April 29, 2017

Assalamualaikum.....bersua kembali!

Bismillahirrahmanirrahim
 بسم الله الرحمن الرحیم

Setelah hampir 3 tahun menyepi dari berbloging...alhamdulillah hari ni mama kembali semula. InsyaAllah akan cuba terus aktif lepas ni sbb mama sayang sgt dgn blog ni...tmpt mama mencoretkan perjalanan hidup mama bersama keluarga tersayang.

Sepanjang 3 tahun mama menyepi...pelbagai peristiwa pahit manis mama sekeluarga lalui. Antaranya yg x mungkin mama lupakan...mama melahirkan anak syurga mama...Muhammad Hakimi bin Mohd Asmawi pd 14 Jun 2015 (zuriat mama yg ke5)& arwah telah kembali kepangkuanNya pd 22 Jun 2015 (hari ke8 kelahirannya). InsyaAllah mama akan ceritakan kisah kelahiran anak syurga mama ini dlm entry yg lain. Dan pada April 2016, mama telah keguguran zuriat yg ke6 pada usia kandungan 11 minggu. 

Mama ambik masa juga utk pulih slps semua yg berlaku ni. Luarannya mungkin org nmpk mama ok je...tapi di dalam ni hanya Allah saja yg tahu. Mama redha atas apa yg berlaku ni walaupun pd mulanya agak sukar utk mama terima semua ni. Mama percaya di sebalik semua yg berlaku ni pasti ada hikmahnya. Dan mama bersyukur dikurniakan suami yg banyak memberi sokongan pada mama...teman ketika mama bersedih. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah & lagi Maha Penyayang...sekali lg Allah kurniakan rezeki utk mama sekeluarga. Skrg ni mama sedang pregnant utk kali ke7. Hari ni dah masuk minggu ke26...insyaAllah due 2 Ogos 2017. Doakan semoga semuanya selamat. 

Sekarang ni anak2 pun semakin membesar. Along dah masuk tingkatan 4, angah darjah 6, kakak darjah 3 dan Aisyah 6thn. Membesarkan anak2 yg sdg membesar & menginjak usia remaja ni mmg semakin mencabar buat mama & papa. Mmg hati & jiwa perlu kuat & sabar dalam menjaga & mendidik anak2 ni. Doa mama semoga semua anak2 mama membesar menjadi anak2 yg soleh & solehah...taat pada kedua ibubapa serta berjaya dunia & akhirat. Mama saaaaaayang semua anak2 mama 😚😚😚😚😚







April 18, 2014

Aktiviti Mengenal huruf Aa & Nombor 1-3.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum masuk tido mama nak update cerita anak2 la dulu. Malam ni mama update aktiviti kakak dan adik semalam. InsyaAllah besok mama update aktiviti kakak ptg tadi plk. 

Skrg ni mama dah jarang sgt print out worksheet dari internet dan buat sendiri teaching tool utk anak2 belajar. Selalu duk recycle guna teaching tool lama dan beli buku2 kerja. Pagi semalam mama ada masa free...jadi sempat suft internet dan cari bahan2 baru utk anak belajar. Happy sgt kakak bila masuk bilik belajar pagi tu dan tgk mama duk siap2 bahan2 ni. Tambah semangat dia belajar..alhamdulillah.

InsyaAllah bermula minggu ni mama akan start bg aktiviti mengenal huruf dan nombor utk adik macam mama ajarkan angah dan kakak dulu. Dan mama akan bukak file baru utk simpan hasil aktiviti dan kraf adik mcm yg mama dah buat sebelum ni utk kakak dan angah.


Minggu ni adik belajar mengenal huruf Aa. Aa is for Apple.

Apple tree colouring worksheet ni mama download kat sini. Selain utk mengenal huruf Aa, aktiviti ni utk melatih kemahiran adik mewarna (fine motor skill). Alhamdulillah...adik dah agak mahir control tangan dia memegang pensil warna tu...masa adik colour buah epal tu pun nmpk cantik je... 

Lacing activity...bagus utk fine motor skill. Apple lacing card ni mama download kat sini. Print, laminate dan kemudian tebuk. 

Mama buatkan jugak satu lacing card ni utk kakak...baru lah tak berebut...hihi

Kemudian lepas tu adik sambung belajar mengira. Mama ajar 1-3 dulu. Tunjukkan nombor pada kad utk adik kenal...kemudian kira bilangan dot tu. Pastu letakkan clothpin pada kad mengikut bilangan dot tu. Teaching tool ni mama lupa plk download dari mana sbb dah lama buat.

April 16, 2014

Jalan-jalan ke Taman Tamadun Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua lg. Hari ni along dan angah balik awal sikit dari sekolah sbb aktiviti ko-kurikulum kat sekolah dibatalkan. Jadi mama bulihlah rehat awal sikit hari ni. Kalu tak biasanya masa ni mama kena keluar gi ambik anak. Hari ni semuanya dah settle awal...anak2 dah siap mandi, makan dan sembahyang. Skrg ni anak2 tgh duk berehat sambil tgk tv. Jd mama ambik peluang yg ada ni utk update blog. Hari ni nak update cerita yg dah basi jugak...hihi. Cerita kami jalan2 ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu semasa cuti Tahun Baru Cina 1 Febuari baru2 ni. Ini merupakan kunjungan kali kedua kami sekeluarga ke sana. Kali pertama dulu pd Febuari 2010. Masa tu kami hanya berlima...adik Aisyah takde lg masa tu. Anak2 yg lain pun kecik2 je lg. Bulih tgk cerita kami 4 thn yg lepas tu kat sini (^0^)

Ni gambar kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Pukul 9 pagi kami dah keluar rumah. Otw ke Terengganu tu kami singgah sekejap di Melor utk sarapan nasi kerabu daging bakar. (^-^)

Alhamdulillah kami selamat sampai ke tempat yg di tuju tu dlm pukul 1 tengahari.

Bergambar dulu sebelum masuk ke dlm Taman Tamadun Islam tu.

Anak2 semua dah tak sabar dah nak masuk dlm tu...

Kalu 4 th lepas, kami seluarga menggunakan buggy utk melawat sekitar taman ni. Kali ni kami naik tram plk utk melawat monumen2 yg ada kat situ. Gambar2 monumen di situ mama x dpt nak upload kat sini sbb semua gambar tu ada dlm telefon along...


Panas terik masa ni...

Berhenti rehat sekejap sebelum keluar sambil menikmati ais krim.

Kami singgah makan kat Bbeteng Restaurant kat tepi sungai sebelum pegi sembahyang kat Masjid Kristal.


Bergambar berlatarbelakangkan masjid Kristal.

Bersama buah hati mama...hihi (^0^). Kami bertolak balik ke KB slps solat Asar kat Masjid Kristal tu. InsyaAllah kalu ada peluang kami akan datang lg ke sini sbb anak2 suka sgt tempat ni.

Kat bawah ni gambar mama dan anak2 kat Taman Tamadun Islam ni 4 thn lepas. Sekejap je rasa masa tu berlalu...


April 15, 2014

Kraf Kipas Tangan.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni rasanya kebykan anak2 perempuan ni cukup suka dgn cerita 'Sofia the First' dan 'Frozen' tu...termasuklah kakak dan adik ni. Bulih dikatakan tiap2 hari mesti diorang tengok cerita tu. Pastu siap lakonkan balik adegan2 dlm cerita tu...siap hafal diolog lagi. 

Dalam cerita Sofia tu ada tunjuk Sofia dan Amber guna kipas tangan....pastu kakak pun teringin la jgk kipas cam tu. Smlm masa gi KB Mall try jgk cari kipas gitu tapi x jumpa. Tak nak kecewakan kakak...mama ajak kakak buat sendiri kipas tangan tu. Bukannya susah sgt pun nak buat...lagipun semua bahan utk buat kipas tu dah ada dlm craft tool box mama ni.

Ni bahan utk buat kipas tangan tu:
~ kertas A4 2 helai.
~ Wood stick
~ Gam (adhesive latex)
~ salotap
~ pensil dan pensil warna.

Mula-mula tu mama bagi kakak lukiskan apa2 gambar/corak kat kertas.
Adik Aisyah tu tgh duk posing dgn kipas tangan dia yg mama buatkan dulu utk tunjukkan cara buat kipas tu kat kakak.

Kakak sedang khusyuk melukis. Adik aisyah pun sibuk nak melukis jugak..

Lepas siap lukis tu bulihlah lipat utk jadikan kipas. Kakak gunakan 2 helai kertas...jd sambungkan dulu sebelum lipat tu.

Bila dah siap lipat tu...satukan hujung tu dengan salotap. Lepas tu bulihlah letakkan stick kayu tu kat tepi kedua2 belah kipas tu. Letak dulu gam kat stick tu...

Pastu terus lekatkan...

Taraaa...dah pun siap kipas tangan kakak. Cantikkk!! (^o^)

Kakak yg happy dan puashati dgn hasil tangannya sendiri. Alhamdulillah (^_^)





April 14, 2014

Eksperimen Sains: Warna-warna Pelangi.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tengahari semalam kakak telah belajar tentang warna dan telah pun buat satu eksperimen utk mendapatkan warna2 pelangi. 

Mula2 tu mama kenalkan dulu pada kakak warna2 asas iaitu Merah, Kuning dan Biru. Dan dengan mencampurkan warna2 ini...kita akan dapat semua warna pelangi. Utk bg anak lebih seronok belajar...mama bg kakak buat eksperimen utk lihat sendiri perubahan warna yg berlaku apabila kita mencampurkan warna2 asas tadi.

Ni bahan2 yg kami gunakan utk eksperimen kali ni:
~ pewarna makanan: Biru, Merah dan Kuning.
~ susu UHT
~ sabun pencuci pinggan
~ pinggan.

Caranya:
Mula2 kakak tuangkan susu ke dalam pinggan.

Lepas tu titikkan pewarna biru dlm 3 titik.

Jarakkan sedikit utk titikkan pewarna merah.

Dan seterusnya titikkan pewarna kuning...juga jarakkan sedikit.

Lepas tu titikkan sabun pencuci kat tengah-tengah 3 pewarna tadi.

Dan ini lah yg dapat diperhatikan selepas sabun dititik.
Apa yg berlaku??
Sabun pencuci ni tidak dapat bercampur dengan susu. Sebaliknya, ia terapung di atas dan merebak ke atas permukaan. Ketika ia merebak, dia grab pewarna makanan yang kita telah titikkan ke dlm susu tu tadi. Dan bila warna itu bertemu, mereka bergabung untuk membentuk warna baru: 

MERAH + KUNING = OREN
MERAH + BIRU = UNGU
BIRU + KUNING = HIJAU


Kat bawah ni mama ada letak video yg mama rakam semasa eksperimen ni. Bulihlah tgk video ni utk lihat hasil eksperimen ni dgn lebih jelas. 


April 13, 2014

Aktiviti Simple Utk Kenal Huruf.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Ni antara gambar2 adik yg tersimpan dlm album...tak 'terpost' dlm blog ni. Actually ada byk lg aktiviti2 yg mama x update kat sini. Pagi ni mama post aktiviti adik ni dulu.

Ni gambar awal tahun lg ni..pada 23 Januari 2014. Umur adik dlm 2 thn setgh. Masa ni x silapnya kakak tengah duk buat latihan yg mama bagi. Pastu sbb x nak bg adik kacau...mama bg adik main2 dgn foam letter puzzle ni sambil2 dia belajar mengenal huruf.
Mama buka dulu semua letter puzzle tu. Pastu suruh adik match balik letter tu...letak huruf tu kat tempat yg betul.

Masa dia ambik satu huruf tu...mama sebut lah apa nama huruf tu utk bg adik kenal (dah ada beberapa huruf yg adik dah kenal & ingat). Pastu sambil dia duk cari2 mana tempat utk match kan huruf tu..cuba lah ulang2 sebut dan tanya dia apa huruf yg dia pegang tu. Bila kita sentiasa ulang2...insyaAllah anak akan mudah ingat.

Khusyuk je...bila dah ada aktiviti dia ni kakak pun bulih belajar dgn aman...hihi

Bila dia dpt match satu2 huruf tu, mama puji dan tepuk tangan sama2 dia...mmg happy sgtlah adik masa tu. Seronok sgt :)

April 10, 2014

Chef Cilik di Dapur.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Semalam mama tak sempat nak update blog. Sibuk dgn macam2 urusan. Hari ni mama luangkan masa kejap sebelum masuk dapur nak masak utk makan malam ni plk. Sebenarnya mama ni bukannya dapat masak tiap2 hari...selalu jugak kami makan kat luar kalu time tak sempat masak...ataupun time mama ditiup angin 'M'...hihi. Tapi anak2 dan papa lebih suka makan masakan rumah...mungkin air tangan mama ni lagi sedap dari kat kedai tu...itu dah semestinya la kan...hihi.

Dua tiga hari ni cuaca kat sini panas. Kalu tghari tu duduk dalam rumah pun rasa panas sgt...tambah2  bila duduk rumah teres ni...bukannya angin dapat masuk.  

Ni gambar semalam. Anak2 belajar kat depan pintu masuk sbb kat dalam panas. Kalu duk kat sini dpt jugak rasa angin luar. 

Semalam takde aktiviti kraf utk anak2. Tapi Mama bagi kakak dan adik aktiviti kat dapur...asah skill diorang memasak. Anak perempuan kenalah pandai masak kan?

Mama minta kakak dan adik buatkan cupcake coklat...mama lebih byk bg anak2 buat sendiri. Mama cuma tolong masukkan adunan tu dlm cup dan kukuskan je. Bila mama bagi anak2 buat sendiri macam ni diorang rasa happy sgt. Mungkin sbb mereka rasa diri mereka tu dah besar bila semuanya diorang bolih buat sendiri. Sbnrnya cara begini jgk bagus utk kita tingkatkan self-confident anak2.


Adik pun dah makin pandai...takdela sepah2 sangat tepung time dia kacau tu. Sbnrnya dari kecik lg mmg dia suka sgt tolong kacau2 tepung ni. Kalu dulu confirm habis bersepah ke luar tepung2 tu...hihi

Smlm jgk kakak mintak nak pecahkan sendiri telur. Sblm ni dia x penah buat. Cubaan pertama kakak x menjadi. Bila dah try buat ni barulah dia tahu cmn caranya nak pecahkan telur...mula2 tu dia ingatkan mudah je. Dah cuba baru dia tahu... Kalu x kena cara mmg berkecai kulit telur tu...hihi.

Ni lah hasilnya Cupcake Coklat...hasil tangan kakak dan adik (^_^)

Ni resepi cupcake coklat ni:

Bahan2:
2 cawan gandum
2 cawan gula
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (mama guna minyak masak jea...)
1 cawan air panas
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya senang saja. Campurkan dan kacau semua bahan sampai sebati. Kemudian masukkan ke dalam cup ataupun loyang. Boleh dibakar ataupun kukus. Mama lebih suka kukus saja.


Sebenarnya aktiviti memasak ni mmg bagus utk anak2. Macam2 diorang boleh belajar. Of course dapat belajar masak...pastu masa nak masak tu dapatlah mama ajar kemahiran2 lain sprt utk motor skill anak semasa diorang memukul adunan, menguli, mencanai, memotong sayur2. Dapat belajar menyukat dan menimbang bahan2. Dan masa ni jugak mama dapat ajar anak2 utk saling bekerjasama dan tolong menolong utk menyiapkan kerja...

Ni antara gambar2 aktiviti anak2 di dapur.

Kakak dan angah belajar menyukat bahan2 berpandukan resepi yang mama sediakan. Mama jugak bagi anak2 cuba sendiri menggunakan peralatan memasak kat dapur ni.


Kakak dan adik tolong mama memotong sayur...ni antara yg paling diorang suka buat kat dapur ni. Gambar atas (kanan) tu mama bg diorang lebihan doh masa buat donut...bagi diorang main2 macam playdough tu. Gambar bawah (kanan) tu plk masa diorang tolong mama buat kek coklat jgk. Masa ni adik kecik lagi...mama bg dia duduk atas meja je sbb dia nak tolong jgk kacau tepung tu...hihi

Gambar ni pulak masa kakak dan along sama2 buatkan donut. Doh donut tu kakak uli menggunakan food processor. Lepas siap uli tu mama bagi anak2 terapkan bentuk donut tu. Mama cuma tolong gorengkan je. Mama dah pernah post entry aktiviti ni kat sini.

Aisyah ni suka main air. Time dia nak main air kat sink tu mama bagi lah dia cuci pinggan ke..apa2 bekas ke...bulihlah jugak dia belajar  cuci2 ni (^_-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails