November 20, 2011

Measurement Topic with Homemade Playdough.

Cuti sekolah dah pun bermula. Saat yg ditunggu2 oleh anak2 yg bersekolah. Dlm kepala masing2 tentunya mereka nak rehat dari belajar...bebas dari kerja2 sekolah yg bertimbun dan utk kanak2 tentunya inilah masanya utk mereka bermain sepuas2nya. Mama tak kata pada anak orang lain sbb mama tahu inilah yg ada dlm kepala along. Apa taknya, balik saja dari sekolah pada hari terakhir persekolahan... dia dan angah dah mula duk pakat2 nak main itu ini. Antaranya diorang duk pakat2 nak main playdough. Kalau nak main playdough tu tentulah mama yg nak kena buatkan playdough tu. UUUU.... terasa malas sgt skrg ni nak godek2 buat playdough tu. Seingat mama kali terakhir mama buatkan anak2 playdough tu 2 hari sblm mama bersalin hari tu. mmm.. dah tiga bulan lebih. Mmg dah lama dah anak2 x main playdough ni. Kali ni diorang dah ada plan sendiri aktiviti diorang nanti. Tapi tak x pasti pulak apa aktiviti/kraf yg diorang nak buat tu. 
Taknak kecewakan permintaan anak2 tu, akhirnya semalam mama rajin2kan jugak diri nih pegi kacau tepung tu utk diorang. Dan sbg pengisian waktu cuti sekolah ni mama ambik peluang ni utk menggunakan playdough ni utk mengajar anak2 tentang topik 'measurement'.

Proses mencampurkan warna pada dough. utk resepi homemade playdough boleh tgk sini.

Utk along, mama fokuskan mengajar cara utk mengukur berat. Dgn menggunakan playdough, mama ajar along cara utk menimbang berat dgn menggunakan alat timbang. Kat sekolah, dia dah pun belajar topik ni dan aktiviti ni adalah utk pengukuhan dan utk dia lebih jelas lagi ttg topik ni.


Along sdg semangat menimbang playdough mengikut berat yg mama minta. Dgn aktiviti ni, mama telah ajarkan along:
~ unit ukuran berat iaitu kg dan g (sbg pengukuhan pada apa yg telah along belajar)
~ cara utk membaca timbangan
~ menukarkan timbangan kilogram kpd gram dan juga sebaliknya.  


Utk angah pulak mama ajarkan cara utk mengukur panjang. Mama kenalkan angah dgn ukuran mm dan cm. Dgn playdough ni mama minta angah potong playdough yg telah dibentukkan panjang pada ukuran2 tertentu.

Dan utk kakak pula, mama bagi aktiviti bebas. Sambil  membentukkan playdough sambil mendengar apa yg mama duk ajarkan kat along dan angah.

Dan mama pulak, sambil mengajar dan melayan along, angah dan kakak...sambil melayan budak debab nih...hehe... inilah adik aisyah...yg x dpt dipisahkan dari susu ibunya (sedang nenen sampai tertidur kat riba)


6 comments:

  1. Seronok tgk anak2 beraktiviti depan mata kan..

    ReplyDelete
  2. selalu berangan nak buat xtvt gini tapi bila sampai masanya kurang sabar ngan kerenah diarang esp yang kakak kalau kita suruh gini dia buat gitu.. last2 penat rasa tak nak buat lagi... ingatkan nak seronok jadi tak seronok... entahler sayani memang jenis tak sabark kot...

    ReplyDelete
  3. yeaaaaa... selain dr nak buat xtvt ni untuk my dearie princess, juga slalu pinjam idea mama untuk ajar anak-anak murid ku di sekolah..

    thank a lot dear
    kreatif yg tidak bole di beli

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zuraida, Cho zila dan erinsz,
    Nak mengajar sendiri anak2 mmg cukup mencabar kesabaran. Anak2 saya kat rumah ni pun macam2 jugak kerenah. Nak mengajar diorang pun kena ikut mood diorang dan juga mood kita...hehe.. baru lah semua enjoy dgn aktiviti tu.
    Semoga kita semua terus diberikan kekuatan dan kesabaran utk teruskan usaha ni. Amin.

    ReplyDelete
  5. SALAM...i hope kak mahani boleh share cara-cara buat doh sbb sy pnah buat guna resipi biasa, dia jd keluar minyak sangat banyak..so,,ia tak boleh diguna selepas sekali sahaja bermain.tq..

    ReplyDelete
  6. Salam Julia,
    Julia biasa buat guna resepi mana yer? Kalau ikut resepi yg biasa kak nie buat ni insyaAllah...menjadi. Nanti julia boleh cuba. Ni resepi dia:

    Resipi playdough.
    2 cawan gandum
    2 cawan air
    1 cawan garam
    1 sudu besar minyak
    2 1/2 sudu teh cream tar-tar
    pewarna makanan

    Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Stir constantly sampai ia jadi sprt mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan utk diletakkan pewarna.Selepas tu mama bagi pada anak2 utk diuli menjadi doh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails