January 15, 2011

Read Aloud Bersama Kak Chik.

Hari ni adalah hari yg menggembirakan mama dan alhamdulillah anak2 juga turut seronok dgn aktiviti baru mereka hari ni. Dari tahun lepas lagi mama tunggu peluang ni. Akhirnya hari ni dapat jugak mama bawa anak2 turut serta dlm program Read Aloud yg dianjurkan oleh Kak Chik di Perpustakaan Dar Nur Al-Zahra'. 
Kat rumah mmg anak2 dah biasa dgn read aloud ni. Tapi mama nak join juga program ni sebab mama nak dedahkan anak2 dengan dunia luar ecspecially angah & adik yg hanya duduk kat rumah je. Kalau along tu dia dah biasa bergaul kat sekolah. Jadi kat sini mama boleh bagi angah jumpa kawan-kawan baru dan belajar dgn orang lain selain mama dan papa. Juga mama boleh ambik peluang ni utk tingkatkan kemahiran komunikasi dan tahap keyakinan anak2 bila berada dalam kumpulan yg ramai. 

Kak Chik memulakan sesi read aloud dgn memperkenalkan tajuk buku yg akan dibacakan.

Semasa read aloud ni, Kak Chik turut melibatkan komunikasi dua hala dgn banyak bertanya pada anak2. Bagus sgt sebab dgn cara ni kita dapat terus menarik minat anak2 utk terus mendengar dan memastikan anak2 faham dgn cerita yg dibacakan. Kak Chik juga turut memberikan tips2 kepada ibubapa utk menjayakan sesi read aloud bersama anak2 di rumah.

Bergambar selepas selesai sesi read aloud utk hari ni. InsyaAllah, kami akan bertemu lagi di sesi yg akan datang. Harap Kak Chik juga dapat anjurkan program2 lain pula utk anak2 yer!

Bergambar kenangan pertemuan pertama bersama Kak Chik. Dah lama mama simpan hasrat utk bertemu dgn Kak Chik ni. Sbnrnya mama mula2 kenal dgn dunia blog ni bila mama jumpa blog Kak Chik 'Keluargaku Sayang' kat internet. Suka sgt baca tulisan Kak Chik ni. Boleh dikatakan tiap2 hari bukak blog dia. Lepas tu mama mula berminat utk ada blog sendiri utk tulis aktiviti mama bersama anak2. Alhamdulillah, tak sangka dgn blog ni mama dapat bertemu dgn ramai kawan2 baru dan dpt berkongsi cara mama mengajar anak2 di rumah dgn ibu2 lain yg berminat. Seronok sgt masa mula2 terima kunjungan dan komen dari Kak Chik di blog mama dulu dan dpt berkenalan dgn Kak Chik yg mama kagumi. Dan tak sangka juga bila dah kenal ni rupa2nya Kak Chik ni ex-classmate papa masa  sekolah Faris dulu. Jadi hari ni juga papa dpt jumpa dgn Kak Chik setelah hampir 20 tahun tak jumpa ^0^.

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah kejap di Taman Tengku Anis. Cuaca agak redup masa ni. Jadi bolehlah anak2 main2 kejap.

7 comments:

  1. ooo berjumpa kak chik org kuat library ye...seronok....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mahani. terima kasih banyak sebab sudi datang bersama keluarga. kakchik sangat-sangat bersyukur dapat jumpa dgn mahani, asmawi yg memang pendiam dr dulu hehe, haikal, haziq dan balqis yg malu2. kakchik punyak skill sudah agak berkarat slps 3 tahun berhibernasi. insyaallah kita blh sama-sama jayakan program ni di library zahra' ni. kakchik tunggu mahani pula jadi reader hehe.

    p/s: kakchik nak salin gambar ya. Harap dihalalkan.

    ReplyDelete
  3. Kak Mahani klu kak mahani upload video blh juga berkongsi ilmu utk aktiviti read aloud....x biasa join lg...hmmmm...

    ReplyDelete
  4. salam izah,
    ya...alhamdulillah.Akhirnya Allah temukan juga kami berdua. Kak Chik ni mmg ramah sgt :)

    W'salam kak chik,
    Akhirnya hasrat saya utk bertemu kak chil tercapai jugak. Semoga program yg bermanfaat ni dpt diteruskan disamping program2 lain utk anak2.

    Salam Aishah,
    InsyaAllah, lain kali saya akan cuba rakam dan kongsikan di sini :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails