July 25, 2011

Caterpillar Craft for Countdown.

Menghitung hari. Ya, skrg ni mesti semua orang duk menghitung hari nak puasa kan? Dah tak lama dah kita nak puasa...7 hari tu kejap je. Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Ramadan. Bagi mama dan anak2 kat rumah ni pulak, kami bukan hanya membilang hari utk puasa. Tapi anak2 lebih excited mengira hari mama akan bersalin. Memang mereka ni dah tak sabar nak tengok baby baru. Kalau ikutkan tarikh jangkaan tu tinggal 18 hari lagi mama akan bersalin. Tapi itu hanya jangkaan...tak semestinya betul. Sebab kalau ikutkan tiga kali pengalaman mama sebelum ni mmg tarikh tu tak pernah betul. Kalau masa mengandungkan along, mama overdue 9 hari. Angah pulak overdue sampai 11 hari. Tapi masa mengandungkan kakak pulak mama bersalin awal seminggu dari EDD tu. emmm...tak kisahlah tu kan! yg penting baby kat dlm ni sihat dan mama selamat melahirkan.
Biasanya anak2 akan check berapa hari lagi baby ni nak keluar dgn melihat pada gadget kat tepi blog mama nih. Sebelum ni ada jugak angah mintak mama sama2 buatkan caterpillar craft macam yg kami pernah buat sebelum ni utk countdown hari nih (boleh tengok sini). Tapi mama asyik duk tangguh je. Kesian jugak kat anak2 sbb kebelakangan ni mmg mama agak jarang beraktiviti bersama2 mereka. Tak nak kecewakan anak2, lepas siap je belajar pagi ni mama terus keluarkan bahan2 utk buat kraf ni. Melompat angah dan kakak bila mama bagitau nak buat caterpillar craft utk countdown ni.  

Bahan2 yg digunakan : 
~ Kertas warna
~ Gunting
~ Gam
~ Marker pen

Cara-cara membuatnya :
~ Gunting kertas warna memanjang.
~ Tuliskan nombor pada paper strip tadi menggunakan marker pen.
~ Bentukkan paper strip kpd bentuk ring dan satukan dgn gam.
~ sisipkan satu lagi paper strip ke dlm ring pertama tadi dan bentukkan ring. Begitulah seterusnya sehingga habis paper strip tadi.

Sebenarnya banyak kemahiran dapat mama ajar pada anak2 dgn aktiviti kraf kali ni. Antaranya:
  • Fine motor skill.
Melatih kemahiran anak2 menggunakan gunting. Utk memudahkan aktiviti mereka kali ni, mama lipat2kan dulu kertas tu dan mereka akan gunting kertas tu mengikut garisan lipatan tadi. 
  • Recognising patterns skill.
Anak2 sedang menyusun kertas tadi mengikut susunan warna. 
  • Writing and Recognising number skills.
Anak2 sedang menulis nombor pada kertas tadi. Angah memang dah takde masalah utk menulis ni. Cuma utk kakak, mama tuliskan dulu nombor2 tu dengan pensil dan kakak akan trace nombor tadi dengan menggunakan marker pen. 
  • Counting and Sequencing number skills.
Angah dan kakak sedang menyusun kertas tadi mengikut susunan nombor.
  • Melatih sikap sabar kepada anak2 dlm melakukan sesuatu kerja ( juga kpd mama utk bersabar melayan anak2...hehe )
Sedang khusyuk menyambungkan kertas tadi mengikut susunan nombor utk membentuk caterpillar. 

Inilah hasilnya caterpillar craft angah dan kakak. Happy sgt mereka berdua ni bila dapat siapkan kraf mereka kali ni ^0^. Caterpillar ni akan mereka gunakan utk countdown hari EDD mama dan jugak utk countdown bulan ramadan ni sbb mama dah tandakan jugak kat situ bila kita akan mula berpuasa. Masing2 dah ada caterpillar mereka sendiri jadi harap2nya takdelah adegan rebut2 utk koyakkan strip tu setiap hari ;) 

4 comments:

  1. salam..

    Sejak akhir2 ni, saya selalu singgah sini. Kadang2 tu tiru juga HS yg puan tunjuk utk saya kongsi anak2 saya. Terima kasih ye....

    ReplyDelete
  2. salam ira,
    terima kasih sudi singgah sini. Seronok bila dpt tambah kenalan yg sama2 minta dgn hs ni. Nanti bolehlah saya kongsi pengalaman ira pula yer :)

    ReplyDelete
  3. Salam Mahani,

    Terjumpe blog awk mase mencari2 idea dan bahan untuk homeschool sy! ALhamdulillah atas usaha awk dan terima kasih sbb berkongsi! Sy masih di peringkat awal, hopefully dpt meneruskan niat sy utk homeschool anak2 sy insyaAllah. Anyway Selamat menyambut Ramadhan dan insyaAllah Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails