepas kakak buat kraf muffin...semalam mama & anak2 sama2 gotong royong buat muffin betul pulak. Anak2 mmg cukup semangat kalu mama ajak masak2 ni...especially kakak...biasalah..anak pompuan kan. Kenalah rajin masak ;)

Macam biasa...tentunya muffin coklat chip...feveret anak2. Nak buatnya pun mudah je (^_-) Mama gunakan resepi yg biasa mama buat tu...resepinya mama ambik kat sini.

Bahan:-

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Kakak & adik tolong mama ayak tepung. Nak masak dgn anak2 ni kena sabar...sepah2 tu biasalah...hihi

Along tolong pukul telur. Anak lelaki pun kena rajin jugak tolong mama masak ;)

Sama2 susun paper cup...

Last sekali sebelum bakar...tabur coklat chip. sambil tabur...sambil suap ke mulut...hihi. Angah tu pulak siap susun coklat chip bentuk H...yg tu khas utk dia ;)


January 13, 2013

11 Sifat Ibubapa Cemerlang.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

INFO SHARING

‎11 SIFAT IBU BAPA CEMERLANG
oleh: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

1-Membersihkan hati dan perasaan
2-Membina kebahagiaan secara proaktif

3-Mendidik diri sendiri

4-Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusian melalui al-mawaddah (kasih sayang) dan al-rahmah (kasih-mengasihani)

5-Mengistiqamahkan sunah Rasullullah s.a.w dan penghayatan islam dalam rumah tangga

6-Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul

7-Mengamalkan suasana yang harmoni dan membina

8-Menjaga pemakanan dan kesihatan keluarga

9-Mengamalkan pergaulan hidup berumah tangga yang diredhai

10-Muhasabah diri sebelum tidur malam

11-Berdoa memohon petunjuk dan keredhaan ALLAH

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails