January 1, 2011

Harijadi Along dan Hadiah Tahun Baru.

Semalam genaplah umur along 9 tahun. Memang mudah sgt nak ingat tarikh birthday along ni...31 Disember. Lagi istimewa along berkongsi tarikh hari lahir dgn tok ma (ibu papa).
Ingatnya nak buat party sikit utk besday along kali ni. Tapi dgn keadaan mama yg tak berapa mengizinkan skrg ni, papa decided utk celebrate kat luar je dgn tok ma.

Happy Birthday Along. Semoga along menjadi anak yg soleh dan menjadi contoh kpd adik2!

Tok Ma dan adik papa, Nurul.

Kami makan kat Pizza Hut saja. InsyaAllah lain kali kita buat party kat rumah dan jemput kawan2 along yea!

Mama takde hadiah istimewa utk harijadi along kali ni. Tapi mama ada hadiah special utk along, angah, adik dan papa sempena tahun baru ni... insyaAllah tahun ni akan bertambah seorang lagi ahli dlm keluarga kami. Anak2 mmg seronok sgt bila mama kabarkan berita gembira ni terutamanya adik. Skrg ni pun dia dah bahasakan diri dia tu kakak. Doakan semoga mama terus diberikan kesihatan yg baik sepanjang kehamilan kali ni supaya mama dpt terus beraktiviti bersama anak2 dlm Mama Homeschool. InsyaAllah.

Minggu ni kandungan mama dah masuk minggu ke8.

11 comments:

  1. tahniah dan happy birthday buat si abang.seronok nak dapat adik baru ye..dan happy new year buat semua

    ReplyDelete
  2. terima kasih Izah dan selamat tahun baru juga utk izah sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. TAHNIAH....SEMOGA KAK MAHANI TERUS KUAT YA!!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih aishah. InsyaAllah, saya akan terus kuat ^0^

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah ani! semoga sentiasa sihat dan tenang ssepannjang kehamilan ini.. selamat berhs :)

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH mahani...best! best! moga dipermudahkan semua urusan sehingga kelahiran...bila nak 'jangkit' ke saya ni? hehe

    ReplyDelete
  7. baiti,
    syukur atas rezeki ni...selamat berhomeschool juga utk baiti & anak2 :)

    Syida,
    Terima kasih...lekas2 la jangkit ya. Boleh jadi geng mak buyung he..he..

    ReplyDelete
  8. laaaaaaaaaaa...tahniah k.mahani...nak dpt bby baru...baguslah...si adik tupun dh besau.ehehhehe

    semoga dimurahkan rezeki.......

    ReplyDelete
  9. terima kasih shafida,
    sementara badan masih kuat ni boleh la nak tambah anak kan ;)
    shafida bila lagi?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails