Jigsaw Puzzle.
Hari ni mama telah siapkan satu lagi mainan utk anak2 dgn menggunakan barang terbuang iaitu kotak cereal. Bila tengokkan pada kotak cereal ni terasa sayang pulak nak dibuang. Macam2 benda kita boleh buat dgn menggunakan kotak ni.
Dgn gambarnya yg menarik, mama dpt idea utk membuat jigsaw puzzle. Cara membuatnya mudah saja. Mama ambil bahagian depan kotak cereal tu kemudian laminate supaya kepingan puzzle tu nanti lebih keras dan tahan lama. Akhir sekali, mama potong gambar tadi kepada kepingan yg lebih kecil utk dijadikan puzzle pieces.
Permainan jigsaw puzzle ni mmg bagus utk develop cognitive skills anak-anak.
mahani, saya pn pernah buat puzzle sendiri tapi tak tahan lama (sebab tak laminate).ni yg terasa nak beli mesin laminate ni :-)
ReplyDeleteIt has been one of my BEST homeschooling purchases. macam2 saya boleh buat dgn laminator ni. Mmg tak menyesal beli.
ReplyDeleteBestnya dapat buat puzzle sendiri...Idea yang sangat bagus..
ReplyDelete