BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t
Dah masuk pertengahan Ramadhan dah...baru hari ni mama dpt ucapkan salam ramadhan buat semua. Rindu serindu rindunya mama dgn blog 'mama homeschool' ni. Bulan lepas komputer ni wat hal...entah virus apa yg masuk. Langsung mama tak leh nak bukak internet. Byk kerja2 mama yg sangkut...aktiviti anak2 pun byk yg tak dpt mama update dlm blog nih. Mungkin ada hikmahnya jugak jadi cam ni...bulihlah mama lebih fokus dgn kerja2 rumahtangga nih ;) Dan mungkin jugak rezeki mama nak dapat netbook baru...alhamdulillah...lagipun komputer ni pun dah uzur...selalu sgt rosak.
Gadget baru mama ~ Netbook Acer Aspire One.
Awal2 pagi ni anak2 pun tido lagi...so ada masa lah mama nak mengadap blog nih. Update mana2 cerita lepas yg x sempat mama update lg...hihi
Sebelum tulis yg lain...mama nak wish HAPPY BIRTHDAY dulu utk adik Aisyah. 1 Ogos lepas genap umur adik 1 tahun. Kejap je masa berlalu...tahun lepas 1 ogos bersamaan dgn 1 Ramadhan. Masa org lain tgh duk bersiap2 nak berbuka puasa hari pertama...masa tu mama duk bertarung nyawa melahirkan adik. Alhamdulillah semuanya selamat dan lahirlah Nurul Aisyah anak ke4 mama yg hari ini membesar sihat & comel.
Skrg ni adik dah boleh berjalan...cepat kalu nak banding dgn abg2 dan kakak. Gigi pulak baru tumbuh sebatang. Mama suka sgt kalau tgk adik jumpa buku atau kertas...mesti mulut dia bising duk sebut ntah apa2...mungkin nak tunjuk yg dia tu sedang membaca...hihi. Skrg ni pun dah pandai pegang pensil nak ikut kakak menulis. Ni antara yg sempat mama rakam...nak letak byk2 gambar sbb dah lama tak upload gambar kat blog nih...
Ramadhan tahun ni jugak tahun pertama angah belajar berpuasa. Alhamdulillah...sehingga hari ni cuma 1 hari angah tak puasa. Tu pun sbb dia tak bangun sahur. Ikutkan dia nak puasa jugak hari tu. Nak ajar anak kecik berpuasa ni mmg agak mencabar jugak. Ikutkan hati mmg kesian...tapi kita ajar slow2. Dan bila tengok dia pun bersemangat nak berpuasa tu...alhamdulillah rasa gembira sgt.
Utk ajar anak2 berpuasa ni, ada beberapa tips boleh kita buat utk galakkan diorang berpuasa.
- Ajar anak berniat puasa, terangkan kenapa kita perlu berpuasa.
- Masa kejut untuk bersahur, kejut secara perlahan-lahan & beritahu tentang kelebihan bersahur.
- Masa bersahur, makan bersama-sama dan pastikan masakan sahur makanan kegemaran dan sedap!
- Semasa seharian berpuasa, jika anak penat, suruh anak mandi dan segarkan badan.
- Berikan makanan semasa berbuka dan bersahur dengan hidangan lengkap dan berkhasiat. Utk kami sekeluarga, mama mmg pastikan kami ambik ESP, Mealshake dan performance drink yang mmg berkhasiat & bagus utk memberi tenaga pantas! InsyaAllah.
- Tanya anak makanan kegemaran untuk berbuka, beri peluang anak membantu siapkan hidangan berbuka.
Hari pertama puasa...sama2 buat onde-onde.
Sedang gulung roti jala utk berbuka...feveret anak2 nih (^_-)
- Jangan beri anak bermain lebih-lebihan di kawasan luar rumah - kang letih nak air pula..
- Jika ada adik kecil, jangan beri adik-adik kecil makan depan mereka.. biskut kering pun boleh terliur...
- Beri galakan dan sokongan semasa berpuasa. Berikan semangat dia boleh berpuasa!. Utk bg anak lagi bersemangat papa bagi reward utk along & angah RM1 sehari. Mama jugak ada sediakan 'carta ramadhan' utk along dan angah tanda hari yg mereka berpuasa sepjg bulan Ramadhan ni. Ni pun sbg salah satu cara utk galakkan anak2 berpuasa. Sesiapa yg berminat boleh download carta ni kat sini.
Mama doakan moga along dan angah terus bersemangat berpuasa hingga akhir ramadhan ni. Dan semoga kita semua diberikan kesihatan yg baik agar dpt melaksanakan ibadat di bulan yg penuh barakah ini. InsyaAllah.
salam,
ReplyDeletewelcome back mahani! :)
psst, lawa la notebook baru..hehe
salam syida,
ReplyDeleteTima kasih syida...hihi..netbook murah je nih. Alhamdulillah rezeki di bulan puasa ;)