June 23, 2011

Aktiviti dan Buku2 Baru utk bulan Jun.

Pagi ni mama cuba curi masa utk update blog yg dah bersawang ni. Hampir sebulan mama menyepi ni sebenarnya mama masih seperti biasa bersama dgn anak2. Alhamdulillah, sekarang ni kandungan mama dah masuk minggu ke 32. Badan pun dah makin tak larat nak buat apa2 kerja. Selaluuuuu je sakit pinggang. Mungkin sbb dah tua kot..huhu.. Sebab masa nak bersalin pun dah makin hampir, jadi sekarang ni mama lebih tumpukan pada persiapan utk menyambut baby baru ni. Bukak balik bungkusan barang2 baby dan basuh mana2 yg patut... pegi beli mana2 yg rasanya perlukan yg baru. Adui..penat jugak. Sekarang ni pun rasanya ada lagi yg perlu mama siapkan. Baju baby dan barang2 yg perlu dibawa ke hospital pun mama tak siapkan lagi ( benda yg paling penting nih..huhu) . Papa pun dah byk kali sound mama nih. Sbnrnya dlm kepala mama nih banyak sgt benda yg mama nak buat. Last2 semuanya tak terbuat. Sbbnya....tak tahu nak buat yg mana dulu. Terukkan! Mungkin ni salah satu kelemahan mama...pengurusan yg teruk!
Apa pun rasanya masa cuti sekolah baru2 ni mama berjaya settlekan satu dari senarai benda2 yg mama nak buat tu. Masa tu mama ambik peluang utk menyiapkan bilik dgn mengecat serta mengemas apa2 yg patut (sbnrnya mama jadi mandur je...papa yg jadi tukang catnya dan anak2 tumpang menyibuk ...hehe..)

 
Papa sedang sibuk mengecat. Anak2 sibuk nak bantu. Mama bagi je kat kakak dan angah gunakan paint brush mereka. Bolehlah diorang ambik peluang ni duk conteng2 dinding dgn cat tu.


Masa cuti tu juga mama sempat pergi kelas belajar memasak. Saja nak tambah ilmu memasak ni. Berguru ni lain dgn kita duk belajar sendiri. Kali ni mama pegi belajar buat beberapa jenis biskut dan juga cara nak buat coklat praline dengan Chef Khairul Anwar. Best jugak. Banyak tip yg mama dpt dlm kelas hari tu. Insya-Allah, kalau ada peluang mama akan pegi belajar lagi lepas ni. 

Chef sedang menunjukkan cara2 membuat coklat praline. Kelakar jugak chef nih ;)


Okeylah, cerita pasal homeschool anak2 sepanjang bulan Jun ni pulak. Sbnrnya mama telah sediakan beberapa buku kerja dan bahan bacaan yg baru utk anak2. Niat asalnya nak buat entry pasal buku2 ni awal bulan lagi. Tapi disebabkan virus M, jadinya hari nilah baru mama dapat tunjukkan. Buku2 tu pun dah renyuk dah pun masa mama nak ambik gambar tadi. Tak kisah la kan...tu tandanya buku2 tu mmg digunakan...bukannya hanya disimpan kat dlm rak je ;)

Buku2 utk kakak ( panggilan baru utk adik...sbb tak lama lagi dah nak jadi kakak :)
123 Book ( wipe-off book )  ~ cover. Buku dlm siri yg sama dgn buku yg kakak guna sblm ni.

Bahagian dlm buku tadi. Buku yg bagus utk mengajar anak mengenal nombor dan juga belajar menulis nombor2  sbb buku ni boleh dilap bila ditulis menggunakan whiteboard marker pen.

Chika Chika Boom Boom, Brown Bear Brown Bear What Do You See dan The Very Hungry Caterpillar. Sebenarnya dah lama mama berminat dgn buku2 ni utk digunakan dlm homeschool kami ni. Buku2 ni mama order dari Amazon bulan lepas. Kakak pun mmg cukup suka dgn buku2 ni. Tiap2 hari dia akan minta mama bacakannya buku ni.

Buku2 utk Angah:
Buku2 latihan utk subjek Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Islam dan Jawi dari Sunshine Series terbitan Fargoes.

Sastera Awal Kanak-kanak. Buku ni mempunyai himpunan cerita dan puisi yg turut disertakan dgn soalan2 mudah yg dpt menguji pemahaman dan mendorong anak2 berfikir dgn lebih kreatif.

Buku2 utk Along:
Buku2 latihan dari siri Oxford Fajar.

Ini pula bahan2 bacaan tambahan utk along dan angah.

Dan ini pula aktiviti mama bersama anak2 semalam. Kami sama2 buatkan kuih kegemaran anak2 iaitu onde-onde. Kebelakangan ni mama lebih kerap beraktiviti dgn anak2 di dapur. Kalau mama tak ajak pun mmg diorang nak bantu, terutamanya kakak. Sebenarnya aktiviti begini juga mmg bagus utk anak2 sbb mereka dpt belajar pelbagai kemahiran serta dapat mendidik mereka dgn sikap tolong menolong... Nanti bila dah besar sikit bolehlah kakak pulak tolong masakkan utk mama yer ;)


Sedang menggentel onde-onde. Mereka cukup seronok buat onde2 ni sbb mereka kata macam main playdough.

Inilah hasilnya onde2 tadi. Ada kecik ada besar. Tak kisahlah sebab kami jugak yg nak makan. Bukannya orang lain :)


Nota mama: 
Esok harijadi angah yg ke6. Dalam kepala ni masih lagi duk fikir2 nak buat apa. Ingatnya nak buat makan2 sikit kat rumah ni. Tapi larat ke???? Kalau nak buat jugak...nak masak apa yer??? Apapun mama mesti buat sesuatu yg istimewa sikit utk angah ni sbb dah lama dia duk menunggu harijadi dia ni. 

4 comments:

  1. Bestnya tengok keluarga akak :)
    sesuai dengan tema lagu wonderpets.
    Apa yang penting... kerjasama :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya...akak adalah ibu contoh. insprirasi saya..inshaAllah jika diizinkan, nak sgt mampu mendidik anak cara akak. tahniah.

    Heart In A Cage
    .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kasih Kita & Nini,
    Terima kasih. Kak Nie skrg ni pun masih byk kekurangan. Masih mencuba & akan terus belajar utk menjadi ibu yg baik dan sempurna kpd anak2 :)

    ReplyDelete
  4. Salam kenal dan semoga Mahani sekeluarga sentiasa diberkati Allah.

    HS yang berjaya memang memerlukan seorang ibu yang bersemangat dan rajin macam Mahani. Boleh nampak kecerdikan yang terpancar di wajah anak-anak hasil didikan seorang ibu yang bercita-cita tinggi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails