BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi di pagi Isnin ni...minggu ni dah pun masuk minggu akhir April. Sekejap je masa. Pejam celik pejam celik...Tinggal lagi 3 bulan dah nak masuk bulan Ramadhan. Risau gak ni sbb mama belum habis lagi ganti puasa lps...banyak tu...sebulan penuh mama tinggal sbb bersalin 1 ramadhan...huhu...
OKlah. Hari ni mama nak kongsikan aktiviti kami smlm. Dah agak lama jugak mama tak buatkan playdough utk anak2 ni. Jadi utk minggu ni mama plan utk mengajar kakak sambil main2 dgn playdough.
Semalam...pagi2 lagi sblm kakak & adik bangun tidur mama dah siapkan teaching tool baru iaitu 'playdough mat' utk aktiviti kakak. Download bahan dari internet, print kemudian laminate.
Playdough mat utk mengajar kakak mengenal nombor dan mengira 11-20. Bahan ni mama download kat sini.
Ini pula playdough mat utk mengenal huruf (capital & small letter). Sorry...mama lupa pulak kat mana download bahan ni. Nanti mama try cari lain kali. Kalau jumpa nanti mama update link dia ni.
Ini pula projek mama malam tadi...hihi. ingatnya nak terus buat lps siap laminate bahan tu tapi x sempat...sibuk dgn hal lain. Last2 mlm barulah ada luang buatkan playdough ni...tu pun kes tak tahan dengar anak2 duk mintak non-stop...selagi x buat selagi tu diorang akan mintak...huhu...feninggg wooo anak ramai ni....Utk resepi homemade playdough ni boleh rujuk kat sini.
Kakak sedang membentuk nombar dgn playdough. Utk kawan2 yg kekeringan idea utk aktiviti anak2 tu bolehlah cuba aktiviti cam ni. Anak2 pun pasti suka. Sambil main sambil belajar.
Siap belajar terus sambung main masak2 pulak. Sampai pukul 11 lebih dia duk main malam tadi sorang2. Tu kakak tengah buat cookies utk mama dan papa...bersusun dah cookies yg dah siap kat dlm tray pink tu. Lps tu siap dia pegi hidangkan kat depan mama & papa lagi suruh makan...bagus betul anak mama nih...(^_^)
syoknya si kakak main playdough..
ReplyDeletemahani, selamat mengqada' puasa :)
Bestnya tgk aktiviti ni. Nak buat ngan anak2 tp x sempat nak buat sendiri homemade playdough. Balik kerja ni nak buatlah sbb malam anak2 boleh belajar
ReplyDeletesyida,
ReplyDeleteBudak2 ni mmg suka sgt la time mama dia ni buatkan playdough ni. Terima kasih...semoga saya dpt qada' semua 30 hari tu :)
Zuraida,
mmg best...lebih2 lg anak2. Selamat menguli yer ;)
Suka tgk keletah anak2 akak. And so inspiring.
ReplyDeleteNak tanya sket la. laminate macb=hine tu beli kat mana eh? Mcm nak beli jugak la. ;)
playdough ni memang anak2 enjoy kan .. sekarang ni saya masih belum berkesempatan nak buat sendrii, beli aje yang murah..
ReplyDeletelagi satu tak dapat main selalu sebab, anak yang kecik tu selalu nak amik dan makan..maklumlah lembut.. sampai hari tu dalam najis dia ada plastisin ni dan kena cirit birit berhari2.. aduhh.. so skang kena lebih hati2.
Assalamualaikum
ReplyDeleteZanti...Terima kasih. Laminator tu kak nie beli kat Popular. Harga RM199. Nanti bolehlah beli ek ;)
Pensil magik,
aa...mmg anak2 suka sgt main. Hari ni pun ada anak2 jiran yg dtg main playdough kat rumah ni...hihi
Dgn anak2 kecik ni susah la sikit...kena selalu tengok-tengokkan. Tapi dgn homemade playdough ni insyaAllah lagi selamat sbb kita cuma gunakan bahan2 makanan je dlm tu :)
salam k nie...sronok tgk akak ajar anak2...moga sy pun leh buat cam akak gak yea..
ReplyDeleteSalam Ida,
ReplyDeleteTerima kasih. InsyaAllah...Ida pun boleh buat...mungkin lebih baik dari kak nie (^_^)
laminate tu harga berapa yer..nk beli gak le..n nak cuba buat mcm mama mahani...syioknye mengajar ank2 cara kat sini..teruja betul nk buat.. :)
ReplyDeletebagusnya aktiviti kat blog kak nie ni. thanks for sharing kak nie. nanti bleh anis apply kat students istimewa di sekolah :)
ReplyDelete