August 14, 2010

Month of the Year.

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-4 kita menjalankan ibadah puasa. Macamana dgn puasa anak2 mama yea? emm..nampaknya along dah takde masalah utk bangun sahur dan berpuasa. Cuma angah saja sampai hari ni dia tak pernah bangun sahur. Dia tak nak bangun walaupun dah dikejutkan beberapa kali. Takpelah, tahun ni mama taknak paksa sangat angah berpuasa. Tapi mama cuba juga jelaskan pada angah apa itu puasa (sblm ni pun dah belajar dlm bab Rukun Islam) juga ajar niat puasa dan doa berbuka puasa.
Dan aktiviti homeschool kami utk cuti hujung minggu kali ini, along dan angah sama2 belajar topik 'Month of the Year'. Kalau bulan lepas mereka dah belajar 'Day of the week' (boleh tengok kat sini).

Utk topik ni, along & angah dpt belajar ttg:

1) Tahun Hijrah dan nama2 bulan dlm tahun tersebut.
Lagu kegemaran along ni. Dgn video ni anak2 dpt belajar nama2 bulan dlm tahun Hijrah dan peristiwa yg berlaku dlm bulan2 tersebut.

2) Tahun Masihi dan nama2 bulan dlm tahun tersebut.

Video lagu utk nama2 bulan dlm tahun Masihi.

Mama juga telah buatkan puzzle utk ajar anak2 mengenal nama2 bulan dan kedudukan bulan2 dlm tahun tersebut.



Selain itu, angah juga telah diberikan latihan dlm buku latihan dan juga dlm worksheet yg mama print dari internet.

Angah sedang menyiapkan latihan dan menyusun puzzle.

Along sedang khusyuk menyiapkan puzzle bulan2 Islam.

3) Bilangan hari dalam setiap bulan dlm tahun Masihi.
Mama telah gunakan cara yg sama seperti cikgu mama ajar kat sekolah dulu utk ajar along & angah bagaimana utk menentukan bilangan hari dlm bulan2 tertentu. Caranya sprt kat bawah ni:

Menentukan bilangan hari bagi bulan-bulan tertentu menggunakan buku jari tangan.
animation

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails