Kebelakangan ni cuaca kat sini agak tak menentu. Kalau siang harinya cuaca cukup panas. Sebelah malamnya pulak hujan. Dgn cuaca macam ni mmg mudah sgt anak2 terkena selsema. Minggu lepas ketiga2 anak mama demam selsema dan batuk. Mula2 tu along, kemudian berjangkit kat angah dan last sekali adik. Tapi nasib baik tak lama. Alhamdulillah, hari ni mama tengok adik pun dah OK sikit cuma batuk je belum hilang lagi. Sebenarnya mama dan papa cukup risau kalau anak2 selsema dan batuk sebab mereka bertiga ni cukup susah nak makan ubat. Kalau ubat demam biasa tu takpe. Tapi kalau diorang tengok ubat yg nak disuapkan tu bukannya ubat oren yg biasa tu (nurofen) jangan harap diorang nak makan. Jadi biasanya selsema mereka tu akan baik dgn sendiri. Dan utk batuk tu pulak mama ada jugak bagi mereka makan madu campur perahan limau nipis. Itupun kena paksa jugak baru nak makan.
Walaupun kesihatan tak berapa baik minggu lepas, tapi angah dan adik tetap teruskan aktiviti homeschool mereka. Mungkin sbb mereka dah biasa macam ni setiap hari. Jadi tiap2 hari ada2 je benda yg mereka nak buat. Kalau mama tak larat, mama bagi je diorang buat sendiri...mama cuma sediakan bahan saja.
Oklah, hari ni mama nak kongsi aktiviti angah dan adik minggu lepas. Sebelum ni adik (angah join sekali) dah pun belajar mengenal huruf Ee. Jadi utk minggu lepas (dan masih diteruskan minggu ni), aktiviti2 adik dan angah adalah utk mengenal huruf Ff pula. Kali ni dengan Tema : Ff is for Fish.
Berikut antara aktiviti angah dan adik minggu lepas.
Menggunakan template Ff yg mama download di sini. Print, laminate dan kemudian tebuk. Good for recognition and fine motor skill. - Alphabet Book ~ Ff is for Fish.
Angah dan adik ketika menyiapkannya. Menggunakan template Ff yg mama download di sini. Dimulakan dgn mewarna kemudian gunting dan tampal pada construction paper. Slps tu angah lukiskan ikan pada kertas tersebut. Akhir sekali mereka sama2 warnakan ikan yg dilukis tadi. Pelbagai kemahiran dapat dikembangkan melalui aktiviti ni. - Craft activity ~ Fish Collage
Bahan-bahan yg digunakan :
Paper plate
Kertas warna-warni ( mama recycle lebihan kertas dari aktiviti sblm ni)
Gam
Gunting
Marker hitam.
Mula-mula guntingkan bentuk segi 3 pada paper plate tadi utk membentuk mulut ikan dan gunakan bentuk segi 3 yg digunting tadi sbg ekor dgn menampalkannya pada hujung paper plate.
Lukiskan bentuk mata ikan pada paper plate menggunakan marker. Slps tu bolehlah ditampalkan kertas warna-warni yg telah diguntingkan kecil2 pada badan ikan tadi mengikut kreativiti masing2.
Inilah hasil Fish Collage Craft angah dan adik. Cantik sangat ^_^
What Begin With Letter F Mini Book. Mama download di sini utk bacaan angah.
Nota mama : Minggu ni kandungan mama dah pun masuk minggu ke26. Alhamdulillah, sampai ke hari ni mama dikurniakanNya dgn kesihatan yg baik. Sekarang ni pun baby kat dlm perut ni aktif bergerak. Lebih2 lagi kalau time lps mama makan. Baru kejap tadi (lps makan malam) mama bagi along, angah dan adik rasa pergerakan baby kat dalam ni. Seronok sgt diorang dpt main2 dgn baby. Mereka dpt rasakan seolah2 baby tu duk cuit2...tendang2 tangan diorang. Mama pun cukup seronok bila dapat berkongsi semua ni dgn anak2 ^0^.