November 24, 2011

Tripple M Shaklee Breastfeeding Set....terbaik punya!!!!


Adik Aisyah yg montel ^o^


Sekarang ni kalau pegi ke mana2, pasti ada yg tegur... wah!!! sihatnya diaaa... eee..geramnya tgk pipi dia... ^0^... sapa yg tak gembirakan bila tengok anak membesar dgn sihat. Tambah lagi bila anak tu membesar hasil dari susu yg mengalir dari tubuh kita sendiri. 
Alhamdulillah, mama syukur sgt2 kerana diberikan peluang olehNya utk terus menyusukan sendiri anak2. Selain dari doa dan azam yg bersungguh2 utk menyusukan...tentunya supplement yg mama ambik sekarang ni byk membantu mama menjayakan penyusuan kali ni. Supplement yg mama maksudkan tak lain tak bukan tentulah Tripple M Shaklee breastfeeding Set.
Hari ni mama cukup2 teruja utk berkongsi pengalaman mama semenjak mengambil supplemen ni. Selain badan terasa lebih sihat dan dpt membantu menjayakan penyusuan...sbnrnya apa yg mama dpt adalah lebih dari tu. Slps makan supplemen ni papa selalu jugak duk puji yg kulit mama cantik...lebih lembut. Dan semalam sewaktu mama pegi jumpa customer utk COD vitamin, customer tu terus tegur yg kulit muka mama ni nampak berseri2 je...cantik. awww...'kembang' kejap masa tu...hehe.. tapi itu bukan mama yg kata ya tapi itu dari  orang lain yg boleh nampak perubahan pada mama skrg. Alhamdulillah, suka hati sgt sbb tak sangka niat asal menggunakan supplemen ni hanya utk menjayakan penyusuan telah memberikan hasil lebih dari tu. Skrg ni tak perlulah mama nak spend belanja lebih utk mencantikkan kulit sbb dgn supplemen Shaklee ni mama dah pun mendapat kebaikan utk kesihatan secara menyeluruh.


Inilah Tripple M Shaklee Breastfeeding Set tu. Set menyusu yg terbaikkkkk!

Mungkin ada yg mengatakan yg vitamin Shaklee ni mahal. Cam tu jugak mama mula2nya. Tapi bila dicongak2 balik... ishh..mana ada mahalnya sbb satu set ni sbnrnya boleh tahan sehingga 4 bulan. Tak ke murah dan jimat tu. Dan jika diambilkira dgn kebaikan dan kesan  yg kita dpt setelah menggunakannya secara konsisten... sbnrnya semua yg kita bayar utk supplement ni memang berbaloi2. 
Dan skrg ni bukan mama saja yg ambik set ni, tapi mama turut berkongsi dgn papa sbb ia bukan hanya utk ibu yg menyusu. Tapi ia juga sesuai utk semua tak kira lelaki atau wanita, tua ataupun muda.


Ok...malam ni mama nak kongsikan dgn semua apa yg ada dlm set ni dan juga kebaikan yg akan kita dpt dari supplement ni. Jom baca...
credit


B Complex
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik. Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu. Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan,membantu mengurangkan stress dan bertindak sebagai penenang.

Vitamin C (Sustained Realesed Vita C) 
Mencegah kelenjar daripada rosak & berdarah, penting untuk pembentukkan kolagen, bertindak sebagai anti-oksidan, bertindak mengikut pelepasan masa. Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Alfalfa (Milk Booster)
Raja Segala Tumbuhan, sumber mikronutrion yang paling kaya, membuatkan sistem badan berjalan lancar, sebagai milk booster-bagi ibu-ibu yang menyusukan, membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan.
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE 

Ostematrix (Kalsium Magnesium) 
Dalam susuibu, antara kompisis vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.

Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period), mendapati susunya akan merundum. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

Selain itu, kelebihan Kalsium Shaklee ialah:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf.
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah meradang dan kemurungan..

Energizing Soy Protien (Shaklee ESP) 
Kompisis vitamin utama dalam susuibu ialah protien. Protien adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protien iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

                                                                                                                                         
Jika ada yg berminat utk mencuba supplemen Shaklee ni, anda bolehlah hubungi mama ya sbb mama juga cukup teruja utk berkongsi kebaikan yg telah mama dpt ni dgn anda semua. Dan anda boleh dptkannya pada harga diskaun yg cukup2 istimewa. 
Utk membuat order ataupun sebarang pertanyaan boleh sms mama di 019-9637472 atau email anishaklee@gmail.com

November 20, 2011

Measurement Topic with Homemade Playdough.

Cuti sekolah dah pun bermula. Saat yg ditunggu2 oleh anak2 yg bersekolah. Dlm kepala masing2 tentunya mereka nak rehat dari belajar...bebas dari kerja2 sekolah yg bertimbun dan utk kanak2 tentunya inilah masanya utk mereka bermain sepuas2nya. Mama tak kata pada anak orang lain sbb mama tahu inilah yg ada dlm kepala along. Apa taknya, balik saja dari sekolah pada hari terakhir persekolahan... dia dan angah dah mula duk pakat2 nak main itu ini. Antaranya diorang duk pakat2 nak main playdough. Kalau nak main playdough tu tentulah mama yg nak kena buatkan playdough tu. UUUU.... terasa malas sgt skrg ni nak godek2 buat playdough tu. Seingat mama kali terakhir mama buatkan anak2 playdough tu 2 hari sblm mama bersalin hari tu. mmm.. dah tiga bulan lebih. Mmg dah lama dah anak2 x main playdough ni. Kali ni diorang dah ada plan sendiri aktiviti diorang nanti. Tapi tak x pasti pulak apa aktiviti/kraf yg diorang nak buat tu. 
Taknak kecewakan permintaan anak2 tu, akhirnya semalam mama rajin2kan jugak diri nih pegi kacau tepung tu utk diorang. Dan sbg pengisian waktu cuti sekolah ni mama ambik peluang ni utk menggunakan playdough ni utk mengajar anak2 tentang topik 'measurement'.

Proses mencampurkan warna pada dough. utk resepi homemade playdough boleh tgk sini.

Utk along, mama fokuskan mengajar cara utk mengukur berat. Dgn menggunakan playdough, mama ajar along cara utk menimbang berat dgn menggunakan alat timbang. Kat sekolah, dia dah pun belajar topik ni dan aktiviti ni adalah utk pengukuhan dan utk dia lebih jelas lagi ttg topik ni.


Along sdg semangat menimbang playdough mengikut berat yg mama minta. Dgn aktiviti ni, mama telah ajarkan along:
~ unit ukuran berat iaitu kg dan g (sbg pengukuhan pada apa yg telah along belajar)
~ cara utk membaca timbangan
~ menukarkan timbangan kilogram kpd gram dan juga sebaliknya.  


Utk angah pulak mama ajarkan cara utk mengukur panjang. Mama kenalkan angah dgn ukuran mm dan cm. Dgn playdough ni mama minta angah potong playdough yg telah dibentukkan panjang pada ukuran2 tertentu.

Dan utk kakak pula, mama bagi aktiviti bebas. Sambil  membentukkan playdough sambil mendengar apa yg mama duk ajarkan kat along dan angah.

Dan mama pulak, sambil mengajar dan melayan along, angah dan kakak...sambil melayan budak debab nih...hehe... inilah adik aisyah...yg x dpt dipisahkan dari susu ibunya (sedang nenen sampai tertidur kat riba)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails