January 26, 2014

Eksperimen: Deria Rasa (Lidah)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Kembali mengupdate blog hari ni slps hampir 2 minggu tak berupdate. Minggu lepas papa diserang demam denggi. Papa mula demam lps kami balik dari kenduri kat Rantau Panjang. Mama ingatkan papa demam sebab kena hujan masa kenduri tu. Tapi bila tgk keadaan papa yg makin teruk...mama bawa papa  pegi cek darah kat hospital dan result menunjukkan papa positif denggi. Kebetulan pulak angah pula di serang demam campak. Dan mama sendiri pula batuk dan selsema...semua ni mama anggap ujian dari Allah utk menguji kami sekeluarga. Alhamdulillah papa dah pun pulih dan kembali bekerja. Dan minggu ni rutin kami kembali seperti biasa (^_^)

Pagi ni mama nak kongsikan aktiviti yang sempat mama buat dgn kakak dan adik minggu lepas. Lambat sikit update dlm blog ni sbb tak sempat nak mengadap laptop minggu lepas. 

Minggu lepas kakak sambung belajar dengan topik "five senses". Selain dgn latihan dlm workbook...mama sediakan bahan kat bawah ni utk kakak buat eksperimen utk menguji deria rasa.
Mama sediakan gula, garam dan asam limau utk kakak menguji rasa manis, masin dan masam dengan menggunakan deria rasa iaitu lidah.

Kakak sedang menguji rasa bahan2 tadi. Sebelum tu mama kenalkan dulu kakak dengan bahan2 tu dan rasanya.

Oppsss...masamnyer...hihi

Kemudian mama campurkan bahan2 tadi ke dalam air dlm gelas. Mama tak bg kakak tengok masa mama campurkan bahan2 ni dan slps mencampurkan bahan2 itu ke dalam air...rupa fizikal air di dlm ketiga2 gelas tu nampak sama je dan kakak tak dpt bezakannya dengan melihat menggunakan deria penglihatan (mata)...jadi mama minta kakak uji perbezaan air dlm ketiga2 gelas tu dgn menggunakan deria rasa iaitu lidah. 

Lepas ujian rasa tu kakak labelkan gelas2 tu mengikut rasanya iaitu manis, masin dan masam.

Alhamdulillah...dgn eksperimen ni kakak dapat belajar bahawa manusia menggunakan deria rasa iaitu 'Lidah' untuk mengenal rasa sprt manis, masin dan masam. 

2 comments:

  1. Salam kenal...

    Salam..good sharing..suka baca blog ni coz byk ilmu yg boleh follow. Alhamdulillah

    Sila singgah blog akak if sudi. Thx :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails