Dah masuk hujung bulan Mei dah pun. Kejap je masa berlalu. Mama pun dah lama sgt tak update blog ni. Virus M kembali melanda...hehe...Bukan tak de aktiviti cuma mama je yg malas nak upload gambar dan tulis blog.
Tapi malam ni mood mama agak baik sikit. Anak2 pun tengah ralit tengok tv dgn papa tu. Bolehlah mama ambik peluang update blog dgn aktiviti mama bersama angah dan adik hari ni.
Hari ni pagi2 lagi kami dah mula buat kraf. Atas permintaan adik, kami sama2 buatkan kraf rama-rama. Baru je mama nak start mengajar, adik dah mula duk mintak buatkan kraf. Katanya nakkan kraf butterfly. Surf kejap kat internet utk cari idea...akhirnya inilah hasilnya kraf butterfly kami hari ni.
Kraf rama-rama dgn menggunakan lukisan tapak tangan.
Antara bahan2 yg digunakan:
~ Kertas warna
~ Gunting
~ Gam
~ bamboo chopstik
~ cellophane tape
~ pipe cleaner
~ marker pen
Cara membuatnya:
Lukiskan tapak tangan pada kertas warna dan kemudian gunting. Kemudian lukiskan bentuk oval utk badan dan bentuk bulat utk kepala dan gunting. Lekatkan kepala dan tapak tangan tadi pada badan rama2 tadi. Lukiskan bentuk mata. Letakkan pipe cleaner pada kepala sbg antena. Akhir sekali lekatkan chopstick pada badan rama2. Selain utk tegakkan badan rama2 tu, chopstik tu juga boleh dijadikan sbg pemegang utk anak2 main dgn rama2 tu.
Angah sedang melukis tapak tangan adik.
Kemudian sama-sama menggunting tapak tangan yg telah siap dilukis.
Adik dan angah yg cukup puas hati dgn hasil krafnya hari ni. Masa ni mereka dah tak sabar2 lagi nak tunjukkan butterfly mereka tu kat papa ^0^
cantik juga bila dah siap...nak kena cuba bersama anak-anak ni....
ReplyDeletebetul tu kak aya...nak buatnya pun simple. anak2 pun suka. cubalah! :)
ReplyDeletemahani, mana nak dapat bamboo chopstick tu ye? kalau gantikn dgn lidi boleh juga kan?
ReplyDeletesyida, kat rumah saya ni ada byk stok chopstik pakai buang tu. saya beli kat tesco. kalu takde boleh je kalau guna lidi atau apa2 stick pun ;)
ReplyDeletesuka!!!! cantiknya...nak try weekend ni :)
ReplyDeleteanak i belajar letter B minggu ni (ceduk idea u..letter of the week), boleh la buat butterfly.
ReplyDeleteThanks, berkongsi idea.
u kat kelantan ek? org mana ek? i org Machang tp tinggal kat Selangor
selamat mencuba ya ramizah, nanti posting la kat blog..boleh saya tengok :)
ReplyDeletesama2 fa10. aah...saya org kelantan, skrg ni tinggal kat pengkalan chepa. awak org machang kat mana yer sebab saya pun asal orang machang (sblh ayah)