بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...syukur atas nikmat dan rezeki kurniaan Allah. Sampai sekarang dah genap setahun mama bergelar WAHM...surirumah yg bekerja dari rumah. Surirumah yg mampu menjana pendapatan sendiri walaupun 24jam bersama anak2 di rumah. Setelah setahun 'berbisness' dari rumah...mama sudah mampu mencari duit poket sendiri tiap2 bulan..bermula dgn 2 angka skrg dah dpt 4 angka sebulan (insyaAllah tak mustahil utk dpt 5 angka lps ni)...sudah dapat menambah aset sendiri (takde lah byk sgt pun...tapi sikit2 lama2 jadi bukit kan???) Dan tak lupa jugak hasil yg mama dpt tu ada bahagiannya utk anak2 dan suami yg byk memberi sokongan...setiap masa bersama...susah dan senang.
Isnin lepas hari untuk mama me'reward' anak2, juga diri mama sendiri. Reward apa tu??? hihi...Ni lah 'reward' mama bagi utk anak2 tu....BASIKAL!!! Basikal murah je...tapi anak2 happy sgt bila dapat apa yg diidam2kan. Terutamanya kakak bila dpt basikal 'pink' idaman hati dia tu sejak sekian lama. Dan terasa bahagia sgt di hati mama ni bila melihat anak2 gembira (^_^)
Gambar ni mama ambik petang semalam...time anak2 bermain2 kat depan rumah. Macam ni lah aktiviti anak2 waktu petang. Main2 kat depan rumah ni je...papa selalu balik kerja malam. So, susah la sikit kalau nak g main2 kat taman. Time papa cuti barulah boleh bawak anak2 gi main2 kat taman...selalunya kat Taman Tengku Anis tu. Kalu sebelum ni selalu jugak la duk berebut2 naik basikal merah tu (yg angah naik tu) Along yg dah besar panjang tu pun masih duk gi kayuh basikal kecik tu...hihi.
InsyaAllah, next entry mama akan kongsikan 'reward' yg mama bagi utk diri mama sendiri pulak (^_-)
No comments:
Post a Comment