Ingatnya nak post semalam lagi entry pasal aktiviti angah dan adik minggu ni. Tapi cuma sempat upload gambar je sebab sibuk dgn benda lain. Dari semalam mama duk kemas homeschool room kami ni dan cuba mencari idea macamana nak organize semula semua benda2 yg ada kat dalam bilik ni supaya lebih tersusun. Sekarang ni mama cukup pening kepala dgn buku2 dan alat2 tulis yg bersepah2. Along, angah dan adik sekarang ni selalu jugak buat aktiviti kraf mereka sendiri dan lepas tu alat2 yg mereka gunakan tu diletaknya merata2. Dan bila nak digunakan semula mulalah bising suruh carikan...grrrrrrr....naik angin jugak kita dibuatnya. Jadi skrg ni mama nak susun balik semua bahan2 tu dan sediakan tempat yg lebih mudah utk mereka simpan. Lagipun mama dah jemu dgn susunatur kat dlm bilik ni. Saja nak bagi mood baru...biar lebih bersemangat :)
Ok, ini pulak cerita pasal aktiviti homeschool angah dan adik minggu ni. Aktiviti homeschool berjalan seperti biasa. Angah dgn aktiviti membaca, menulis, mengira disamping aktiviti2 lain bersama adik. Dan utk adik pula minggu ni mama sediakan tool yg baru utk adik belajar mengira. Skrg ni mama kena sediakan lebih byk tool yg baru utk adik sbb dah terlalu kerap dia menggunakan tool yg sedia ada tu. Bila diberikan tool yg baru ni nampak lebih bersemangat sikit dia belajar :)
New teaching tool for counting activity ~ transport theme. Mama download bahan ni di sini.
Tool kali ni lebih kurang sama dgn yg sebelum ni. Adik perlu mengira dan padankan bilangan kenderaan yg ada pada kad tersebut dgn nombor pada clothes pin. Selain mengira dan mengenal nombor, aktiviti ni juga baik utk kemahiran motor halus (fine motor skill) iaitu ketika meletakkan pin tersebut pada kad.
Adik sedang mengira.
Seterusnya padankan bilangan aeroplane dgn nombor pada clothes pin. Sekarang ni adik dah tiada masalah dgn nombor 1~10. InsyaAllah lepas ni mama akan ajar adik hingga nombor 20 pulak :)
Ini pulak antara aktiviti angah dan adik lepas habis belajar. Minggu ni adik minta mama buatkan playdough. Mmg dah lama mama tak buat playdough ni. Minggu ni juga anak2 kerap beraktiviti dgn water colour. Kalau boleh hari2 mereka nak mewarna dgn water colour.
salam perkenalan.suka saya tgk aktiviti akak dan anak2.saya terjumpa blog akak masa saya tengah cari idea utk tugasan belajar.mohon cedok idea dari akak ye.terima kasih.
ReplyDeletesmekom kak saya suka cra akak ajar anak saya lambat cakap n tangan kurang motor skil so saya curi cara akak ajar anak saya alhamdulilah ada perubahan sikit. saya nak berkongsi ngan akak sebab anak saya suspect ADHD tp tak cmfirm lagi selagi tak masuk darjah 1.....saya berharap usaha saya berjaya macam akak menjadikan anak anak hebat......agak sukar untuk saya sebab saya bekerja tp saya akan wat aktiviti ini pada kul 8 malam setiap hari....setiap kali jumpa pakar kami kene pastikan jawapan nya adalah betul untuk dia diuji huh takut nak tempuh tp terpaksa redha.......doakan saya kak....
ReplyDeletehe has a good point replica louis vuitton helpful site gucci replica bags view it now high quality replica bags
ReplyDeleteadditional reading Gucci Dolabuy Homepage Valentino Dolabuy helpful hints more info here
ReplyDeleter1r73o1z32 d0n10r9m78 p4l51e6y83 d8h79n4m75 w7j05e1d35 w2s88l8l95
ReplyDelete