March 10, 2011

Transfer Activity.

Minggu lepas mama sediakan alat2 kat bawah ni utk adik dan angah main2 sambil belajar. Mama kena cuba pelbagaikan aktiviti utk anak2 belajar dan biasanya cara yg mudah utk tarik minat anak2 belajar adalah dgn menggunakan benda yg mereka suka. Macam adik skrg ni dia cukup suka dgn penyepit ni. Jadi mama sediakan penyepit ni utk aktiviti kali ni.

Tools for transfer activity:
~ muffin tray (mama tuliskan nombor di dlm lubang tray)
~ penyepit
~ pasta

Aktiviti kali ni adalah utk adik belajar mengenal nombor dan mengira. Mula2 mama akan minta adik sebutkan nombor yg mama tuliskan dalam lubang muffin tray tu. Kemudian dengan menggunakan penyepit, adik akan pindahkan pasta yg mama sediakan di dlm mangkuk ke dalam muffin tray tu sambil mengira supaya cukup dgn jumlah nombor tersebut.

Sedang berusaha mengambil pasta tu dgn penyepit. Aktiviti ni mmg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak (fine motor skill). 

Bila dah dapat pasta tu adik terus transfer ke dalam lubang tray sambil mengira. Sbnrnya masa ni mama kena sama2 mengira dgn adik sbb kadang2 adik lupa nombor yg dia dah kira sblm tu ketika dia sedang berusaha nak sepit pasta tu. Dgn. aktiviti ni juga mama dapat latih anak supaya tidak mudah putus asa sbb mula2 tu mmg agak susah sikit tapi bila dah berulang2 kali buat adik dah dpt biasakan tangan dia dgn penyepit tu. 

Angah juga turut mencuba aktiviti kali ni dan adik ikut sama mengira bersama2 angah. 

March 7, 2011

Happy Birthday Adik!

Semalam genaplah umur adik 3 tahun. Dah besar pun adik ni...dah nak jadi kakak pun ^O^. Untuk adik takde hadiah yg istimewa pun yg dapat mama berikan. Cuma satu saja yg pasti dari mama untuk anak2 mama...doa dari seorang ibu untuk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup anak2 tersayang. Semoga adik sentiasa beroleh kejayaan dan membesar menjadi seorang anak yg berguna dan solehah. Mama dan papa saaaaayang adik! 

Kek Harijadi adik.
Seperti biasa anak2 akan minta mama buatkan kek coklat utk sambut harijadi mereka ^_^

Along, angah dan adik bersama kawan mereka, Fatihah.
Potong kek harijadi kat rumah dulu sebelum keluar makan kat luar utk celebrate birthday adik. 


Mama bersama anak2 tersayang...mmmuah!

Papa yg cukup sporting...walaupun penat sbb baru balik dari kerja tapi dgn senang hatinya papa bawak kami semua utk celebrate kat luar sbb mama tak larat nak masak semalam..hehe..saaaayang papa!

March 6, 2011

Update perkembangan anak-anak.

Lamanya tak update blog ni. Walaupun badan ni selalu je penat skrg ni, tapi mama cuba gagahkan diri utk anak2. Alhamdulillah aktiviti homeschool tetap diteruskan walaupun tidak serancak dulu. Sekarang ni kandungan mama dah pun masuk minggu ke 17. Sekejap je dah pun masuk trimester ke2. Alhamdulillah mama dah berjaya tempuh minggu2 di trimester pertama. Sbnrnya apa yg mama lalui tu tak la teruk sangat kalau nak bandingkan dgn orang lain. Cuma badan mama ni mudah penat kalau buat kerja rumah banyak sikit.

Ok, sambung cerita homeschool anak2 ni. Hari ni mama nak rekodkan perkembangan anak2 mama sehingga hari ni.

ALONG
Sekarang ni sesi persekolahan along cukup memenatkan. Kesian mama tengok along. Seawal 7 pagi along dah keluar rumah utk ke sekolah. Paling awal along sampai balik kat rumah jam 3.30 ptg hari khamis. Hari Ahad hingga Selasa balik pukul 4 ptg dan hari Rabu along balik pukul 6 ptg sbb ada aktiviti sukan. Jadi tiap2 hari pukul 2.30 ptg mama akan ke sekolah along utk hantarkan nasi ketika waktu rehat kelas fardu ain tu. Nasib baik rumah ni dekat je dgn sekolah. Lepas tu bila dah balik dari sekolah kena siapkan homework yg bertimbun tu pulak. Mmg kesian betul mama tengok along ni. Ni baru darjah 4. Ikutkan hati mmg mama tak setuju betul dgn sistem persekolahan skrg ni. Dahlah sistem pembelajaran lebih berorientasikan peperiksaan. Tapi walaupun tak setuju, nak tak nak mama terpaksa juga ikut sebab tak nak anak ketinggalan berbanding dgn orang lain.
Setiap hari walaupun sibuk dgn sekolah mama akan pastikan along tetap mengaji Al-Quran. Biasanya slps solat Maghrib berjemaah anak2 akan mengaji Al-Quran dgn mama. Alhamdulillah skrg ni along dah pun baca di Juzuk 26 dan skrg ni mama terus tekankan pada hukum tajwid.

ANGAH
Alhamdulillah angah terus menunjukkan minat utk belajar. Walaupun tak ke tadika, pencapaian angah skrg ni cukup membanggakan mama dan papa. Setiap hari mama pastikan angah buat latihan membaca, menulis dan mengira. Berikut perkembangan angah mengikut subjek:

Bahasa Melayu ~ Alhamdulillah, bacaan BM angah semakin lancar. Skrg ni tiap2 hari angah akan buat latihan dlm buku kerja utk latihan pengukuhan bacaan dan juga memperkemaskan lagi tulisan.

English ~ Utk latihan phonics skrg ni angah dah pun masuk ke Advance Level Book 2 Progresive Phonics. Bacaan BI dia dah semakin lancar. Kalau mama bagi story book tu, alhamdulillah, angah dah boleh baca sendiri.

Matematik ~ Setiap hari angah akan diberikan sekurang-kurangnya satu soalan matematik utk dia buat. InsyaAllah, lepas ni angah akan mula belajar topik wang pulak.

Jawi, Bahasa Arab & Iqra' ~ Skrg ni Angah terus belajar membaca dan berlatih menulis huruf2 jawi dgn lebih baik lagi. Utk bacaan Iqra' pula, alhamdulillah skrg ni angah dah nak habis buku 5. Mungkin angah ni ambik masa sikit utk habiskan buku 5 ni sbb mama pastikan angah betul2 lancar dulu barulah angah akan sambung bacaan di mukasurat seterusnya. 

ADIK
Pencapaian adik skrg ni pun cukup baik. Skrg ni mama lebih fokuskan adik pada aktiviti2 yg melibatkan nombor, bentuk dan warna. Manakala latihan bacaan menggunakan buku Bacalah Anakku telah dikurangkan sebabnya mama perhatikan adik kurang berminat bila mama nak ajar dia membaca ni. Skrg ni adik masih lagi di Buku 1. Takpelah. Mama taknak paksa adik...lagipun masih awal lagi. Jadi aktiviti adik setiap hari mmg lebih pada aktiviti mengira dan mengenal nombor. Alhamdulillah, skrg ni adik dah boleh mengira (dlm bahasa melayu & english) dan mengenal nombor 1~10. 
Kemahiran motor halus (fine motor skill) adik juga sekarang ni semakin baik. Kalau diberikan garisan putus2 (pelbagai bentuk) utk disambung ataupun pelbagai bentuk utk digunting, alhamdulillah adik dah boleh buat dgn baik.

Setiap kali beraktiviti dgn anak2 mmg mama suka ambil gambar sbb dgn gambar2 tu mama boleh tengok macamana anak2 mama membesar dan belajar. Juga boleh jadi kenang-kenangan utk anak2 bila mereka besar nanti. Dan tak sah kalau entri mama ni takde gambar. Ini antara gambar adik dan angah ketika belajar  khamis lepas dan semasa tolong2 mama kat dapur.


Adik tekun dengan latihan menyambung titik2 & angah pula dgn aktiviti bebas iaitu melukis dan mewarna.

Sedang tolong mama menyapu minyak pada acuan lompang utk buat apam labu. Masa tu first time buat apam ni. Tak sangka pulak menjadi. Sedap sangat. Tapi gambar apam tu mama tak ambik la pulak sbb rupa dia tu takla cantik sgt..hehe.. 

Yg ni pulak ketika sedang sibuk mengacau adunan utk buat kek kegemaran anak2...kek coklat. eee...comot sgt adik ngan angah ni ^0^

Note: Kalau sebelum ni mama selalu je rasa rendah diri bila dibandingkan dgn orang lain. Dgn memegang status sbg surirumah ni mama rasakan seperti takde benda yg boleh mama banggakan. Tapi hari ni, bila mama tengok pada anak2 yg mama asuh dan didik sendiri, hati mama sedikit terubat. Mama rasa mama dapat buktikan yg mama juga mampu jadi seorang yg berjaya walaupun tidak berkerjaya. Walaupun anak2 mama tidaklah cemerlang seperti anak2 orang lain tapi mama puashati sebab ini adalah hasil usaha mama dengan sokongan kuat dari papa (thanks pa...love U) Harapan mama semoga mama terus diberikan kekuatan olehNya utk mencapai impian mama menjadi seorang ibu yg berjaya menjaga dan mendidik anak2 menjadi seorang yg berjaya akademik serta sahsiah. Soleh juga solehah. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails