BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t.
Bersua lagi di pagi Isnin ni...minggu ni dah pun masuk minggu akhir April. Sekejap je masa. Pejam celik pejam celik...Tinggal lagi 3 bulan dah nak masuk bulan Ramadhan. Risau gak ni sbb mama belum habis lagi ganti puasa lps...banyak tu...sebulan penuh mama tinggal sbb bersalin 1 ramadhan...huhu...
OKlah. Hari ni mama nak kongsikan aktiviti kami smlm. Dah agak lama jugak mama tak buatkan playdough utk anak2 ni. Jadi utk minggu ni mama plan utk mengajar kakak sambil main2 dgn playdough.
Semalam...pagi2 lagi sblm kakak & adik bangun tidur mama dah siapkan teaching tool baru iaitu 'playdough mat' utk aktiviti kakak. Download bahan dari internet, print kemudian laminate.
Playdough mat utk mengajar kakak mengenal nombor dan mengira 11-20. Bahan ni mama download kat sini.
Ini pula playdough mat utk mengenal huruf (capital & small letter). Sorry...mama lupa pulak kat mana download bahan ni. Nanti mama try cari lain kali. Kalau jumpa nanti mama update link dia ni.
Ini pula projek mama malam tadi...hihi. ingatnya nak terus buat lps siap laminate bahan tu tapi x sempat...sibuk dgn hal lain. Last2 mlm barulah ada luang buatkan playdough ni...tu pun kes tak tahan dengar anak2 duk mintak non-stop...selagi x buat selagi tu diorang akan mintak...huhu...feninggg wooo anak ramai ni....Utk resepi homemade playdough ni boleh rujuk kat sini.
Kakak sedang membentuk nombar dgn playdough. Utk kawan2 yg kekeringan idea utk aktiviti anak2 tu bolehlah cuba aktiviti cam ni. Anak2 pun pasti suka. Sambil main sambil belajar.
Siap belajar terus sambung main masak2 pulak. Sampai pukul 11 lebih dia duk main malam tadi sorang2. Tu kakak tengah buat cookies utk mama dan papa...bersusun dah cookies yg dah siap kat dlm tray pink tu. Lps tu siap dia pegi hidangkan kat depan mama & papa lagi suruh makan...bagus betul anak mama nih...(^_^)