June 7, 2010

Lapbook Cara-cara Berwuduk.

Alhamdulillah, hari ni kami dpt siapkan projek yg kami tlh mula buat semalam iaitu lapbook tentang cara2 berwuduk.
Aktiviti kali ni melibatkan semua anak2 mama sebab along dah start cuti sekolah. Jadi mama ambik kesempatan ni utk ajar topik wuduk dan terangkan dgn lebih jelas cara2 yg betul utk berwuduk.

Sama-sama menyiapkan lapbook.

Indahnya Hidup Bersyariat.

Mama cuba mengajar anak2 mengikut apa yg telah mama pelajari dan mama juga tlh jadikan buku 'Indahnya Hidup Bersyariat' ni sebagai panduan. Buku ni mmg bagus sbb selain teknik penyampaian yg ringkas, ia juga disertakan dgn gambar2 dan carta. Jadi ia lebih mudah difahami oleh anak2.
Antara kandungan lapbook ni mama dptkan kat sini dan mama juga tlh buat sedikit tambahan dan ubahsuai.

Gambar dan penerangan cara2 berwuduk.

Wudhu Sequence Game.

Perkara yang membatalkan wuduk.

Tayammum.

Niat wuduk dan doa selepas wuduk.

Inilah hasilnya lapbook cara-cara berwuduk.

Satu lagi kaedah pengajaran yg berkesan adalah pengajaran secara amali. Jadi mama telah tunjukkan kepada anak2 cara yang betul utk berwuduk supaya ianya sah. Jika sebelum ni mama tengok along dan angah ambik wuduk tu mcm tak sempurna je. Tapi alhamdulillah, skrg ni mereka tlh cuba utk buat dgn lebih baik lagi.

June 6, 2010

Anak2 mengenal tumbuh-tumbuhan.

Hari ni kami sekeluarga berkesempatan balik ke rumah Tok Ma (mertua). Kebetulan masa kami sampai tu, tok ma dah ada kat laman rumah. Jadi kami borak2 kat luar sambil tengok pokok2 yg tlh membuahkan hasil. Rajin sungguh tok ma. Tengoklah antara pokok2 yg ada kat sekitar rumahnya tu.
Sambil2 duk tengok pokok tu, mama ambik kesempatan kenalkan pada anak2 jenis2 tumbuhan tu. Tak perlu pergi banyak tempat utk lihat pelbagai jenis tumbuhan ni. Macam2 ada kat sini. Antaranya:

Along tgh posing kat tepi pokok jagung.

Adik control ayu sblh pokok bendi.

Pokok terung.

Pokok rozel. Tok ma selalu buat jus dgn buah ni.

Pokok pandan.

Kalau tak silap ni pokok rasbery.

Pokok pisang kat tepi dapur.

Pokok serai.

Pokok betik.

Pokok ubi kayu.

Pokok tebu kat blkg rumah.

Pokok ubi keledek.

Pokok misai kucing.

Kangkung.

Pokok lada.

Alhamdulillah, tak rugi kita berjasa pada tanah. Selain dapat menjimatkan belanja, dptlah kami semua rasa hasil yg segar dari ladang ;)

June 4, 2010

Satu kerugian!

Hari ni Jumaat. Along dah start cuti sekolah. Tapi papa keje hari ni. Tak tahulah pukul berapa pulak balik hari ni. Mlm kelmarin dekat pukul 12 tgh mlm baru balik. So...macam biasa mama soranglah yg kena melayan budak2 ni. Entahlah...rasa penat semacam je hari ni.
Tadi baru lepas ajar along dan angah mengaji Quran. Adik tak join sekali sbb tengah syok tido. Kalau tak, dialah yg mula2 sekali mengaji. Alhamdulillah, anak2 menunjukkan peningkatan dlm bacaan masing2. Sekarang ni along dah masuk Juzuk 12 surah Hud. Angah pula dah hampir separuh Buku 3 Iqra'. Adik pula dah hampir ingat semua huruf Hijaiyah (tapi belum kenal huruf).
Sekarang ni kalau tiap kali baca Al-Quran, along akan selalu tanya maksud perkataan atau ayat yg dia baca sbb skrg ni dia dah belajar bahasa arab kat sekolah. Kadang2 tu terasa malu jugak bila tak dapat jawap bila dia tanya maksud perkataan Arab tu. Betapa ruginya mama sbb selama ni membiarkan ilmu yg dipelajari hilang begitu saja.
Malunya nak bagitau kat sini...sbnrnya mama ni bekas pelajar Maahad Muhammadi selama 4 tahun (dulu ada kelas peralihan sblm tingkatan 1) kemudian pindah ke SMKA Naim Lilbanat selama 2 thn (form 4-5). Kalau tiap kali exam tu mmg score A. Lepas habis spm, mama masuk matrikulasi di Kolej Mara Seremban. Mula dari sinilah mama tinggalkan bahasa Arab yg mama dah pelajari selama 6 thn tu. Lps tu masuk UKM dan sampailah sekarang mama terus tinggalkan bahasa arab. Emm...lama jugak tu...hampir 14 thn. Memang dah banyak perkataan Arab yg mama lupa. Terasa rugi sgt2.
Nampaknya skrg ni mama kena mulakan balik. Sama2 belajar dgn anak2. Insya-Allah. Moga dipermudahkanNya.

June 3, 2010

Homeschool Angah.

Alhamdulillah. Aktiviti hs kami minggu ni dpt diteruskan walaupun angah kurang sihat (batuk). Angah tetap bersemangat seperti biasa.
Kali ni mama posting aktiviti hs kami mengikut workbox system yg telah kami mulakan April lepas. Sehingga hari ni, aktiviti hs angah dijlnkan dgn cara ni. Biasanya, mama akan siapkan bahan2 utk angah belajar sblm kelas dimulakan. Kadang2 angah sendiri yg masukkan buku2 yg dia nak belajar hari tu. Punyalah semangat dia nak belajar.

Tekun belajar.

Utk sepanjang minggu ni, angah belajar menggunakan buku2 berikut:

1. Read Aloud.
Buku cerita : 'Kenapa Belatuk Terbang Tinggi Rendah'
Salah satu dari siri cerita haiwan dgn fakta sains. Mama pastikan setiap minggu angah akan habiskan baca sekurang2nya satu buku cerita.

2. Bahasa Malaysia.
My First Bahasa Malaysia.
Sesuai utk angah yg skrg ni sedang improve skill utk mengeja.

3. Matematik.
My First Maths.
Teruskan dgn latihan tambah dan tolak utk nombor 1-20.

Book One : Short vowel 'a'.
Mama ambik masa beberapa minggu utk habiskan buku 1 ni. Sebenarnya angah dah lancar dgn short vowel 'a' ni, tapi mama nak angah betul2 lancar. Angah belajar phonics ni dgn. menggunakan buku bacaannya bersama dgn flash card dan latihan yg turut disediakan. Insya-Allah, minggu depan angah akan mulakan buku 2.

5. English.
My First English.

Utk minggu depan, angah akan terus gunakan buku2 latihan ni. Dan mungkin akan ada tambahan lain lagi. Insya-Allah.

Homeschool Adik.

Ini antara aktiviti hs adik sepanjang minggu ni.

Teaching tool : Shape Matching.

Match shape to the correct umbrella.


Tekun mewarna.

Writing practice ( trace lines from top to bottom & from left to right)
Mama laminate w/s ni lps adik colour spy boleh digunakan berulang kali.

May 31, 2010

Colour.

Kertas pelbagai warna (laminate dulu) dan klip kertas.

Hari ni mama teruskan aktiviti bersama adik utk mengenal warna dgn menggunakan teaching tool yg baru mama siapkan pagi tadi. Biasanya utk mengajar adik mengenal sesuatu objek, mama akan lakukan 3 langkah ni:
  1. Perkenalkan dulu objek tersebut. Seperti hari ni utk mengajar warna, mama tunjukkan kertas warna dan perkenalkan dulu warna2 tersebut. Mama kenalkan adik warna2 tersebut dlm bahasa melayu dan juga english. Utk kanak2 peringkat umur adik (2 thn), proses ni mmg perlu dilakukan berulang2 kali.

  2. Minta adik tunjukkan warna yg mama sebut. Selain kertas warna tersebut, mama minta adik tunjukkan objek2 di dlm rumah ni mengikut warna yg mama sebut. Seperti aktiviti yg kami lakukan sblm ni.

  3. Minta adik sebutkan warna objek yg mama tunjuk.

Kemudian mama minta adik matchkan warna kertas dgn klip tersebut. Seterusnya letakkan klip pada kertas . Seperti biasa aktiviti sprt ini juga dpt meningkatkan fine motor skill adik.

Padankan warna dan letakkan klip pada kertas.

May 27, 2010

Practical Life: It's so................PRACTICAL!!

Practical life activities allow children to practice doing what they observe adults around them doing every day-dressing themselves, cleaning the house, and conversing with people. Many children have been actively discouraged by adults from participating in these types of activities either because adults perceive the children as incapable of participation or because they perceive the child's emerging skills as a barrier to their busy agenda. It is true that as children practice the skills of pouring, sweeping, scrubbing, and polishing, many "messes" will occur and objects will be broken. However, it is only through experiencing feedback from such interactions with the environment that children learn important lessons about cause and effect, controlling one's movements, and cleaning up after oneself. This premise supports the use of real objects that will break if dropped or that will injure if used carelessly.

Following are the four indirect aims of the PL activities:

1. Development of a sense of order

Practical Life activities meet the young child's need for a sense of order by assigning as specific place to each set of materials on the shelf and by demonstrating (through teacher modelling) a specific, organized series of steps to follow to complete an activity. Following steps to complete a task is an important skill to develop for future academic work such as reading, writing and math.

2. Refinement of gross and fine motor skills

All Practical Life activities require good motor skills for their successful completion. By repeating the same exercise over and over, children perfect their motor skills and increase their self-confidence. Additionally, increased motor skills prepare the child for writing.

3. Development of concentration

Young children often have short attention spans and are unable to concentrate on any activity for long periods of time. In order to carry out the complex tasks of many Practical Life activities, children must learn to concentrate on their own work and to resist the distractions of others around them. As children repeat activities, their concentration increases. In turn, increased concentration will help children to focus on the more academic activities in the Math and Language areas.

4. Independence

All Practical Life activities are available to all children at all times. They are arranged so each child can independently select an activity and complete it without an adult's assistance. Developing better skills to care for self and environment allows children to become more independent in all settings. And....increased independence boosts confidence and fuels a child's motivation to try more and more complex academic tasks.

May 26, 2010

Beraktiviti dgn Straw.

Dari hari Ahad sampai hari ni, kami teruskan homeschool sprt biasa. Menjadi rutin kami, kalau tiada hal kat luar, paling lewat pukul 10 pagi angah akan masuk homeschool room dan mula belajar.

Hari ni mama sempat catatkan aktiviti mama dgn adik. Sebenarnya mama taklah serius sgt mengajar adik. Sambil2 mengajar angah, mama cuba selitkan aktiviti2 yg menarik utk mengajar dan juga supaya adik tak rasa terabai bila tengok mama dgn angah. Mama juga taklah sentiasa sediakan aktiviti yg baru setiap hari utk adik. Tapi mama cuba utk pelbagaikan dan biasanya mama akan mengulang2 bahan dan aktiviti yg tlh kami lakukan.


Kali ni adik belajar dgn menggunakan bahan asas straw. Byk juga yg dpt adik pelajari. Antaranya:
  • Fine motor skill.
Kemahiran menggunakan gunting. Adik cuba gunting pd tanda yg mama buat kat straw tu.

Lacing straw. Hand-eye co-ordination.
  • Counting.
  • Recognize number.
Mengira straw yg telah dipotong dan masukkannya ke dlm bowl mengikut nombor pada kad.

May 22, 2010

Homemade playdough.

Minggu ni kami bertiga sempat beraktiviti dgn playdough. Bukannya playdough yg dibeli kat kedai. Tapi yang kami buat sendiri. Resipi playdough ni mama dpt tahun lps masa tonton Martha Stewart Show. Pernah beberapa kali mama buat sblm ni.

Resipi playdough.
2 cawan gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak
2 1/2 sudu teh cream tar-tar
pewarna makanan

Cara membuatnya: Campurkan semua bahan kemudian panaskan atas api. Stir constantly sampai ia jadi sprt mash potato. Lps tu bolehlah dibahagikan utk diletakkan pewarna.Selepas tu mama bagi pada anak2 utk diuli menjadi doh.

Sedang menguli playdough.

Mama lebih suka melibatkan sekali anak2 masa nak buat playdough ni. Byk yg mereka boleh belajar masa ni. Drp mengenal bahan2, cara utk menyukat juga memupuk semangat kerjasama (life skill) antara kami.

Bermain playdough ni amat sesuai utk kanak2. Byk benda boleh dipelajari dgn bermain playdough. Dgn menggunakan pelbagai warna, kita boleh mengajar mereka utk recognize colour. Juga apabila membuat pelbagai bentuk, ia membolehkan anak2 menjadi lebih kreatif & dpt develop sense mereka. Dan seterusnya dpt develop fine motor skill dgn melatih penggunaan tangan mereka.

Hari ni angah dan adik sempat belajar bagaimana utk roll dough tersebut atas tapak tangan kemudian membentuk pelbagai bentuk. Bagi kita proses ni mudah saja, tapi bagi kanak2 mcm angah dan adik, ia agak susah pada mulanya.

Dgn playdough ini juga, mama ajarkan angah & adik:
  • Big, bigger, biggest
  • Small, smaller, smallest
  • Long, longger, longgest
  • Short, shorter, shortest
  • create different shape.
Belajar sambil bermain.

Sebenarnya kita boleh pelbagaikan aktiviti dan pengajaran dgn menggunakan playdough ni. Insya-Allah, lain kali kami akan beraktiviti lagi. Lepas main, simpan elok2 playdough ni dlm bekas bertutup supaya tahan lama.

May 21, 2010

Paper clip & number

Sebenarnya kita boleh pelbagaikan cara utk mengajar anak2 kecil mengira. Selain mengajarnya secara tak langsung contohnya ketika buat susu (berapa sudu susu), mama juga selalu menggunakan alat bantuan mengajar. Semalam adik belajar mengira menggunakan teaching tool kat bawah ni.


Teaching tool for counting.


Khusyuk (dia tak bagi mama bantu...nak buat sendiri)

Selain belajar mengira dan mengenal nombor, aktiviti ni juga dpt melatih fine motor skill adik (hand-eye co-ordination) ketika meletakkan klip kertas tu pada kad nombor.

May 20, 2010

Mengenal Abjad & Warna.

Semalam kami bertiga beraktiviti dgn teaching tool yg mama baru siapkan iaitu abjad A-Z bertemakan payung. Sesuai sgt dgn cuaca kat KB sekarang ni yg sekejap hujan...sekejap panas.
Abjad ni mama download kat blog favourite mama nih.

Letter A-Z (capital letter)

Mama tlh pelbagaikan aktiviti dgn teaching tool nih. Antaranya:

Letter Recognition.

Play what do you see.

Caranya- ambil & angkat salah satu abjad dan sebut,
letter XX letter XX what do you see,
I see the letter XX looking at me.

Kami bergilir2 ambil abjad dan sebut sehingga habis semua abjad.

Grouping the colours.
Aktiviti ni utk adik. Mama tlh minta adik asingkan 26 abjad ni mengikut kumpulan warna iaitu merah, hijau, kuning, purple, biru dan pink.


Alphabet Hunt.
Ni favourite game angah. Mama sorokkan semua abjad tu di ruang tamu rumah. Kemudian mereka berdua tu akan berebut2 mencari. Bila jumpa abjad tersebut angah akan sebut kuat2 abjad tu. Kalau adik yg jumpa, mama akan bantu adik utk mengenal dan sebut bersama2.

Mama juga selitkan dgn nursery song :

Tip top tip top hujan dah turun
tip top tip top hujan dah turun
tip top tip top baju dah basah
mari kita ambil payung.

Last sekali kami sama2 menggantungkan abjad tu kat dlm homeschool room. Utk aktiviti ni, mama tlh libatkan kesemua anak2. Dptlah mama terapkan semangat kerjasama (social skill) antara mereka tu. Juga dpt melatih fine motor skill adik dan angah.

Lacing activity (fine motor skill)


Gantung dlm homeschool room.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails