January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

3 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails