July 12, 2010

Ramadhan Count Down with Colourful Caterpillar Craft.

Pejam celik pejam celik, tinggal sebulan saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Insya-Allah, semoga dipanjangkan usia dan dptlah kita sama2 menunaikan ibadat puasa. Anak2 pun kalau kita sebut tak lama lagi kita nak puasa, mulalah diorang tanya...lambat lagi ke nak puasa?....bila kita nak puasa?...kenapa kena puasa?...macam2 lagilah soalan.
Utk bagi angah lebih jelas berapa lama lagi kita akan puasa, mama dpt idea utk sama2 count down dgn anak2. Mama takkan gunakan kalendar tapi mama akan gunakan caterpillar craft yg kami tlh buat sama2 tadi.


Materials:
  • kertas warna-warni.
  • Marker pen.
  • Stapler.
  • Sticker.
Instructions:
  • Cut about 30 strips of paper ( sbb lagi 30 hari kita akan puasa)
  • Tuliskan nombor 1-30 pada paper strip tadi dgn menggunakan marker pen.
  • Bentukkan paper strip pertama bentuk ring kemudian satukan dgn stapler.
  • Sisipkan satu lagi paper strip ke dlm ring tadi dan bentukkan ring.
  • Ulangi langkah tadi sehingga habis kesemua strip .
  • Utk lebih menarik, letakkan sticker pada setiap ring.
Proses membuat 'colourful caterpillar craft'.

Mama sengaja menggunakan kertas dlm pelbagai warna sbb selain utk count down, mama juga boleh gunakannya utk ajar adik mengenal warna. Ia juga dpt digunakan utk angah belajar mengira nombor secara 'count back'.

Mama gantungkan pada calendar bulletin board.

Insya-Allah, bermula esok kami akan gunakan caterpillar craft ni setiap pagi semasa homeschool's calendar time. Caranya, apabila lps satu hari kami akan bukak satu ring. Dan begitulah seterusnya. Apabila melihat pada ring dan nombor yg semakin kurang, maknanya ramadan semakin dekat. Dgn cara ni, mama harap anak2 akan dpt sama2 rasai kedatangan bulan Ramadhan yg semakin hampir.

5 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails