Assalamualaikum w.b.t
Setelah agak lama 'bercuti' ni, skrg ni mama kembali 'mengaktifkan' diri dgn rutin2 mama sblm ni termasuklah surf internet nih. Papa kata mama ni nak lepas gian..hehe..mungkin jugak. Memang skrg ni kalau ada masa terluang je mesti mama akan duk mengadap komputer nih. Macam2 yg mama cari dan cuba 'gali' ilmu dari internet nih. Antaranya berkaitan dgn penyusuan anak. Walaupun ini dah masuk anak yg ke4, tapi mama rasa ilmu mama pasal penyusuan anak ni masih lagi cetek.
Ketika melahirkan anak sulung dulu mama hanya menyusukan along sehingga along umur 7 bulan saja. Memang ketika tu kesedaran mama tentang kebaikan memberikan susu ibu kpd anak agak kurang. Lebih2 lagi mama bekerja masa tu. Jadi kiranya nak ambik jalan mudah...mama bagi saja susu formula. Tapi slps melahirkan angah dan kakak, mama berazam utk menyusukan secara ekslusif sbb masa tu mama dah pun berstatus SAHM. Alhamdulillah mama berjaya dan sepanjang tempoh menyusu tu air susu mama tetap ada sehinggalah mama stop menyusu masa mereka berumur 2 tahun.
Tapikan, ada satu perkara yg mama tak puas hati. Kenapa berat badan angah dan kakak masa tu tak berapa 'cun' berbanding kanak2 lain yg juga menyusu ibunya. Adakah susu mama kurang berkhasiat??? Adakah mama perlu mengambil dan mengelak makanan2 tertentu utk menghasilkan susu ibu yg lebih berkualiti???
Dalam mama duk mencari2 maklumat berkaitan perkara ni, mama terjumpa info menarik tentang perkara yang perlu kita tahu utk membanyakkan susu ibu dan ingin juga mama kongsikan ilmu berguna ni dengan ibu2 yg lain.
credit: Blog mysuperkids.net
Untuk ibu-ibu menyusu : Perkara yg perlu kita tahu untuk membanyakkan susu ibu.
kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap
Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:
- Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
- Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
- Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:
- Tinggi dengan protein – makanan berasaskan kacang soya (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, alfalfa dan sebagainya
- Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
- Tinggi kalori – longan kering, kurma.
- Tinggi kalsium – susu.
- Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
- Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
- Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
- Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
- Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan?Bagi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.
Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.
Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu? Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.
Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu? Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.
Penyusuan ibu adalah sesuatu yang semulajadi, sebagaimana anak-anak mamalian menyusu dengan ibu masing-masing.. namun bagi manusia, proses tersebut tidak semudah seekor kucing menyusukan 8 ekor anaknya ( ada juga kucing yang taknak menyusukan anaknya, mujur zaman sekarang ada FM untuk kucing, kalo tak kesian anak2 kucing tu) atau harimau menyusukan anaknya (seganas2 harimau adalah ibu yang penyayang). Lebih2 lagi di zaman moden ni, (ramai ibu yang bekerja) penyusuan adalah sesuatu yang mesti dipelajari.
Ibu-ibu hamil boleh mendapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang lebih dahulu menyusukan anak dan dari bahan bacaan yang boleh diperolehi di mana2 klinik kesihatan, hospital mahupun buku2 tentang penyusuan ibu yang berlambak di kedai buku.
Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.
InsyaAllah, kali ni mama akan teruskan azam mama utk memberikan susu ibu kpd adik Aisyah secara esklusif sehingga 2 tahun. Dan mama akan cuba buat yg terbaik agar dapat memberikan susu yang berkualiti utk tumbesaran adik Aisyah. Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. Amin.
bagus info ni. sangat berguna. nnt nak share kt blog la. blh?
ReplyDelete