March 10, 2011

Transfer Activity.

Minggu lepas mama sediakan alat2 kat bawah ni utk adik dan angah main2 sambil belajar. Mama kena cuba pelbagaikan aktiviti utk anak2 belajar dan biasanya cara yg mudah utk tarik minat anak2 belajar adalah dgn menggunakan benda yg mereka suka. Macam adik skrg ni dia cukup suka dgn penyepit ni. Jadi mama sediakan penyepit ni utk aktiviti kali ni.

Tools for transfer activity:
~ muffin tray (mama tuliskan nombor di dlm lubang tray)
~ penyepit
~ pasta

Aktiviti kali ni adalah utk adik belajar mengenal nombor dan mengira. Mula2 mama akan minta adik sebutkan nombor yg mama tuliskan dalam lubang muffin tray tu. Kemudian dengan menggunakan penyepit, adik akan pindahkan pasta yg mama sediakan di dlm mangkuk ke dalam muffin tray tu sambil mengira supaya cukup dgn jumlah nombor tersebut.

Sedang berusaha mengambil pasta tu dgn penyepit. Aktiviti ni mmg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak (fine motor skill). 

Bila dah dapat pasta tu adik terus transfer ke dalam lubang tray sambil mengira. Sbnrnya masa ni mama kena sama2 mengira dgn adik sbb kadang2 adik lupa nombor yg dia dah kira sblm tu ketika dia sedang berusaha nak sepit pasta tu. Dgn. aktiviti ni juga mama dapat latih anak supaya tidak mudah putus asa sbb mula2 tu mmg agak susah sikit tapi bila dah berulang2 kali buat adik dah dpt biasakan tangan dia dgn penyepit tu. 

Angah juga turut mencuba aktiviti kali ni dan adik ikut sama mengira bersama2 angah. 

4 comments:

  1. Menariknya kak mahani...semoga kak mahani sekeluarga terus kuat n sihat!

    ReplyDelete
  2. hye kak,sbnarnye bile the best age nk start ekk kak....
    wit my girl yg 1thun,7bln tu...mcmne kalau nk start??
    seronok kn mcm akak,dpt tgk anak mmbesar setiap saat...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails