April 23, 2012

Fun Learning With Homemade Playdough.

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t.

Bersua lagi di pagi Isnin ni...minggu ni dah pun masuk minggu akhir April. Sekejap je masa. Pejam celik pejam celik...Tinggal lagi 3 bulan dah nak masuk bulan Ramadhan. Risau gak ni sbb mama belum habis lagi ganti puasa lps...banyak tu...sebulan penuh mama tinggal sbb bersalin 1 ramadhan...huhu...

OKlah. Hari ni mama nak kongsikan aktiviti kami smlm. Dah agak lama jugak mama tak buatkan playdough utk anak2 ni. Jadi utk minggu ni mama plan utk mengajar kakak sambil main2 dgn playdough. 

Semalam...pagi2 lagi sblm kakak & adik bangun tidur mama dah siapkan teaching tool baru iaitu 'playdough mat' utk aktiviti kakak. Download bahan dari internet, print kemudian laminate.

Playdough mat utk mengajar kakak mengenal nombor dan mengira 11-20. Bahan ni mama download kat sini.

Ini pula playdough mat utk mengenal huruf (capital & small letter). Sorry...mama lupa pulak kat mana download bahan ni. Nanti mama try cari lain kali. Kalau jumpa nanti mama update link dia ni.

Ini pula projek mama malam tadi...hihi. ingatnya nak terus buat lps siap laminate bahan tu tapi x sempat...sibuk dgn hal lain. Last2 mlm barulah ada luang buatkan playdough ni...tu pun kes tak tahan dengar anak2 duk mintak non-stop...selagi x buat selagi tu diorang akan mintak...huhu...feninggg wooo anak ramai ni....Utk resepi homemade playdough ni boleh rujuk kat sini.

Kakak sedang membentuk nombar dgn playdough. Utk kawan2 yg kekeringan idea utk aktiviti anak2 tu bolehlah cuba aktiviti cam ni. Anak2 pun pasti suka. Sambil main sambil belajar. 

Siap belajar terus sambung main masak2 pulak. Sampai pukul 11 lebih dia duk main malam tadi sorang2. Tu kakak tengah buat cookies utk mama dan papa...bersusun dah cookies yg dah siap kat dlm tray pink tu. Lps tu siap dia pegi hidangkan kat depan mama & papa lagi suruh makan...bagus betul anak mama nih...(^_^)




April 15, 2012

Tawaran Hebat: Dapatkan MEALSHAKE utk anak2 dgn HARGA RUNTUH!!!

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t


Mama nak ambik peluang pagi2 ni utk kongsikan berita baik ni dgn kawan2 & ibu2 semua. Utk pengetahuan semua, utk sepanjang bulan April ni kami di Shaklee Euphoria Group ada membuat tawaran hebat utk Mealshake. Sebenarnya dah 2 minggu tawaran hebat ni berlangsung...tapi mama takder kesempatan nak updatekan kat sini. Tapi takpe. Masih ada 2 minggu lagi utk kawan2 semua rebut peluang ni utk dapatkan supplement ni dgn HARGA RUNTUH!!! Mmg jauh lebih murah dari harga biasa (^_^) 

Jadi untuk ibu2 yg sedang mencari supplement utk anak2...ataupun yg dah lama duk usha2 dan berminat utk mencuba mealshake ni...inilah masanya utk anda semua dapatkannya. Ia adalah minuman berasaskan PROTEIN yang lazat dan berkhasiat. Bagus utk anak2 serta seisi keluarga. Kegemaran anak2 mama jugak ni (terutamanya angah). Setiap hari mmg tak penah miss. Tiap2 pagi mama akan bancuhkan 1 sudu mealshake dlm milo anak2. Dgn cara ni, insyaAllah anak2 mendpt khasiat yg secukupnya utk tumbesaran mereka. Juga utk membantu menambahkan selera makan anak2. Mama ada terbaca bahawa selera makan anak berkait rapat dengan beberapa jenis vitamin dan mineral iaitu Vitamin C, Vitamin B9 dan Zink. Jika mana-mana vitamin dan mineral ini KURANG dalam pemakanan harian mereka, boleh menyebabkan selera makan mereka MERUDUM. Jadi apa pilihan kita sebagai ibu bapa? Pilihan mama adalah MEALSHAKES sbb ia lengkap dengan multivitamin, multimineral dan protein yang membekalkan NUTRISI harian anak. Anda pula bagaimana?

Jom dapatkan mereka MEALSHAKE! (^_^) 

Apa itu MEALSHAKE???
Utk ketahui lebih lanjut, jom mama kongsikan Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:

* Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
* Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
* Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
* Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.


Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
* Sesuai utk seisi keluarga


Juga amat sesuai sekiranya anak2 yg ada masalah sembelit dan asma. Juga bagus utk mereka yg ada masalah kulit (ekzema)


Mama juga nak hadiahkan shaker yg comel ni utk sapa2 yg order mealshake ni dgn mama. Tapi stok adalah terhad. Sapa cepat dia dapat (^_-)

Jadi utk sesiapa yg berminat, bolehlah hubungi mama utk membuat pesanan atau utk mendptkan maklumat lanjut. Kalau nak booking dulu pun boleh utk dptkannya dgn harga promosi nih. Nanti bila dah dpt gaji baru bayar. So, jgn lepaskan peluang keemasan ni. Hubungi mama sekarang di 019-9637472 ataupun email ke anishaklee@gmail.com 

April 12, 2012

Letter of the Week: Jj is for Jellyfish.

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t

Bersua lagi. Petang ni mama ada kesempatan utk terus update aktiviti kakak utk minggu ni.Alhamdulillah, pembelajaran utk kakak diteruskan..

Kakak sedang menyiapkan latihan dlm workbook. Bersama teman setia kami...si montel Aisyah ^0^

Antara yg kakak dapat belajar minggu ini ialah mengenal Huruf Jj melalui beberapa aktiviti yg mama sediakan.
  • Alphabet book: Jj is for Jellyfish
Jj is for Jellyfish. Dah siap mama akan letakkan dalam "Mama HS: Book of ABC"

Seperti biasa dgn aktiviti mewarna, menggunting dan menampal huruf Jj. Bagus utk fine motor skill & letter recognition. Templete Jj ni mama download kat sini.  

  • Jellyfish Paper Plate Craft.
Cara-cara membuatnya:
Mula2 paper plate tu dipotong 2 utk dijadikan badan jellyfish. Kemudian warnakan dgn tempera paste. Kali ni kakak nak buat jelly fish colour yellow + red. mmm...suka hati kakak lah nak buat warna apa. Asalkan ada rupa jellyfish nanti^_-

 Sementara tunggu paper plate tu kering...kakak gunting pula kertas suratkhabar lama panjang2 utk buat tentacle jellyfish tu.

Kemudian lipat kertas tadi jadi bentuk zigzag. khusyuk sgt kakak tu sampai muncung mulut..hihi..

Kemudian bolehlah lekatkan tentacle tadi pada badan jellyfish tadi.

Taraaaa....inilah dia hasil kreativiti kakak... Jellyfish Paper Plate Craft (^_^)

Mama juga print Letter Jj handwriting practice & colouring page sbg latihan extra utk kakak. Semua ni mama download kat sini.


Mama juga print mini book "What Begin With J" utk dibacakan sama2 ngan kakak. Kalau ada yg berminat, boleh download kat sini.

Nota mama: Hari ni sampai Sabtu ni (3 hari 2 mlm) along takde kat rumah sbb menghadiri Program Pemantapan Akidah, Sahsiah dan Ibadah (PAKSI) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Perasaan mama masa hantar along tadi bercampur2. Sbbnya seumur hidup along tak pernah walau 1 malam pun dia berpisah dgn mama hatta masa mama bersalinkan adik2 dia ni pun. Malam tu mesti dia akan tidur dgn mama kat hospital. Nak katakan dia anak manja...mmm...mmg agak manja. Kadang2 tu rasa mcm dia yg terlebih manja kalu nak bandingkan dgn adik2nya. Skrg ni mama duk risau jugak ni...boleh ke dia tidur malam ni...huhu...ish..ni mama pulak yg lebih2 nih..hihi. 
Kalu tengokkan pada tentatif program ni mmg bagus sbb ada aktiviti qiyamulail, kuliah agama, explorace dll. So, harap2nya dgn program ni along dpt latih diri utk lebih berdikari & lebih mantap akidah, sahsiah & ibadahnya. Aminnn..

April 2, 2012

Bahan Mengajar Untuk Bulan April.

BISMILLAH...
Assalamualaikum w.b.t


Dah pun masuk bulan April. Alhamdulillah...berkat usaha dan kesungguhan...mama dapat capai target mama dlm beberapa perkara utk bulan lps. Utk target yg belum tercapai lg tu...insyaAllah, mama akan tingkatkan usaha dan buat sehabis yg baik. Target apa tu??? hihi... tentunya target dlm apa yg mama sedang usahakan selama ni...usaha mama untuk menjadi seorang isteri dan ibu yg TERBAIK...seorang homeschooler yg  KONSISTEN mendidik anak2 dan seorang WAHM yg BERJAYA.

Utk homeschool mama ni, bulan lps mama target kakak dpt habiskan belajar membaca buku Bacalah Anakku Buku 3. Alhamdulillah...tinggal sikittttttt je lagi . InsyaAllah, bulan ni bolehlah mula belajar Buku 4 pulak. Agak slow utk habiskan satu2 buku. Tapi takpe asalkan konsisten dan kakak boleh ikut apa yg mama ajar. Tak nak paksa2. 

OK. Hari ni mama nak kongsikan apa yg mama dah plan termasuk buku2 dan bahan2 mengajar yg mama dah sediakan utk aktiviti homeschool kami sepanjang bulan April ni.
Mama dah print siap2 bahan2 utk kakak belajar mengenal huruf, menulis & mewarna. Semua ni mama dapatkan kat sini. Utk angah dulu pun mama byk menggunakan lesson plan dan download bahan2 kat sini.


Ini pula bahan untuk kakak belajar mengenal dan menulis huruf2 arab serta belajar beberapa perkataan arab. Semua ni mama download kat sini.

Bulan ini juga mama akan kenalkan kakak dgn nama2 Allah. Dgn aktiviti mewarna tentunya salah satu cara utk menarik minat anak sbb kakak mmg sgt suka mewarna. Boleh dptkan bahan ni kat sini.

Buku2 kerja utk subjek matematik, sains dan english.


Poster2 ni mama dpt bila beli workbook tadi. Bolehlah mama tampal kat dinding (tapikan x tahu nak letak kat dinding mana lg dah...dah penuh dinding kat bilik ni..hihi) Poster ni ada gambar depan belakang. Ini utk bhgn depan.


Ini pulak bhgn belakang.


Selain menggunakan buku Bacalah Anakku, mama juga akan gunakan buku Bijak Baca keluaran Pelangi ni utk ajar kakak. Nak lebih kurang sama dgn buku Bacalah Anakku tu. Siri Bijak Baca ni buku 1 sampai 4. Mama beli buku ni sbb dia disediakan sekali dgn Buku Aktiviti. 

March 10, 2012

Bersua kembali...

Assalamualaikum w.b.t

Bersua kembali ^0^. Lamanya mama tinggalkan blog kesayangan mama ni. Masa yg cukup terbatas skrg ni membuatkan mama terkejar2 utk siapkan semua kerja. Masih lagi dalam proses mengatur dan cuba mendisiplinkan diri dgn jadual dan rutin baru skrg ni. Setiap hari mmg agak kalut. Nasib baik papa amat2 memahami. Thanks a lot papa. Love U.
OK. Di awal pagi ni (skrg ni jam 3.51 pagi...huhu..stay up utk siapkan beberapa kerja yg tertunggak) mama cuba curi masa tido mama...nak cuci sawang yg dah penuh kat blog mama ni...hihi. Tak penah lagi dlm sejarah mama berblog, mama tinggalkan blog ni lebih dari sebulan...nmpk sgt sibuk tu..hihi
Mungkin ada yg tertanya2 mcmn dgn homeschool mama skrg ni kan? Sbnrnya mama masih teruskan aktiviti homeschool skrg ni. Cuma mama tak sempat nak update kat blog ni. Aktiviti kami sama sprt yg biasa kami buat...read aloud, menulis, melukis, mewarna, mengira, aktiviti kraf. Cuma skrg ni aktiviti tu taklah serancak dulu. Kesian jugak dgn anak2. Selalu mintak/ajak mama buat aktiviti itu ini bersama diorang...tapi tak semua permintaan mereka dpt mama penuhi skrg ni...huhu
Takpe2...lps ni mama cuba utk atur jadual mama dgn lebih baik lagi dan yg penting cuba lebih berdisiplin mengikut jadual tu supaya anak2 tidak terabai sebab mmg itu tujuan asal mama memilih utk stay kat rumah ni...utk jaga sendiri anak2. ANAK2 & KELUARGA DIDAHULUKAN...PENCAPAIAN DIUTAMAKAN  (^_-) 
OK. Habis bab luahan hati mama...skrg sambung citer anak2 pulak. Tadi mama tengok2 balik gambar2 dlm kamera yg sempat mama rakam bersama anak2 sepanjang bulan lepas.. Kiranya ni cerita yg dah lama basi...hehe...

Kakak sedang tolong angah siapkan projek Sains: Benda hidup & benda bukan hidup. Boleh jugak kakak sama2 belajar tentang topik ni.

Bangga menayang hasil kerja mereka: Carta Gantung Benda Hidup & Benda Bukan Hidup.

Aktiviti kakak dan adik: main masak2 ^o^


Ini aktiviti kakak 2 minggu lps dgn tema Letter Ii is for Ice cream. 
Kakak sedang melukis bulatan menggunakan penutup botol.

Menggunting bentuk2 yg telah dilukis iaitu bentuk bulat dan tiga segi.

Menampalnya pada construction paper.

Siappp. Ii is for Ice cream ^-^

Dah lama tak buat donut. Kali ni mama bagi anak2 buatkan. Kerja menguli 'breadmaker' yg buat. mama cuma tolong gorengkan (^_-)

Outdoor activity. Bersantai2 kat Taman Tengku Anis.

Anak2 di Perpustakaan Awam Kota Bharu. Best sgt lepak2 kat sini. InsyaAllah, mama akan cuba jadikan ianya sbg rutin kami. Cuba tgk kakak tu action duk baca buku.....kelakar kalu dengar...dia baca dgn cerita dia sendiri...hihi

January 22, 2012

Mommy and baby activities together.

Sekarang ni adik Aisyah dah nak masuk 6 bulan. Jadi skrg ni mama mula duk mencari2 idea aktiviti yg dpt mama buat dgn adik kat rumah ni. Masa duk cari2 kat internet tadi, mama terjumpa beberapa idea ni. Aktiviti yg simple dan menarik utk anak kecil. 
Jom mama kongsikan dgn semua apa yg mama jumpa ni.


  • Nature Walks – take your baby out in their pram or in baby carrier each day. Talk to them about what you see.
  • Chatting – As you peel potatoes, as you do your housework or go about your day, chat to your little one all the time. A moms voice is soothing and all the time you are chatting you are developing neural pathways in your baby’s brain.
  • Balls – Once your baby is sitting you can buy a variety of different sized balls (none small enough to fit into their mouth!) and roll balls back and forth to one another.
  • Board books – Board books are fantastic as they do not tear and can stand a fair amount of “mouthing” by babies. Choose ones with clear open pictures.
  • Peek-a-boo games – Using hands, a handkerchief or a blanket, play peek-a-boo with your baby.
  • Turning lights on and off – This activity, which may seem very simple, was of great fascination to all my babies and was a lifesaver when I needed to distract a tired or hungry baby for a few minutes. The sentences: “Light on” and “light off” also became one of our babies first ones.
  • Mirror games – Safety mirrors are wonderful to have in your baby’s toy box but you can also use proper mirrors when you are able to supervise the play. Go through your baby’s facial features with them while you hold a mirror for them to look into.
  • Hiding toys – Babies love to get little surprises. Take their favourite toy and hide it under a handkerchief. Ask them the question: “Where is [Pooh Bear]?” And then uncover the toy with a flourish. Repeat often and soon they will be copying you!
  • Peep tube – Use and old Pringles chip or similar container and peep through the tube at your baby. You can ask them the question: “Where is [Sarah]?” a few times over until you make eye contact.
  • Round and round the garden like a teddy bear – Action songs and rhymes are great fun. This is one of our favourites. After doing this a few times over your baby should ask you for it with their index finger on their own hand.
  • Cycling legs – When changing your baby’s nappy or any other time you have a moment when they are lying on their backs, gently take their feet and make cycling motions with their legs. Do not force them if they resist.
  • Bouncing ball – We had a large physio ball (some use them for Pilates) that we used to roll and bounce our babies on. For rolling place them tummy down and hold their feet firmly. Roll them forward making sure their arms are extended in front of them. This develops their parachute reflex which they will need when they begin to walk.
  • Crawling obstacle course – stack up piles of pillows or make a box tunnel for them to crawl through and over.
  • Row row row your boat – with your sitting babe place them directly in front of you. Hold their hands and gently ease them forward and back singing this favourite childhood song.
  • Teaching body part names – Teach your baby their body part names. Get them to first identify them with repetition. Then ask them where they limb is, follow this with asking them to find your [nose-hand-foot] etc.
  • Naming objects – As you walk around your house teach your baby the names of objects.
  • Family photo book – Take clear photos of all in your family that your baby has regular contact with. Stick them onto stiff card and bind together. Flip through this book with your baby to teach them family members names.


Puteri2 comel kesayangan papa & mama :)


January 18, 2012

Letter Hh Activity Theme.

Hari ni baru mama sempat nak bercerita tentang aktiviti homeschool kami sepanjang minggu lepas. Almaklumlah, skrg ni sibuk dgn pelbagai kerja. Tapi walau macamana sibuk sekalipun mama, tiap2 hari mama cuba jugak luang masa utk anak2. Tak perlu ambik masa yg lama utk sekali aktiviti bersama anak2 ni. Kadang2 tu mama cuma spend 5-10 minit je...x kisahlah ajar anak menulis ke...melukis ke..mewarna ke...ataupun ambik buku cerita dan sama2 read aloud dgn anak2. Asalkan kita ada masa dgn anak2. 

OK. Berbalik pada cerita homeschool kami. Minggu lepas mama & kakak sama2 beraktiviti bertemakan Huruf Hh. Ada beberapa aktiviti yg kami buat utk kenalkan kakak dgn huruf Hh ni (walaupun mmg dah kenal sblm ni...)
  • Cut & Paste Activity

Mula2 tu potong huruf Hh tu. Templete Hh tu mama download kat sini.

Kemudian kakak tampalkan huruf Hh pada construction paper utk aktiviti seterusnya.

  • Potato Stamp Art.

Hh is for Heart. 
Utk buat art ni mudah je. Mama cuma ambik potato. Potong dua dan buatkan bentuk heart pada potato tu. Kemudian celupkan potato stamp tu dlm tempera paste dan tekapkan pada kertas. Mudah kan?? Anak2 pun seronok :) Dan hasil potato stamp art kakak ni akan mama simpan dlm  " Mama HS's : Book of ABC's "


  • Aktiviti Kraf : Hand Print Sun.

Bahan2 yg digunakan:
Paper plate
Kertas warna kuning
Tempera paste kuning
Gam
Gunting
Pensil


Mula2 lukiskan bentuk tangan. Kakak kena buat sendiri. Kalau masa angah ada dulu biasanya dia yg tolong lukiskan tangan kakak. Rindunyaaa kat angah time buat homeschool ni.

Kemudian gunting bentuk tangan tadi.

Warnakan paper plate dgn warna kuning dan keringkan.

Bila dah kering, bolehlah tampalkan hand print tadi.

Taraaa... inilah hasilnya kraf kakak...Hand Print Sun.
  • Pouring Activity.

Aktiviti yg selalu kakak buat...dia cukup2 suka dgn aktiviti ni. Sbnrnya ia bagus utk fine motor skill anak2.

  •  Mengenal huruf dgn sticker.

Mama jumpa sticker ni kat pasar minggu lps. Kemudian terus terfikir utk ajar kakak mengenal huruf menggunakan sticker ni. Dgn sticker ni, mama kenalkan kakak dgn huruf2 tu dan minta dia susun huruf2 tersebut mengikut urutan dan lekatkan pada sekeping kertas. Simple activity tapi kakak cukup2 suka :)

Inilah aktiviti hujung minggu kami. Lepak2 kat library. Awal2 tahun ni kerja2 papa kat office xlah sibuk sgt. So, hujung minggu dptlah bawak anak2 ke sini. Seronokkk sgt lepak2 kat sini. Relaxxx.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails