بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali di tahun baru 2014 setelah bbrp bulan menyepi. Alhamdulillah...syukur kerana dipanjangkan umur dan masih diberikan peluang utk terus menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, anak dan hambaNya. Dan semoga dgn kedatangan tahun baru ini akan terus memberi sinar dan semangat utk mama terus melaksanakan semua tanggungjawab ini. Dan kpd kawan2 di luar sana...mama turut mendoakan semoga kalian sejahtera sentiasa.
Hari ni bermulalah sesi baru persekolahan anak2 bg tahun 2014. Tahun ni along dah pun masuk tingkatan 1 dan angah pulak darjah 3. Cam tak percaya je...sekejap je anak2 ni membesar.
Bersemangat di hari pertama persekolahan.
Kakak dan adik tak kurang jugak semangatnya hari ni meneruskan pembelajaran di rumah (homeschooling).
Tahun ni kakak masuk umur 6 tahun dan adik 3 tahun. Mama dan papa telah sepakat utk tidak menghantar kakak ke tadika. Papa telah berikan kepercayaan pd mama dan yakin yg mama mampu mengajar dan mendidik sendiri anak2. InsyaAllah mama akan cuba usaha dan buat yg terbaik utk anak2. Semoga dipermudahkan segala usaha mama ni.
Hari ni aktiviti homeschool kat rumah ni berjalan lancar. Permulaan yg baik utk tahun baru ni...insyaAllah (^_^)
Salam...kak seronok membaca perkongsian akak ni. Ada contoh jadual yang sesuai untuk anak age 4 tahun
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete