April 4, 2011

Bertemu kembali.

Lamanyer tak mengupdate blog. Bukannya takde cerita tapi kebelakangan ni rasa malas je nak berblog. Badan mama skrg ni pun mudah sgt letih. Tiap2 hari lepas beres semua kerja rumah dan aktiviti homeschool ngan anak2 mmg mama lebih suka baring saja...rehatkan badan. 
Minggu ni kandungan mama dah masuk minggu ke21. Sekejap je. Skrg ni dah mula masuk fasa yg agak selesa. Takde lagi rasa mual2. Mood pun ada baik sikit...hehe. Dah agak rajin sikit masak2. Kalau tak sebelum ni kami lebih byk beli kat luar. Harap2 kesihatan mama akan terus baik. Kalau tak kesian papa dan anak2.
Aktiviti anak2 kat rumah ni pun masih seperti biasa. Cuma skrg ni mama byk bagi kebebasan pada mereka utk buat aktiviti slps belajar dgn mama. Mama cuma sediakan bahan2 dan terserah pada diorang nak buat kraf apa pun. Tapi yg tak tahannya slps tu rumah habis bersepah mereka kerjakan. Biasanya mama akan suruh mereka kemas sendiri semua tu. Tapi biasalah kalau budak2 yg kemaskan...kena kita juga yg bantu. Adoi...penatnyaaaa. Orang yg ada anak2 kecik mesti akan faham situasi ni.
Sbnrnya minggu lepas along kena chicken pox. Seminggu dia cuti sekolah. Jadi bila dah ada kat rumah ni, along joinlah sekali aktiviti homeschool dgn angah dan adik. 

Along sedang siapkan latihan English. Sbnrnya along tak bagi mama ambik gambar ni. Dia malu dgn bintik2 chicken pox tu. Takpe lah along...boleh buat kenangan ^0^

Angah dengan latihan Bahasa Melayu. Skrg ni angah banyak buat latihan dlm buku2 latihan yg mama beli.

Ini pula aktiviti2 adik minggu lepas:

Mewarna.

Menulis.

Sedang menyambung titik2 dlm worksheet yg mama download dari internet.

Kemudian gunting.

Ini pula buku2 latihan yg adik gunakan skrg ni. 

Sama2 belajar dlm homeschool room. 

4 comments:

  1. jangan la berhenti berblog,
    saya baru jer nak berguru bab2 homeschooling ni ngan awak.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, selagi terdaya saya akan terus berblog. Cuma skrg ni mungkin slow la sikit. Apapun terima ksih sbb sudi baca blog saya ni.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mahani,
    Kakak rasa sangat bangga dan gembira kerana homeschooling di Malaysia bercambah bagai cendawan selepas hujan.
    Masyarakat sudah mula sedar akan kehebatan asuhan tangan ibubapa sendiri dibandingkan guru-guru yang tidak begitu kenal akan
    kebolehan dan kelemahan anak-anak kita. Kakak puji akan kegigihan dan kreativiti Mahani dalam membimbing anak-anak agar menjadi insan yang berguna.
    Alhamdulillah....bolehlah kita bertukar-tukar idea cara terbaik untuk menambah ilmu anak-anak kita. Kakak fully homeschooled anak-anak sejak tahun lepas.
    Sekarang ini dah ada 5 orang pelajar. 2 orang anak dan 3 cucu. Masyaallah....All the best to you and your kids.

    -HAFIDZ GUIDANCE-

    ReplyDelete
  4. w'salam,
    Terima kasih kak. Saya pun baru lagi dgn homeschool ni. Gembira sgt dpt kenal dgn akak. InsyaAllah lps ni bolehlah kita berkongsi dan bertukar2 pengalaman.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails