September 23, 2011

Syawal 1432H ~ Beraya Dalam Pantang.


Assalamualaikum w.b.t
Bersua kembali. Lama sangat mama tinggalkan blog kesayangan mama nih. Keadaan skrg ni mmg tidak mengizinkan mama utk berblog sprt dulu2..huhu...Hari ni dahpun masuk hari ke 25 Syawal tapi rasanya masih belum terlambat utk mama ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin buat semua teman2 diluar sana. Tahun ni mama beraya dlm pantang. Hari raya tu umur adik Aisyah baru 30 hari. Ikutkan hati memang takde semangat nak beraya tapi bila ingatkan anak2 tu rasa kesian pulak kalau tak buat apa2 persiapan utk beraya. Jadi dah dekat2 nak beraya tu sempat jugak papa keluar shoping ngan anak2...pegi cari baju utk pagi raya tu sbb kami tak sempat beli sebelum bersalin hari tu. Alhamdulillah, dapat jugak kami sekeluarga berpakaian sedondon warna biru di pagi raya tu..opss...kecuali adik Aisyah sbb tak jumpa baju biru utk dia. 

Kami sekeluarga di pagi raya. 

Beraya bersama keluarga mama pada sebelah pagi.

Beraya bersama keluarga papa pulak pada sebelah petang. 

Dan hari ni umur adik Aisyah dah pun 54 hari. Lega sgt bila dah habis pantang ni walaupun mama takde lah pantang betul2 macam orang lain. Maklumlah bila dah ramai anak nih. Selain yg baby tu, mama kena jugak jaga anak2 yg lain...kena jugak jaga makan minum diorang. Nasib baik masa dlm pantang hari tu ada jugak jiran yg datang bantu dan tolong mama apa yg patut. 
Skrg ni mama sedang biasakan diri dan cuba mengatur jadual utk rutin baru nih. Hidup mama skrg ni mmg agak kelam kabut. Kesian jugak dgn anak2. Selalu sangat diorang duk ajak mama utk sama2 dgn mereka main2 macam dulu2 terutamanya kakak. Mungkin dia cemburu dgn adik baru dia nih. Kadang2 tu mama sendiri agak tertekan dgn keadaan skrg ni. Nasib baik papa banyak bantu mama...walaupun penat dgn kerja2 kat pejabat tu tapi papa byk bantu mama bereskan kerja2 rumah dan melayan kerenah anak2 nih...juga sanggup berjaga malam bila adik Aisyah meragam tengah2 malam. 
Macamana pulak dgn homeschool kami skrg ni ye? Agak sedih jugak sbb skrg ni mama tak dpt bagi tumpuan penuh pada pembelajaran angah dan kakak. Sepanjang tempoh berpantang tu mama hanya mengajar bila anak2 meminta utk belajar dan bila ada masa yg mengizinkan. Sebenarnya kalau ikutkan hati mama ingat nak cuti je masa pantang tu. Tapi terpaksa jugak ikut kehendak anak2 yg dah terbiasa dgn rutin kami sebelum ni. Apapun mama berdoa semoga selepas ni Allah permudahkan segala urusan mama dan dapat kembali berhomeschool dgn anak2 seperti sebelum ni. InsyaAllah.

Potato stamping activity. 

Antara aktiviti angah dan kakak yg sempat mama rakam ketika mama pantang baru2 ni. Setelah mama sendiri buntu tak tahu nak buat apa dgn diorang ni...last2 mama dpt idea utk buat art dengan menggunakan potato stamp ni. Mama buatkan pelbagai bentuk (shape) pada potato. Kemudian anak2 celupkan potato stamps tadi ke dalam tempera paste dan tekapkan ia pada kertas lukisan. Simple activity tapi anak2 cukup seronok masa ni  ^0^

5 comments:

  1. selamat kembali...
    mesti seronok beraya dgn baby baru!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak,seronok ye dah habis pantang,saye sukaa tengok aktiviti2 yang akak buat untuk anak2 akak,dan saye juga dalam proses untuk buat buat HomeSchool sendiri...minta panduan n tunjuk ajar dari akak,jazakillah.

    ReplyDelete
  3. Bertemu kembali abg Ijal, tima kasih atas kunjungan.

    W'salam marina, alhamdulillah...lega sangat bila dah habis pantang nih. Skrg ni tengah nak seru balik semangat nih utk kembali berhomschool...maklumlah bila dah lama cuti. Kak nie doakan moga Ina berjaya dgn homeschool ina dan mungkin ina boleh tengok link2 yg ada dlm blog kak ni dan boleh jugak kalau nak jadikan aktiviti kak nie bersama anak2 kat rumah ni sbg panduan utk homeschool ina.

    ReplyDelete
  4. Selamat Kembali kak mahani..doakan semoga kak mahani n anak2 semua sihat n kembali cergas n aktif beraktiviti mcm dahulu...kl ni msti lg meriah sb baby aisyah join hs skali...

    ReplyDelete
  5. salam Aisyah, bertemu kembali. InsyaAllah...skrg ni kak nie tgh berusaha sesuaikan diri dgn rutin baru dan cuba utk manage masa sebaik mungkin utk laksanakan tugas2 baru skrg ni :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails