January 8, 2014

Letter Oo is for Octopus.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ni aktiviti homeschool berjalan lancar. Anak2 tak byk ragam walaupun adik tak berapa sihat hari ni sbb selsema. Utk hari ni mama dah plan nak buat kraf letter Oo dgn anak2. Jd semua bahan utk kraf ni mama dah siap sediakan awal2. Bila dua beradik ni bangun tido terus mama bgtau plan mama hari ni...taktik mama jgk ni sbnrnya...sbb bila dgr je nak buat kraf ni terus je bersemangat anak2 ni sbb diorang mmg suka sgt dgn aktiviti kraf ni. Bila tau je cepat2 kakak dan adik g mandi. Kalu x...biasanya liat sikit dua beradik ni nak  terus g mandi pagi...hihi. Lepas siap mandi dan brekfes, kakak dan adik terus ke homeschool area...dah x sabar dah nak buat...hihi. 

Ni mama kongsikan step2 kakak dan adik utk siapkan kraf 'Letter Oo is for Octopus'.

Mula2 kakak dan adik warnakan dulu templete Letter Oo. Templete ni mama download kat sini.

Lepas tu gunting. 

Kemudian lukiskan tapak tangan utk jdkan sbg tentacle octopus tu. 

Kakak tolong lukiskan tapak tangan adik.

Lepas tu gunting tapak tangan tu plk. 

ok...dah siap gunting. Adik punya tu mama yg tolong gunting...hihi

Lepas tu tampal pada construction paper. Adik kat sebelah tu dah sibuk duk tayang2 dia punya yg dah siap tu (^o^)

Last sekali tampal letter O yg dah siap gunting awal2 tadi tu. Adik pun duk tunjuk tu kat kakak cmn nak tampal2 ni...hihi


Akhirnya siap jgk Octopus kakak punya...yeayyy...

Aksi Adik:
Mama jugak bg adik menggunakan gunting masa aktiviti tadi. Khusyuk je adik...sampai menitik2 air mulut tu...hihi

Fokussss....

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak2. Tapi pastikan gunting yg digunakan tu adalah gunting yg sesuai utk anak kecil...jenis yg x tajam dan yg dilindungi plastik.

January 7, 2014

Aktiviti Homeschool: Anggota Badan Saya.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah masih dipjgkan umur hari ni. Bila bangun pagi dan melihat anak2 dan suami masih lg di sisi membuatkan hati rasa amat bersyukur atas kurniaan dan anugerah Allah yg amat bernilai ini. Semoga terus dipermudahkanNya utk semua urusan mama dlm menunaikan tanggungjawab mama hari ini dan hari2 seterusnya.

Along dan angah dah pun selamat papa hantarkan ke sekolah. Papa pun dah pegi keje. Adik dan kakak masih lg enak tidur. Kesempatan yg ada ni mama nak update dulu aktiviti pembelajaran kakak semalam.

Utk sesi homeschool tahun ni, mama akan gunakan buku 'Manual Pengajaran Prasekolah' terbitan PTS ni sbg panduan utk mama. Tak perlu susah2 duk pikir lg lps ni. Semuanya lengkap dlm buku ni dgn topik2 pengajaran utk setiap minggu. Dan insyaAllah mama akan tambah juga dgn bahan2 dan aktiviti2 lain utk jdkan aktiviti homeschool anak2 ni lebih menarik.

Buku panduan mengajar yg akan mama gunakan tahun ni.

Minggu ni kakak belajar dgn tema "Anggota Saya". Tahun2 sblm ni mama dah penah ajar anak2 topik ni (bulih rujuk sini).

Ni buku utk bacaan kakak sesuai dgn tema minggu ni.

Sebelah pagi kakak belajar membaca, menulis dan mengira sprt biasa dgn menggunakan buku kerja. Dan utk tema minggu ni mama dah sediakan siap2 bahan utk kakak buatkan lapbook "The Human Body". Alhamdulillah ptg semalam kakak dpt siapkan lapbook ni. Bahan2 utk lapbook ni mama download kat sini.

Sedang mewarna cover lapbook tu.

Lepas siap colour dan tulis...kena gunting pulak. Macam2 skill dapat kakak belajar masa buat lapbook ni. Masa ni aktiviti berjalan lancar tanpa sbrg gangguan dari si kecil sbb adik tengah tido masa ni...tu duk tgh tido dlm buai kat blkg tu..hihi

Tapi belum sempat siap adik dah bangun dah...so kenalah bagi dia pun buat jgk. Dlm gambar atas tu adik duk tengah conteng2 gambar yg mama print utk lapbook ni. Bahan2 lain mama kena kemas dulu...kalu tak nanti habis dia nak buat jgk...hihi

Lepas nmpk adik leka dgn kertas dia tu...bulihlah kakak start balik siapkan lapbook tu. 

Letakkan gam...

Dan tampal...

Taraaa....dah pun siap Lapbook "The Human Body".

Ni bhgn dalam lapbook. Ada mini book "All About Me" kat sebelah kiri. Bhgn tengah tu gambar body dan kakak lekatkan label utk anggota badan tu. Sebelah kanan tu plk ada 2 poket. Poket utk letak Human body puzzle dan poket utk Human body flashcards.

Ni lagu yg kakak dan adik nyanyi utk belajar anggota badan ni. 

InsyaAllah hari ni kakak dan adik akan sambung aktiviti homeschool dgn aktiviti yg lain plk (^_-)




January 5, 2014

Aktiviti Hujung Minggu.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, cuti hujung minggu kali ni (semalam) mama dan papa sempat bawa anak2 beriadah kat Taman Tengku Anis. Seronok sgt anak2 main...maklumlah dah agak lama kami x dtg sini. Jadual kerje papa agak sibuk kblkgan ni...selalu balik lmbt. Kalu hari cuti plk sibuk dgn macam2 urusan lain...tu yg dah lama x bawak anak2 dtg sini tu. 

Angah cam x percaya bila dia dpt main monkey bar nih kali ni...hihi. kalu sblm ni tak penah lg dia dpt habiskan sampai hujung. 

Kakak dan adik main gelongsor je kali ni. Tu pun kakak terpaksa ikut adik main gelongsor yg rendah2 je.

Semalam jgk kakak dan along sama2 tolong mama buatkan donut utk minum petang. Keja mama cuma sukat bahan2 dan masukkan dlm food processor tu dan menggoreng. Selebihnya mama serahkan pada kakak dan along. 

Sama2 canai dan bentukkan donut. 

Masa ni adik sdg tido. Kalu x mesti dia pun sibuk nak buat keje jgk...
err...angah plk masa ni mama x pasti tgh duk wat apa...tgh ralit duk tgk tv kot..

Ni lah donut gebu hasil tangan anak2 mama. Sedapppp sgt ;)

January 2, 2014

Paper Bag Jellyfish Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang ni jam menunjukkan pukul 10 malam. Anak lelaki dua2nya dah tidur. Tinggal anak2 perempuan je yg masih 'keras' mata...tgh duk ralit lg main2. Sambil tunggu kakak dan adik ni main...mama nak upload gambar2 yg mama ambik semasa aktiviti kraf kami hari ni. Sbnrnya baru kejap tadi kakak siapkan kraf dia ni. Kalau bolih tiap2 hari nak kena selitkan dgn aktiviti kraf...apa2 kraf pun takpa. Hari ni mama sediakan paper bag utk aktiviti kraf ni. Dgn menggunakan paper bag ni...kakak dan adik buatkan kraf 'Jellyfish'.

Dah tak sabar nak mulakan aktiviti kraf ni (^o^)

Sedang khusyuk mewarna. 

Happy sgt adik bila dpt main2 dgn water colour ni (^0^)

Kakak sedang tuliskan bulatan menggunakan duit syiling utk buat mata jellyfish tu. 

 Last sekali guntingkan paper bag tu menggunakan gunting kraf utk buat tentacle jellyfish tu.

Inilah dia kraf 'Paper bag Jellyfish' (^_^) 

January 1, 2014

Selamat Tahun Baru 2014 (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali di tahun baru 2014 setelah bbrp bulan menyepi. Alhamdulillah...syukur kerana dipanjangkan umur dan masih diberikan peluang utk terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak dan hambaNya. Dan semoga dgn kedatangan tahun baru ini akan terus memberi sinar dan semangat utk mama terus melaksanakan semua tanggungjawab ini. Dan kpd kawan2 di luar sana...mama turut mendoakan semoga kalian sejahtera sentiasa.   

Hari ni bermulalah sesi baru persekolahan anak2 bg tahun 2014. Tahun ni along dah pun masuk tingkatan 1 dan angah pulak darjah 3. Cam tak percaya je...sekejap je anak2 ni membesar.  

Bersemangat di hari pertama persekolahan.

Kakak dan adik tak kurang jugak semangatnya hari ni meneruskan pembelajaran di rumah (homeschooling).

Tahun ni kakak masuk umur 6 tahun dan adik 3 tahun. Mama dan papa telah sepakat utk tidak menghantar kakak ke tadika. Papa telah berikan kepercayaan pd mama dan yakin yg mama mampu mengajar dan mendidik sendiri anak2. InsyaAllah mama akan cuba usaha dan buat yg terbaik utk anak2. Semoga dipermudahkan segala usaha mama ni. 

Hari ni  aktiviti homeschool kat rumah ni berjalan lancar. Permulaan yg baik utk tahun baru ni...insyaAllah  (^_^)

September 20, 2013

Adik Aisyah (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Salam Jumaat buat semua. Hari ni pagi2 lg terus mengadap komputer. Bukak album gambar anak2...senyum sendiri tgk. Rasa cam tak percaya yg anak2 kini dah besar2. Rasa macam baru je melahirkan diorang ni. Alhamdulillah...syukur semua anak membesar sihat dan 'berjurus' kata org kelantan...hihi

Oh ya...1 ogos lepas genap umur adik 2 thn. Sorry yer dik...mama tak sempat nak buat entry utk birthday adik ni bulan lepas. Masa tu pun bulan puasa, kami sekeluarga just gi makan kat Mc Donald je utk sambut besday adik ni. Gambar makan2 tu pun tak sempat ambik...

Ni gambar adik yg sempat mama ambik pd 1 Ogos lepas. Umur genap 2thn masa ni. Makin comel adik dengan senyum manis dia tu (walaupun gigi depan tu dah rongak...heheh) Yg dia pegang tu mainan kesayangan dia...baby dan weoww...Kat dinding belakang dia tu pulak bulih nmpk hasil contengan kreatif adik. Loni pantang dia pegang pensil/pen/marker...mesti dia nak conteng kat mana2...

Adik yg suka sgt menulis (^__^)

Juga rajin menolong mama kat dapur...

Dan rajin menolong mama membuat kerja rumah...kena bagi dulu dia buat kejap pastu barulah mama boleh buat keje...hihi

Dan dah pandai main ngan gadget nih....handphone papa mmg selalu dpt kat dia. Tu duk ralit tgk upin ipin la tu...

Bila dah masuk umur 2thn ni, mama pun kena lebih fokus mengajar adik ni. Kena rajinkan diri tambah aktiviti2 utk pembelajaran adik. Kena selalu cari idea utk aktiviti2 yg menarik...barulah anak lebih enjoyyyy. Ni mama nak share rujukan mama utk aktiviti homeschool adik. Dah lama mama download dan print out bahan ni kat sini utk rujukan. 

September 19, 2013

Bercuti di Tok Aman Bali Resort.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...minggu lepas along telah pun selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Apa pun keputusan yg along dapat nanti mama redha sbb mama tahu along dah buat yg terbaik. Skrg ni rasa lega sgt...umpama terlepas satu beban di bahu ni. Bukan bermaksud mama dah boleh lepas tangan lepas ni...tapi sekurang2nya bulihlah mama relax sikit lepas ni tanpa memikirkan soal exam ni (anak yg nak exam tapi mama ni yg terlebih stress...hihi)

Utk celebrate along abis exam ni...weekend lepas sempena cuti Malaysia tu...kami sekeluarga ambik peluang pergi bercuti...saje nak release tension. Alahh...bukannya jauh pun. Bercuti dekat2 sini je...kat Tok Aman Bali Resort, pasir Puteh ni je. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari rumah kami.

Sebelum sampai kat resort tu, kami singgah dulu kat Pantai Irama, Bachok...singgah ambik angin pantai. 

Main2 kat tepi pantai. Cuaca hari tu pun redup je...bestttt...

Bilik kami kat Tok Aman Bali Resort tu. Bilik yg luas dan selesa.

Seronok je si kecik ni duk golek2 kat sofa tu.

Ni antara tujuan utama datang resort ni...nak main air. Aktiviti wajib anak2...hihi

Papa yg sporting...rajin melayan anak2 main. Mama tunggu kat atas je...




Nmpk x kakak tu...hihi. Besar jugak kolam kat sini. Memang puashati anak2 main.

Anak2 buah hati mama. Semuanya enjoyyy dgn percutian kali ni. Moga terus dilimpahkan rezeki & diberikan kesihatan yg baik...next time bulihlah kita berkunjung lg ke sini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails