April 20, 2011

Jom Masak : Muffin Coklat Cip.

Selepas belajar pagi tadi, angah dan adik sambung aktiviti mereka dgn mama kat dapur pulak. Hari ni mama pun agak rajin sikit...hehe...siap masak terus posting dlm blog ;)

Muffin Coklat Cip.

Alhamdulillah, sekejap je dah siap muffin coklat cip...ni favourite papa dan anak2 nih. Dah banyak kali mama buat. Sedap dan mudah utk membuatnya. Resepinya ada kat bawah ni. Mama copy and paste dari blog Kak ummi Kuantan.

Bahan:-

  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 1 cawan fresh milk
  • 1 biji telor - pukul sikit
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sk esen vanila
  • 3/4 cawan choc chips
Cara Membuat:-
  1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata.
  4. Masukkan choc chips.
  5. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/paper cups 3/4 penuh dan bakar selama 15 minit/hingga masak. (boleh juga dikukus selama 12 - 15 minit)

Ini pulak gambar2 angah dan adik ketika tolong mama siapkan muffin tadi.


Mula2 mama bagi angah dan adik ayak bahan2 kering dulu.

Lepas tu susun paper cup kat dalam acuan muffin.

Kemudian adik tolong mama kacau telur, susu segar, esen vanila dan minyak.

Last sekali, angah dan adik sama2 tolong taburkan coklat cip kat atas muffin sblm dibakar...sbnrnya diorang ni sambil tabur sambil makan coklat cip tu ;)

Apam Dot dot.

Ini pulak projek mama minggu lepas. Nak tayang jugak gambar apam dot dot ni sbb sbnrnya ni first time mama cuba buat apam dot dot nih...tak sangka pulak menjadi. Adik panggil apam ni apam chicken pox sbb ada bintik2 macam along hari tu..hehe..InsyaAllah, lepas ni kalau ada kerajinan mama akan buat lagi sbb anak2 pun suka makan apam ni. Resepi apam ni mama ambik kat blog Hana.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails