بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah...hari sabtu 17 November 2012 bersamaan 3 Muharram 1434H along telah pun selamat dikhatankan kat Klinik Keluarga Pengkalan Chepa ni. Sehari sebelum tu (jumaat) mama ada buatkan sedikit kenduri & solat hajat kat rumah ni memohon agar semuanya dipermudahkan & berjalan lancar.
Dah selamat khatan. Baru balik dari klinik ni. Steady je muka tu...hihi.
Hari ke2 pantang (^_-)
Lepas bersunat ni biasa kita tengok org gantung dgn tali kain tu kan sbb tak nak bagi kena 'anu' tu. Tapi jiran mama ada kongsikan cara yg lebih senang utk bg kain tu terangkat...tak perlu gantung2 kain atau lenguh2 tangan duk angkat kain tu. Nak gerak2 pun senang...tak payah duk angkat2 kain tu.
Ni lah cara yg mama gunakan tu. Mama gunakan hanger besi dan buatkan bentuk macam ni. Pastu selitkan kat dlm kain pelikat tu utk kasi kain tu terangkat. Mama pakaikan along tali pinggang Dan selitkan besi ni pada tali pinggang tu supaya x mudah jatuh. Utk ibu2 yg ada anak yg nak bersunat lps ni...bulihlah guna cara ni (^_~)
alhamdulillah samalah dgn anak saya yg last tu,, dia sibuk2 nak bersunat dah semakin sembuh baru tahun 2, yg kelakarnya semasa baring kami tutup dgn tudung saji ajer.. dah tutup dgn selimut... duduk pon gitulerr...
ReplyDeletewahh...berani betul anak aini. Anak saya no 2 tu tak nak bila diajak sunat sekali dgn along ni. sbnrnya saya pun terfikir nak tutup dgn saji gak sblm tahu cara ni...hihi
ReplyDeleteanak saya pun baru lepas bersunat
ReplyDeletebape clothing
ReplyDeletebapesta shoes
curry shoes
golden goose sneakers
supreme clothing
yeezy boost
supreme
bape
goyard
bape outlet