March 6, 2010

Cepatnya masa tu bergerak. Usia pun makin bertambah. Anak2 pun dah besar. Hari ni umur adik dah genap 2 tahun. Happy birthday adik. Sesekali tu rasa tak sabar nak tengok anak2 ni besar. Ramai orang fikir bila anak dah besar kuranglah sikit penat nak menjaga mereka. Tapi pada pendapat mama sebenarnya bila anak2 makin besar maka makin beratlah tanggungjawab utk mendidik dan menjaga anak2. Tambah lagi dgn keadaan sekarang ni. Dgn bermacam2 gejala sosial. Nauzubillah. Jauhkanlah semua itu daripada anak2 ku Ya-Allah.
Khamis lepas mama berkesempatan balik ke rumah orang tua mama. Dah lama rasanya mama tak balik jenguk Tok Ayah dan Mok. Walaupun dekat tapi kedaan tidak mengizinkan mama utk kerap balik ke sana. Sedih sangat bila tengok mereka. Dengan umur yg semakin lanjut, tubuh mereka berdua juga semakin uzur. Sekarang ni semua anak dah besar dan berkeluarga. Jadi tinggal mereka berdua saja kat rumah tu. Teringat mama masa kecik2 dulu. Riuh-rendah kami adik beradik kat rumah. Tapi skrg suasana sepi. Hanya sekali sekala waktu cuti barulah semua adik beradik berkumpul semula. Bila tengok pada Tok Ayah dan Mok tu, perasaan mama kalau boleh mama nak anak2 mama kecik macam ni sampai bila2. Sentiasa ada dekat dgn. mama. Tapi kita manusia tidak mungkin dapat mengubah ketentuan Allah. Cuma harapan dan doa mama semoga anak2 mama menjadi anak yg taat dan patuh kepada Allah s.w.t juga kpd mama dan papa. Insya-allah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails