August 19, 2010

Belajar Mengira 1~6.

Alhamdulillah, skrg ni adik dah mengenal nama2 warna dan bentuk (cuma kadang2 tertukar rectangle dan triangle). Dan skrg ni fokus mama utk adik adalah mengajar mengira dan mengenal nombor. Utk tarik minat adik belajar, mama kenalah sentiasa mencari idea2 baru utk mengajar.

Ini adalah aktiviti kami semalam utk mengajar adik mengira dan mengenal nombor 1~6 :

Materials:
  • Dadu besar.
  • Kad nombor 1 ~ 6
  • Building block.
  • Bakul kecil.
Procedures:
  • Mama minta angah dan adik bergilir2 balingkan dadu tersebut dan tunggu ia berhenti utk tengok nombor yg kena.
  • Kemudian mama minta adik kira bilangan titik yg kena pada dadu tersebut.
  • Lps tu adik akan pilih kad nombor bagi bilangan titik yg adik kira tadi.
  • Dan akhir sekali adik akan mengira dan memasukkan building block ke dlm bakul kecil mengikut jumlah nombor tadi.
Sedang mengira building block dan memasukkannya ke dlm bakul kecil.

Dgn aktiviti kali ni adik dpt belajar :
  • Mengenal nombor 1~6
  • Mengira 1~6
  • Mengenal warna melalui penggunaan building block yg berwarna-warni.
  • Develop gross motor skill angah & adik ketika masing2 berlari2 utk berebut membaling dadu.
Terpaksa juga gunakan 2 dadu sbb asyik duk berebut.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails