January 12, 2013

Muffin Cup Flower Craft.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t


Bersua kembali di pagi sabtu. Hari ni along & angah cuti sekolah. Papa pun cuti hari ni. mmm...tapi tak tahu lagi apa plan kami hari ni. Sekarang ni kat sini cuaca tak menentu...kadang2 hujan lebat...kadang2 panas. Hari ni tak pasti lagi cuaca macamana. Kalau tak hujan bolehlah bawak anak2 jalan2.
Ok. Sebelum mama start buat keje rumah...pagi ni mama nak kongsikan satu lg aktiviti kraf kakak minggu ni (hari khamis). Sebenarnya mama lebih suka bg anak2 buat kraf utk belajar.Sbb melalui aktiviti kraf...macam2 benda anak2 boleh belajar. Dengan aktiviti kraf kita dpt mengembangkan kreativiti dan imaginasi anak2 dan dapat  membuatkan mereka sentiasa berfikir dan mengaktifkan otak mereka. Dgn aktiviti kraf juga kita dapat improve motor skill anak2...contohnya ketika mereka mewarna & menggunting. Juga dapat melatih anak2 utk lebih bersabar utk menyiapkan kraf mereka tu. Lagipun kebykan kanak2 mmg cukup suka buat kraf ni. So...it's fun learning & anak2 akan lebih mudah terima apa yg kita nak ajar. 
  
Muffin Cup Flower Craft

Cantik tak??? Inilah satu lagi kraf yg kakak buat minggu ni. Sebab minggu ni kakak belajar dgn tema 'Muffin'...jadi mama plan utk buat kraf menggunakan muffin cup...terus search kat internet & dpt idea kat sini utk buat Muffin Cup flower Craft ni.

Material yg digunakan utk buat kraf ni:
~ Muffin Cup
~ Paper plate
~ Pipe Cleaner (hijau & brown)
~ Foam sheet
~ Gam
~ Gunting

Cara2nya:
Lekatkan muffin cup pada paper plate.

Gunakan duit syiling utk melukis bentuk bulat pada foam sheet.

Kemudian gunting.

Lepas tu...letakkan gam pada foam yg telah digunting tadi.

Dan terus lekatkan kat dlm cup yg telah dilekatkan pada paper plate tadi.

Gunakan pipe cleaner brown utk dijadikan sbg batang. 

Dan pipe cleaner hijau sbg daun. Letakkan gam dan lekatkan.

Ok....dah pun siap...alhamdulillah. Happy je kakak bila tengok hasil kreativiti dia ni. Well done kakak (^_^)

Kalau ada yg berkenan tu...boleh lah cuba aktiviti kraf ni dgn anak2 di rumah. Mesti anak2 pun seronok. Selamat mencuba (^_~)


January 10, 2013

Letter of the week: Mm is for Muffin


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni dah pun hari Khamis. Alhamdulillah...aktiviti homeschool minggu ini berjalan lancar. Tiap2 hari mama akan cuba pastikan kakak buat latihan menulis nombor & abjad...dlm buku kerja dan juga dlm worksheet yg mama print. Dan wajib belajar membaca. Sekarang ni mama fokuskan dulu utk mengajar kakak membaca Bahasa Melayu dulu. InsyaAllah nanti bila nampak kakak dah makin lancar membaca BM...mama akan ajar pulak kakak membaca Bahasa Inggeris. Tak nak terus ajar sekarang ni...takut kakak confius pulak.

Ok. Petang ni mama nak kongsikan aktiviti sepanjang minggu ni. Tema utk aktiviti anak2 minggu ni ialah Huruf Mm...Mm is for Muffin.

  • Lacing Activity

Huruf Mm. Mama laminate kan dan tebuk. Bulih gunakan benang atau tali utk aktiviti ni. Mama guna tali kasut je (^_-)

Aktiviti yg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak. Juga utk mengenal huruf. Kakak mmg suka aktiviti ni...dia kata macam duk menjahit...hihi

  • Mewarna
Mewarna huruf Mm. Mama download templete ni kat sini. Dan templete ni mama akan gunakan utk aktiviti seterusnya.

  • Alphabet Book - Letter Mm
Mm is for Muffin. Nanti mama akan letakkan dlm "Mama HS: Book of ABC"
Cara2 buat dia tu bulih tgk kat bawah ni...macam nak masak2 pulak...hihi

Mula2 guntung huruf m tadi tu.


Kemudian letak gam dan tampal pada construction paper.

Mama lukiskan bentuk muffin kat atas paper plate dan minta kakak guntingkan ikut bentuk tu.

Lepas tu warnakan dan tampal kat construction paper tadi.

Kakak sedang tebuk kertas. Utk kita org dewasa ni mungkin nampak mudah je menggunakan punch ni. Tapi utk kanak2 ni mmg agak sukar jugak mula2 tu. Tapi bila dah byk kali cuba...alhamdulillah...mudah je kakak buat. Kena guna tenaga lebih  sikit. Aktiviti yg bagus jugak utk motor skill anak2.

Kertas yg kakak tebuk tadi tu kakak gunakan utk hias kat atas muffin. Plan asal nak buat muffin coklat chip. Tapi takde kertas brown la pulak. So kakak bg idea utk buat muffin bluebery dgn menggunakan kertas biru (^_~)

Taraaa....dah pun siap. Ada rupa muffin tak?? 

 Ada lagi aktiviti yg kakak buat dgn tema 'muffin' ni. InsyaAllah, mama akan kongsikan aktiviti tu esok pulak (^_^) 

January 9, 2013

Toddler activity: Fine motor Skill with Pom Pom (^_~)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Adik Aisyah 1 tahun 5 bulan:

Sebelum tido malam ni mama nak kongsikan aktiviti adik aisyah hari ni. Masa kakak tengah buat latihan menulis pagi tadi...mama bagi adik main2 dgn pom pom ni supaya dia tak ganggu kakak. Memang menjadi umpan ni sbb adik cukup2 suka main2 dgn pom pom tu. Kalau sebelum ni mama selalu bagi adik trasfer pom pom tu dari satu bekas ke satu bekas saja. Tapi hari ni mama bagi adik transfer dlm muffin tray yg ada 6 lubang pulak. 

Utk improve fine motor skill adik dgn memindahkan pom pom tu ke dalam muffin tray...bekas/lubang yg lebih kecil berbanding bekas yg biasa adik buat. 


Sempat rakam video adik dgn aktiviti hari ni. Layannnn....

Selain utk latih kemahiran motor halus anak...dgn aktiviti ni jugak mama dpt ajar adik mengira. Kira berulang2 setiap kali dia transfer pom pom tu. InsyaAllah, lepas ni mama nak ajar adik mengenal warna pulak dgn aktiviti ni (^_~)

January 7, 2013

Akaun Simpanan Untuk Anak2.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Akaun simpanan untuk anak-anak ~ Savers G.A.N.G

Alhamdulillah, semalam dapat jugak mama & papa gi bukak akaun simpanan untuk adik aisyah & simpan duit tabung anak2 kat bank. Dah lama sebenarnya tertangguh. Mama pilih utk bukak akaun kat Ambank ni sbb anak2 yg lain pun masing2 dah ada akaun simpanan kat sini. Senang sikit bila satu tempat ni.

Dan ada beberapa kelebihan menabung di Savers G.A.N.G ni:
  • Free Coin Box for opening of account with RM300 & above.
  • Free Personal Accident Insurance Coverage of up to RM50,000.
  • Daily computation of interest which will be credited into the account monthly.
  • ATM card access.
  • Manage the account conveniently via our AmOnline Internet Banking.
  • Nationwide e-Banking Centres for easy depositing.

Utk info detail tentang akaun ni, boleh rujuk di sini. 

Tabung utk adik aisyah...comel je unta ni...hihi. 


Weekly Saving Plan. Menarik jugak nih...bulih download kat sini & print utk anak2. Salah satu cara utk mengalakkan anak2 menyimpan (^_-)

January 4, 2013

Dora The Explorer Paper Roll Craft.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Salam ceria di pagi Jumaat. Hari ni papa cuti...horeyy...anak2 suka...mama laaagi suker kalu papa cuti nih...bulih relax2 sikit...hihi. Dah ada beberapa plan nak buat utk hari ni. Mungkin lepas sembahyang jumaat kami akan keluar utk settlekan hal2 luar. So, pagi2 ni kami lepak2 je kat rumah sambil layan anak2 (^_^)

Pagi2 ni duk layan anak2 dgn minat diorang...tentunya buat kraf. Anak2 search sendiri apa yg diorang nak buat. Dah besar dah...semua dah pandai buat sendiri. Tapi kita sebagai ibubapa jgn lepas tangan jugak. Kena sentiasa pantau apa yg anak2 buat...especially dgn internet nih. Risau jugak mama nih...

Hari ni mam nak kongsikan aktiviti kraf kakak pagi ni. Semua bahan dia yg cari dan print. Mama cuma bantu sikit2 dan tukang ambik gambar. Jom layan gambar2 ni...hihi

Dora The Explorer Paper Roll Craft
Materials:
~ paper roll
~ gam
~ gunting
~ templete *download kat sini

Mula2 gunting templete ni...

Letak gam...

Tampal templete tu pada paper roll...

Teruskan dgn menggunting kepala, tangan dan kaki dora...khusyuknyerrr...hihi

Last sekali...tampalkan semuanya pada paper roll.

Tarraaa...dah pun siap..well done kakak (^_~)

Selingan...suasana di sebalik tabir...hihi...adik aisyah yg teringin jugak buat kraf. Kakak sikit pun tak hirau...khusyuk sgt...

Bagi dia main2 pom pom ni baru lah duduk diam sikit...

Ok. Nak g sambung buat keje rumah pulak. Bagi yg takde plan lg tu...bulih lah cuba buat kraf ni dgn anak2 di hujung minggu ni (^_-)


January 2, 2013

Aktiviti Homeschool hari pertama tahun 2013.


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, along & angah bersemangat sungguh di hari pertama persekolahan semalam. Balik je dari sekolah...terus masing2 duk bercerita pasal guru kelas baru...kawan baru...& azam baru mereka. Along dgn penuh semangat bgtau mama nak dapat 5A dlm UPSR tahun ni. Alhamdulillah...semangat macam ni lah yg mama nak tengok (^_^)

Ini pula kakak & adik yg bersemangat memulakan aktiviti homeschool di hari pertama tahun 2013.

Homeschool Kakak

Mulakan dgn membaca buku "Bacalah Anakku". Tahun lepas kakak byk duk main2...tapi tahun ni kena lebih serius. InsyaAllah target mama paling lambat tengah tahun ni kakak dah boleh membaca BM dengan lancar.

Bulan ni kakak akan belajar mengguna buku 'My Pre-K Daily Learning Notebook' ni. Mama download bahan ni kat sini dan print. 

Belajar mengenal nombor & mengira. Skrg ni kakak sedang melekatkan dot stiker pada nombor.

Menulis dan mewarna.

Homeschool Adik (1 tahun 5 bulan)

Pom pom Spooning activity.

Memindahkan pom pom menggunakan sudu. Bulih jugak melakukan aktiviti begini dgn menggunakan guli, kacang. Tapi kena bagi perhatian pada anak takut2 dia telan. Aktiviti macam ni mmg bagus utk melatih kemahiran motor halus anak (fine motor skill) utk improve concentration, hand-eye coordination & balance. Suka sgt adik dgn aktiviti ni (^_~)

Melekatkan dot stiker pada kertas. 

Menconteng...


January 1, 2013

Selamat tahun baru 2013 (^_^)


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali di hari tahun baru 2013. Selamat tahun baru mama ucapkan utk semua.
Hari ni pagi2 lagi mama bukak blog...nak cuci segala macam sawang...habuk2 kat sini...maklumlah...lama sgt bercuti...heheh...dekat sebulan lebih mama cuti berblog. InsyaAllah, tahun baru ni mama akan kembali aktif berblog dan akan cuba catatkan aktiviti2 anak2 & juga aktiviti2 mama kat rumah ni di sini. 


Ni gambar along & angah tadi...dah ready ke sekolah utk sesi baru persekolahan 2013. Tahun ni along masuk darjah 6 & angah darjah 2. Alhamdulillah...dah besar anak2 mama. Semalam 31 Disember 2012 genap umur along 11 thn dan hari ni dah masuk darjah 6...hihi...untung lahir hujung tahun ni ;)

Tahun ni jugak along akan menduduki peperiksaan UPSR. Mama doakan semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran anak2 dan beroleh kejayaan yg cemerlang dunia dan akhirat.

Ok. Sekarang masa utk mama siapkan kerja2 rumah dulu sebelum kakak & adik bangun. Lepas tu masa utk sesi baru 'Mama Homeschool' pulak. Semoga segala urusan kerja mama hari ini berjalan lancar. Aminnnn....

Jumpa lagi (^_-)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails